KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Jumaat, November 12, 2010

Renungan Jumaat : Jangan Ambil Hak Orang

Renungan Jumaat kali nie nak sentuh sikit pasal nasihat yang orang peringatkan kat aku berulang-ulang kali.. Masa kursus BTN aritu.. komander aku dah bagi tahu.. pastu g kursus Bina Insan awal November aritu dapat lagi nasihat yang sama.. dan semalam masa amanat terakhir Dato' KSU aku sebelum bersara wajib dia bagi nasihat yang sama iaitu..

JANGAN AMBIL HAK ORANG.. KALAU BUKAN HAK KITA PULANGKAN LAH.. KALAU HAK KITA SEKALI PUN KALAU KITA DAH TAK NAK PULANGKAN LAH PADA YANG BERHAK..

Memang mendalam maksud nyer nie.. kita seringkali samada secara sedar atau tidak kita sering mengambil hak yang bukan hak kita.. bila kita dah dapat amat payah untuk kita pulangkan semula hak orang tu.. samapaikan kalau benda tu hak kita tapi kita dah tak perlukan amat payah untuk kita berikan pada mereka yang memang sangat2 memerlukan.. memang benar kata nabi kita Muhammmad S.A.W semasa menyampaikah khutbah terakhir nya semasa melakukan Khutbah Hujjatul Wada. Baginda menyampaikan khutbah itu pada upacara kemuncak ibadat haji iaitu ketika melakukan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, 10 Hijrah Khutbah Hujjatul Wada penting kerana di dalamnya terkandung mesej yang perlu difahami, diingati dan diikuti umat Islam walaupun selepas Rasulullah SAW wafat. Jika diamati, hampir semua mesej disampaikan Baginda menyentuh hubungan sesama manusia.KHUTBAH TERSEBUT IALAH..

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil. Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh. Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku. Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU".

Rabu, November 10, 2010

Lazatttt Nyerrrrr :)


Mari kita cerita pasal makan
Negara kita mewah kerana banyak makan
Negara lain kebulur mati tak makan
Org kita mati kerna banyak makan

BILA cerita pasal makan jgn cakap la.. yang kenyang pun leh jadi laparkan??? kalau ikutkan nak post cerita pasal makan nie lama dah.. tapi sebab banyak cerita lain n sibuk dengan kerja maka nyer nie baru leh nak cerita pasal makan nie.. sebenar nyer yang best makan nie tengok decoration dia ajer.. sebab tu aku cakap yang kenyang leh jadi lapar.. tang sedap tu belum tentu lagi.. kalau korang tak percaya tengok pic2 kat bawah nie.. ko terliur x?

cube korang tengok air kopi nie.. yang ko tertarik kat air dia ker kat buih dia???

yang nie pun same.. tang ane yang menarik nyer??? tentulah kat decoration dia kan??? tu yang kenyang pun leh jadi lapar :)

yang nie lagi satu.. tang strawberi dia tu yang wat korang terliurkan???

walaupun kueh & buah biasa yang kite makan tapi bile tengok bendalah nie.. dah kenyang pun kita bedal gak kan??? :)

So JaWApAn nYeR.. LiCiN MaCaM PiNgGaN KaT AtAs nIe lA :)

Sabtu, November 06, 2010

Tanya Sama Pokok

sejak dua menjak nie tak tahulah kenapa suka sangat nyanyi lagu Tanya Sama Pokok nie.. nak cakap hati tgh berbunga2 rasa nyer dah terisi hati nie.. mungkin sebab bahagia yg dikecapi nie nak dibahagiakan lagi agak nyer.. jom nyanyi sama-sama.. layanzzzzz (="."=)

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.
Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.
Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.
Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.
Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Rabu, November 03, 2010

Gomo Kelate Gomo :)

Walaupun dah terlewat nak post gak pasal perlawanan akhir TM Piala Malaysia nie antara KELANTAN vs NEGERI SEMBILAN.. walaupun sibuk sebenarnya tapi redah gak g tengok bola nie coz semangat punyer pasal.. :) t.q gak kat Helmie coz temankan aku.. wlpn plan nak g 5 orang tp last2 yg jumper kat stdium 3 org ajer coz line maxis kat stadium hilang terus :( so masing2 g tengok sendiri ajer coz xleh nak calling2 :( Maxis mmg siamang!!!

masa perlawanan akhir TM Piala Malaysia nie mmg penyokong Kelantan yg memenuhi setiap ruang stadium nie.. penyokong Negeri Sembilan lebih kurang 25% ajer dari kapisiti stadium nie.. kalau penyokong pun xramai mcm aner nak menang kan??? hihihi :)

nie bukti nyer.. korang leh tengok.. antara penyokong Kelantan ngan Negeri Sembilan...

nie lak aku.. kang citer ajer lebih tp bukti xder..nanti org xcaya kan??? masa masuk nie pun dah kul 7.30 tu pun xdpt tempat duduk.. terpaksa berdiri ajer dr masuk tu sampai habis perlawanan..tp puaslah coz The Red Warrior's Menang :)


nie masa penyampaian hadiah.. Naib Johan TM Piala Malaysia Edisi 2010.. nEgErI SeMbiLaN :(

Johan TM Piala Malaysia Edisi 2010.. KeLaNtAn dArUl nAim :)

Jumaat, Oktober 29, 2010

Kak Jay Dalam Kenangan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Kau Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama.
Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Terus
kan Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu.....

