KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Sabtu, Mei 26, 2012

Kehidupan Nelayan

Mungkin tak ramai yang dapat menyelami kehidupan nelayan coz mungkin masing2 hanya berkisar dengan dunia kerjaya yang diceburi aje :(.. kesempatan berkunjung ke Kampung Telok Gong, Masjid Tanah, Melaka dapat la jugak aku memahami perjalanan hidup nelayan...kebetulan masa aku datang tu kebanyakan nelayan xdpt turun ke laut coz laut bergelora coz pakcik2 yang ade kat jeti tu bagi tau sekarang tengah musim monsun so laut bergelora n ombak pun kuat so dah seminggu mereka xdpt ke laut :( kesian gak aku dengar coz sume yang ader kat jeti tu dah tua-tau dalam lingkungan 50-60 tahun dan masih bertarung menongkah arus demi mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga.. :(

Sewaktu aku meninjau-ninjau sekitar kawasan jeti nie banyak bot2 nelayan tersadai coz keadaan laut yang xmegizinkan untuk mereka ke laut..so kesempatan yang ada nie ada nelayan yang membersihkan bot2 mereka..ada gak yang datang just nak betulkan ikatan tali yang menambat bot coz mlm sebelum nyer ombak kuat menyebabkan ada tali yang hampir tercabut..ada gak yang bagi tau ada enjin bot yang terjatuh ke laut coz ombak kuat tu :( kesian gak dengar cerita nelayan nie :(


sekelompok lain nelayan lak ada yang membetulkan tali tambat nie coz ada gak yang rosak dek hempasan ombak..ms berborak2 dgn pakcik2 nelayan nie masing2 mengeluh orang2 muda dah xminat nak turun ke laut, memilih kerja, anak manja n mcm2 la..tapi dalam ati yang aku leh cakap "bukan anak manja, bukan pilih kerja tapi keadaan skunk memerlukan mereka berhijrah demi servival idup yang mendatang"


masa nie jugak la nelayan2 nie membaiki jeti coz ari2 yang lain nelayan nie dah sibuk turun ke laut..yang best nyer tgok kehidupan nelayan nie buat ape2 sume buat bersama2 coz kemudahan2 nie digunakan secara bersama..memang betul kata pepatah "Bulat Air Kerana Pembentung..Bulat Manusia Kerana Muafakat" so sume kerja menjadi senang :)


Tapi sepanjang kat jeti nelayan nie..aku rasa pic nie paling ader "value" coz dalam kedaan umur yang semakin digigit usia.. pakcik nie masih membanting tulang walau hanya menjahit pukat coz demi mencari rezki yang halal.. & apa yang agak menyentuh hati pakcik nie cakap "anak kn belajar pandai2 xlah sampai ke tua jadi macam pakcik" huh..sentap gak :( watever pun apa pun pekerjaan yang kt wat tu la rezki yang ALLAH dah aturkan untuk kita :)

Jumaat, Mei 18, 2012

Terubat Rindu

aku, Kak Ina, Kak J, Kak Za, & Cik Wani

MMM..akhirnya dapat gak jumpe Kak J..memang dah set if outing ke Melaka memang nak cari Kak J nie coz nak jumpe sangat2 coz tak tau la kenapa..tp Alhamdulillah mase outing ke Melaka 15-17 Mei 2012 kebetulan tempat nyer kat Jasin n Masjid Tanah n tempat kije baru Kak J tu kat Jasin so memang tekad nak cari gak Kak J nie n dipermudahkan urusan pertemuan nie n sempat la kitaorang g minum2 n sembang2 :)

Tarikh Tayangan : 27 April 2012

Masa : 8.30 Malam

Tempat : Black Box ASWARA

Arahan : Engku Nor Zalifah Engku Abd Rased

Sejak dah jadi student ASWARA nie banyak la jugak aktiviti2 yang ader kat sini yang aku join walaupun persembahan tu dari fakulti lain coz ape2 aktiviti yang dijalankan di maklumkan kat semua student ASWARA nie coz banyak poster-poster yang di letakkan kat papan kenyataan n meja2 kat kantin ASWARA nie..n salah satu yang aku join is tayangan teater Rumah Kedai Di Jalan Seladang.. aku ingatkan cerita nie tentang Jalan Seladang kat Kampung Pandan rupa-rupa nyer teater nie berkisar tentang sekumpulan penarai di Happy Park yang tinggal di sebuah kedai di Jalan Seladang di Singapura semasa zaman Jepun


Penari-penari kabaret ni iaitu Leha, Nani, dan Tina tinggal bersama Mak Nah Bee @ Mak Wan, mereka terpaksa memilih kerjaya sebagai anak joget demi mencari sesuap nasi untuk mengisi perut. Bagaimanapun, pendapatan daripada pepekerjaan yang dilakukan setiap malam itu masih tidak mencukupi. Keperitan yang menghimpit kehidupan telah mendorong mereka memikir sumber lain yang dapat membantu meringankan beban dan penderitaan.
 

Ketika itulah, Leha memilih untuk menjadi perempuan simpanan Datuk Maaruf, seorang Pegawai Kastam dan Nani menjadi kekasih Takahashi, Pegawai Awam Jepun. Bagaimanapun, peperangan yang tercetus membuatkan mereka terpaksa mengubah haluan hidup.


Tina yang mengidap penyakit lelah tidak mapu bertahan dan akhirnya meninggal dunia sebulan selepas Mak Wan lumpuh. Nani pula keluar dari rumah kedai tersebut untuk mencari rezeki di tempat lain. Akhirnya Leha turut berpindah dan khabarnya akan mendirikan rumah tangga dengan usahawan muda dari Johor. Selepas itu, tiada siapa yang mengetahui kemana mereka pergi...TAMAT :)
 

Nie antara barisan pelakon yang menjayakan teater Rumah Kedai Di Jalan Seladang bergambar bersama-sama dengan Dato' Johan Jaafar, Dato Azad Khan ngan Engku Nor Zalifah


Nier lak pic aku, Kak Effa, ngan Kak Guy lepas abis tayangan aritu..memang best teater nie walaupun suasana n prop xsetanding Istana Budaya tapi apa yang dipersembahkan memang terbaekkk :)

Rabu, Mei 02, 2012

B'Fast @ Grand Kampar

Start 22-24 April 2012 aritu..aku outing ke Gopeng, Perak..biaselah dah kije aku memang banyak outing2 nie..tapi macam yang aku selalu cakap sebelum nie "Jauh Perjalanan Luas Permandangan Banyak Pengalaman" tapi untuk kali nie nak cerita pasal makan dulu coz dah lama rasa nyer xposting pasal makan2 nie..


Masa outing ke Gopeng nie aku duk kat Grand Kampar Hotel..rase nyer hotel nie yang paling besar kat area Kampar nie..deco hotel nie macam 3-4 bintang punye simple tapi memang cantik :). Deco makanan kat cafe dia pun memang membuka selera :) tapi macam biasa menu wajib aku just Air Susu, Roti Bakar ngan Coco Crunch ajer :)


Memang so variety makanan kat sini..bubur ader, mee sup ader, nasi lemak ader, salad ade, n macam2 la makanan b'fast kat sini..memang leh kenyang kalau adap ajer makanan kat sinie :)


Pic kat bawah sekali nie group yang outing sekali ngan aku kali nie..Aznita, Ujang, Kak Farah ngan aku :) 

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)