KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Jumaat, Julai 27, 2012

aHlAh wA-sAhLaN Ya rAmAdHaN 1433 H


Alhamdulillah..Ramadhan yang kita tinggalkan hampir setahun yang lalu akhirnya menjelmakan wajahnya untuk sekelian kalinya.. bulan yang ALLAH janjikan 1001 rahmat dan kenikmatan di dalamnya ini  menyengah sekali lagi untuk terus menawarkan hadiah-hadiah yang tidak ternilai harganya untuk diraih umat manusia yang beriman.. Rasulullah S.A.W selalu memberikan beberapa nasihat dan pesanan tatkala memasuki Ramadhan..antaranya :)

"Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu ALLAH dan dimuliakan oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya"

Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang"

"Dialah bulan yang permulaannya rahmat pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka"

Selasa, Julai 24, 2012

Sham Kamikaze..Satu Penghijrahan

Tarikh : 19 Julai 2012
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Penceramah : Sham Kamikaze

Skunk banyak sangat artis2 yang berhijrah n mendapat perhatian khalayak..salah seorang nyer Sham Kamikaze..Sham terkenal sebagai pemuzik di dalam band Kamikaze.Kehandalannya bermain gitar tidak dapat dinafikan semasa zaman kemuncaknya. Oleh itu sebagai perkongsian ilmu tentang penghijrahan yang dilakukan opizz aku pun jemput Sham Kamikaze nie untuk sama-sama berkongsi tentang hidayah yang ALLAH berikan kepada manusia istimewa ini.


Sesungguhnya hidayah itu satu anugerah yang sangat tidak ternilai harganya yang ALLAH berikan kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih. Permulaan hijrahnya hanya bertandang ke rumah sahabatnya yang terletak berhampiran surau. Sayup azan yang berkumandang tersebut menyentuh hatinya untuk menunaikan solat di surau seterusnya membawa kepada  penjelajahan ke masjid-masjid bermula di Nilai, Negeri Sembilan hingga ke Perlis. 


Penjelajahanyanya itu membawa kepada pertemuannya dengan imam Masjid di Makkah. Bermula dengan pertemuan itulah beliau mula mendalami ilmu agama kerana signifikanya pertemuan itu ialah iman masjid Makkah tersebut yang menghulurkan tangan untuk bersalam dengan beliau kerana bagi Sham, dia seorang manusia yang sangat kerdil tiba-tiba disantuni oleh seorang ulama yang disegani.


Banyak lagi perkongsian yang belia kongsikan dalam program ilmu ini, tapi cukup sekadar ini coretan ini. tapi bagi Sham sendiri beliau bertekad walaupun ada sesetengah pihak memandang serong terhadap usaha murni Sham tetapi dia bertekad akan meneruskan dakwahnya. Menurut Sham lagi, dia bukan bercakap sebagai seorang ustaz tetapi sekadar berkongsi pengalaman yang dilaluinya dan masyarakat sendiri faham tidak semua soalan mereka mampu dijawab olehnya. MeMaNg TeRbAeEeEek :)

Khamis, Julai 19, 2012

Makannnnnnnnn :)

Tarikh : 19 Julai 2012
Tempat : Opizz Aku 
Program : Makan2 Coz Nak Puasa :) 

Macam biasa kat opizz aku sebelum nak sambut bulan pose maka ktorang pun bersibuk2lah mengatur jamuan makan secara pot luck :) coz time nie la kami di Bahagian Pembangunan Sosial dan Antarabangsa nie dapat berkumpul bersama coz selalu ramai yang outing so payah nak kumpul semua staff kat bahagian aku nie. 

Selain tu sebelum makan2 bos ktorg bg amanat sempena nak pose n peringatan tentang kerja-kerja yang masih belum selesai :) Banyak jugaklah ingatan "mesra" untuk anak-anak buah nyer.. jom layan pic2 kat bawah nie :) 







Rabu, Julai 18, 2012

Persembahan Kebudayaan :)


Akhirnya..setelah kudrat aku, Kak Effa & Kak Guy berhempas pulas kat ASWARA selama lebih 4 bulan untuk belajar tarian akhirnya apa yang kami belajar tu dapat dipertontonkan kat kawan-kawan aku kat opizz nie..tapi bukan ktorang la yang menari tapi dipersembahkan oleh student2 SKM : Homestay Tahap 3 yang kami bertiga merupakan tenaga pengajarnya. 

Persembahan yang dipelbagaikan dari gurindam, syair, pantun, seloka, persembahan instrument dan kemuncak persembahan ialah tarian yang kami belajar tu..Tarian Cak Kun Cak :) T.Q so much pada semua yang bertungkus lumus menjayakan program nie :)


Nie la student2 yang terlibat tu..Shahrel, Faizal, Mushashi, Helmi, Shida, Leha, Anies, Along, Kak Murni & Kak Sue..thanks a lot atas komitmen korang :)


Nie lak babak persembahan tu..gurindam, syair, pantun, seloka, persembahan instrument,                         dan tarian cak kun cak :)


Layanzzzzzz..... :)

Jumaat, Julai 06, 2012

Kelebihan Syaaban Menuju Ramadhan

Tarikh : 4 Julai 2012
Tempat : Surau Al-Falah, Presint 9, Putrajaya
Tajuk Ceramah : Kelebihan Sya'ban Menuju Ramadhan
Penceramah : Ustazah Syarifah Hayati Syed Ismail


Dalam mengisi ruang Sya'aban yang semakin merangkak pergi, AJK Surau Al-Falah, Presint 9, Putrajaya telah menganjurkan wacana ilmu bertajuk "Kelebihan Sya'ban Menuju Ramadhan" yang disampaikan oleh Ustazah Syarifah Hayati Syed Ismail. Aku memang minat giler kat ustazah nie coz dia ader karekter tersendiri N tutur katanya penuh kelembutan, raut wajahnya memang terpancar ketenangan. Walaupun dah 3-4 kali ustazah nie datang kat tempat aku tapi nie 1st time aku dapat attend program dengan ustazah nie.

Pada permulaan tutur bicaranya ustazah nie menyentuh tentang jemaah yang hadir coz dalam sibuk dan lelah bekerja di siang hari jemaah masih mampu menapak ke rumah ALLAH untuk turut serta dalam majlis ilmu yang dianjurkan..itu yang dikatakan sebagai hidayah yang ALLAH bagi pada hamba-hambanya yang terus taat dalam mencari keredhaan-Nya, walaupun banyak dugaan di luar sana kerana kebetulan masa program ceramah nie, berlangsung juga konsert di tapak Floria Putrajaya 2012 yang lebih kurang 10 minit dari surau aku nie :)

Antara intipati ceramah yang disampaikan berkisar dengan hidayah yang ALLAH kurniakan kepada hamba-hambanya kerana manusia yang hidup dizaman nabi sendiri terlalu sukar untuk mendapat hidayah seperti bapa saudara nabi, Abu Talib yang begitu akrab dengan nabi tetapi sehingga akhir hayat tidak mendapat hidayah Islam. Begitu juga dengan Abu Lahab dan Abu Jahal yang bukan sahaja tidak mendapat hidayah tetapi antara yang kuat menentang ajaran yang dibawa oleh nabi kita Muhammad S.A.W. 

Susungguhnya Sya'ban ini penuh dengan kemuliaan yang tersendiri. Kita sebagai insan yang kerdil dan daif manfaatkan segala ruang yang ada ini demi menjadi mukmin yang sejati :)

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)