HANYA LAGU NIE YANG DAPAT MENGAMBARKAN PERASAAN AKU MASA NIE.. NIE SEMUA GARA-GARA OPIZZZ MATE AKU.. KAK JAY AKAN DIPINDAHKAN KE MELAKA BERKUAT KUASA 1 NOV NIE.. SEDEY GAK DENGAN PERPISAHAN NIE.. IALAH DAH HAMPIR DUA TAHUN BERKAWAN.. DAH RAPAT.. SEKEPALA LAK TU.. SELALU BERGURAU SENDA.. PASTU LEPAS NIE DAH TAK DAPAT NAK TENGOK DEPAN MATE FUUHHH MEMANG TOUCHING LAA.. :( PIC2 KAT BAWAH NIE MAJLIS YG OPIZZ BUAT SEMPENA PERPINDAHAN KAK JAY KE MELAKA :(

Yang tudung unggu tu la Pn. Jariah bt. Sharif.. start minggu depan 1 November 2010 maka hilanglah wajah ceria Kak Jay dari pandangan mata kawan2 kat opizzz nie :(

nak tengok popular ke x Kak J kat opizz nie.. dari bos sampai ke anak buah semua bagi hadiah.. tapi hadiah tu sebagai tanda kenangan saje.. InsyaALLAH hampir 2 tahun menjalinkan persahabatan nilai persahabatan itu sendiri lebih bernilai dan beharga :)

sElAmAt mAjU JaYa kAk jaY :)

Khamis, Oktober 28, 2010

Twin Otter

16-23 Okt aritu aku ditugaskan sebagai S/U Inspektorat Anugerah Ilham Desa Peringkat Zon Sarawak.. maka nyer aku kn wat penilaian kat kg2 yg masuk pertandingan tu.. so kebanyakan kg yg aku g kn naik TWIN OTTER.. best gak naik kapal terbang nie.. walaupun orang cakap menakutkan & menyeramkan tapi bagi aku memang menyeronokan & aku dapat pengalaman baru lagi :)

nie la Twin Otter tu :)


sebelum naik Twin Otter nie kite mesti kn timbang bukan saja beg yg kite bawak tapi kene timbang berat badan coz takut tak seimbang dengan kapisiti berat yang boleh di tampung kapal terbang nie :)

nie lak masa nak naik Twin Otter tuuu :)

nie lak kat dalam kapal terbang tu.. kapal terbang nie kecik ajer.. boleh memuatkan hanya lebih kurang 20 orang sahaja :)

naik flight nie.. masuk2 ajer terus nampak kokpit kapal terbang nie.. cube tgok pilot tu.. siap leh baca surat khabar.. mmm layanzzzz :)

1 - cube tengok besi tempat duduk flight nie.. rasa nyer cantik lagi kerusi bas mini
2 - naik Twin Otter nie tayar dia tak masuk so kalau kt duk tepi tingkap nampak la tayar Twin Otter nie :)
3 - Dalam Twin Otter nie pakai kipas ajer.. dah lama kat awam baru dia pasang ekon :)


yang nir paling beharga.. disebabkan memula nak terbang ekon tak dipasang maka nyer kat setiap kerusi disediakan kipas kertas nie.. so sape2 yang panas kenalah kipas sendiri.. :)

nie pulak.. sape lagi pemilik blog nie la.. merangkap penumpang Twin Otter nie.. best sangat.. dari Miri Ke Lawas.. dari Lawas ke Miri semula.. kemudian dari Miri ke Mukah then terbang lagi dari Mukah ke Kuching semua naik Twin Otter nie ajer.. nantikan pengalaman2 lain sepanjang penerbangan dengan Twin Otter nie o.k :)

Sebenar nyer nak post cite pasal Taman Kota Lama @ Esplanade nie lama dah.. tp sbb feel nak mgarang ayat N kesibukan kije skunk nie menyebabkan blog aku nie jarang di update walaupun banyak cite yg nak aku post dalam blog aku nie.. TKL nie pun sama gak.. nie 1st aku sampai tempat nie tu pun sbb program aku kat penang nie abis awal.. dah sampai tempat orang... maka kena la merayap sambil cuci mate :) nasib baik ms g outstation nie kwn2 jenis happy go lucky gak :) cik wani, zaharah, kak farah, en.zul, nazli, ngan yon korang memang best :)

nie la pintu gerbang Taman Kota Lama tu.. :)

kat dalam kubu Taman Kota Lama nie ader monument Francis Light.. bukan senang nak datang sini so bergambar la kami beramai2 :)

dah sampai tempat orang tak sah kalau xberposing2 kan???

yang nie pun sama jugak.. saja nak tambahkan koleksi pic2 kat TKL nie :)

nie la hasil nyer kalau g jln2 ngan kwn2 yang suke berposing gak mcm aku.. maka nyer dpt la pic2 yang verstyle :)

KeNaNgAn yAnG TeRiNdAh


Rabu, Oktober 13, 2010

Lambaian Haji Kembali Lagi :)

MASUK ajer 1 Zulkaedah maka nyer bermulalah keberangkatan bakal jemaah2 haji Malaysia bagi tahun 2010 Masihi.. kalau tahun lepas (2009) abah ngan mak putrajaya aku dipilih menjadi tetamu ALLAH.. tahun 2010 Masihi nie abah ngan mak aku sendiri lak dipilih menjadi tetamu ALLAH.. aku bersyukur sangat2 coz 10.10.2010 aritu.. kurang 10 jam tarikh yang mak ngan ayah aku berangkat aku baru ajer balik dari Indonesia.. nasib baik sangat coz tarikah nyer tak clash ngan tarikh aku g Indonesia tu.. so walaupun penat terpaksa rushing jugak :) pastu kamera aku tu jugak mak aku bawa g Mekkah jadi nyer pic2 yang aku tangkap sebelum mak ngan ayah aku berangkat semua dalam kamera tu so yang tinggal pic2 dalam handphone nie ajer.. jadi nyer nie ajer la hasil nyer :)

suasana di Komleks Tabung Haji Kelana Jaya.. :)
.
.
.


yang pakai tudung unggu tu mak aku.. Pn. Mariam :)

saat-saat terahir sebelum mak ngan abah memasuki dewan menunggu di Komleks Tabung Haji Kelana Jaya sebelum berlepas ke KLIA dan seterusnya ke Madinah :)
.
.
.



Selamat Menunaikan Ibadah Haji abah.. Mian b. Wahab, mak.. Mariam bt. Hj. Bodot, uda.. Halimathisaadiah bt. Adnan & Aziah bt. Ahmad.. semoga mendapat haji yang mabrur :)

Rabu, Oktober 06, 2010

secawan "Hot Choclate"

mmmm... dah lama tak jumpa kawan aku sorang nie.. Helmie.. last jumpa dia rase2 nyer 3-4 bln lepas.. so ader kesempatan semalam nak balik kL dari putrajaya aku call la dia N dia free lak so lepak la ngan dia sambil berbual sambil pekena secawan "Hot Choclate" kat entah ape name cafe tu pun aku x tau..memang sedap air nie.. deco dia pun cantik siap ader bintang2 kat atas air nie.. bertambah pulak ms lepak nie ujan turun renyai-renyai mmg mengasyikan.. thanks ek Mie temankan aku.. mmg seronok smlm.. tu yg sampai terbabas tu ek mie.. :)

nie la deco atas air tu.. siap ader bintang bagai :)

Isnin, Oktober 04, 2010

RayA 2010 @ uNIt

AIDIL FITRI 2010

dah tak tahu nak tulis aper lagi dalam blog aku nie pasal hari raya coz banyak sangat sambutan hariraya kat opis aku nie.. gambar2 kat bawah nie lak sambutan aidilfiri peringkat unit aku kat opiz nie.. tu xmasuk lagi sambutan hari raya unit2 lain dari pengurusan nyer.. komunikasi korporat nyer ngan mcm2 lagi la.. utk aidilfitri 2010 kali nie cukup la sampai sini dulu ek yang aku nak post dalam blog aku nie.. InsyaALLAH tahun depan ader rezki, ader mase, ader ruang, ader kesempatan aku cerita lagi pasal sambutan aidilfitri nie :) so korang tengoklah pic2 sambutan aidilfiti 2010 peringkat unit aku ek :)

hidangan wajib.. satey.. sambutan aidilfitri kali nie semua hidangkan satey.. sampai dah tak laku satey nie aku tengok coz dah tak ader yang berebut2 nak amik satey nie.. :)

O

O

O

Wajah-Wajah Sambutan Aidil Fitri 2010 Kat Unit Aku :)

SeLaMaT HaRi rAYa aIdIl fItRi.. mInAl aIdIl WaL FaEzIn :)

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)