KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Khamis, Ogos 26, 2010

BuBuR LaMbUk :)

kali nie nak cerita pasal bubur lambuk lak.. sempena nuzul al-quran aritu opizz aku meneruskan tradisi tahun-tahun sebelum nyer iaitu masak bubur lambuk.. so kt orang bergotong-royong la masak bubur nie.. yang best nyer kat opizz aku nie pantang ader masak2 mesti ramai yang turun..tapi yang ramai nyer budak2 latihan la.. coz kt orang yang selalu planning program2 mcm nie :)

nie la dayang-dayang kat opizz aku yang bertungkus lumus menyiang bahan-bahan nak buat bubur lambuk :)

nie pun sama.. kalau tak kerana diorang mesti tak siap bubur lambuk yang kitaorang palanning tu :)

tapi tang nie lain pulak..kalau tadi dayang-dayang tu tulong menyiang ajer tapi nie para-para yang memasak nyer.. macam chef2 kat hotel tu..yang tukang masak nyer kan lelaki :) coz kalau lelaki yang masak memang mavlezzzz :)

tgok pic nie..pompuan sorang tu just tgok2 ajer yang masak nyer... L.E.L.A.K.I :)

nie la hasil nyer..BUBUR LAMBUK :)

Jumaat, Ogos 20, 2010

Naik LRT :)

sejarah sekali lagi tercipta dalam hidup aku nie..buat pertama kali setelah hampir 3 tahun berkhidmat kat opiz aku nie.. hari nie aku g kije nak kereta api.. huh.. siap leh tidur lak dalam train pagi td.. bukan aper saje nak try coz nak tgok cepat sampai @ lambat @ same ajer time nyer kalau drive sendiri.. pastu plan nak budget coz kalau naik train nie 10 hari = RM50 kalau naik kete seminggu minyak + tol = RM75.. perrrgh banyak leh save nie.. tapi masalah nyer slalu tukar tempat tinggal kL nagn Putrajaya.. so lepas nie kalau duk kL leh la naik kete api.. :)

tgok jam kat stesyen sentul nie..kul 6.29am aku dah tercongok kat stesyen nie..mane tak nyer kul 6.10an dah kua rumah :)

sebab pagi sangat kosong stesyen nie..dah sampai PWTC nagn Bnadaraya baru ramai org :)

tengok..kosong gak.. nasib baik xder hantu kan??? hihihi :)

nie la kete api yang aku naik nak g kije tu..LRT :)

Rabu, Ogos 18, 2010

BuKa PuAsE

Nie event ke-2 dalam bulan Ramadhan 1431H nie untuk majlis buka puase..nie xkira lagi dgn kwn2, dgn teman2 sekolah rendah ngan sekolah menengah, dgn kelab2 alumni.. best tahun nie coz banyak jemputan buka puasa.. tapi yang xbest nyer kwn2 nie suka sgt wat kat hotel sekali mkn..tu dia..RM 50-60 HENGGET..tp sbb kwn2 punya pasal redah ajer la..jgn lari budget raya dah la :)

So untuk kali nie post cite pasal buka puasa peringkat kementerian aku semalam.. banyak jugak la lauk dia walaupun tak berapa sedap..rasa nyer sedap lagi lauk2 mak aku masak :) tp dah orang jemput kn la datang kan?? pastu dah rezki depan mata kena la makan kan?? hihihi (="."=)

nie..kawan-kawan kat meja aku..tgok diorang makan..masing-masing molot menganga :) yang penting kenyangkan???

SENANGhatiSANGATsangatSEKARANGnie..MENIKMATI
keindahan
DUNIAyangALLAHbagiNIE walaupunTERGELINCIRdariLANDASANnyaMOGAhari-HARIyangMENDATANGnieTERUSmembahagiakanHATIini :)

Isnin, Ogos 16, 2010

KuDa :)

gembira sangat hati nie coz gambar aku ngan kuda yang aku tangkap masa kat terengganu tahun 2009 jumpa semula.. coz sepanjang menjalani kehidupan dimuka bumi nie..nie kali pertama aku bergambar dgn kuda..sebab tu masa gambar-gambar nie hilang aku punya lah frust tp alhamdulillah berkat kesabaran aku jumpa semual gambar-gambar nie.. thanks Kak J coz bg gambar-gambar nie kat aku semula..so dah letak gambar-gambar kuda nie aku nak cerita gak la serba sikit pasal kuda nie :)

Kuda ialah sejenis mamalia ungulat besar yang mempunyai bilangan jari kaki yang ganjil dan merupakan salah satu daripada sepuluh spesies moden dalam famili Equus. Nama saintifiknya Equus caballus atau Equus ferus caballus. Kuda telah lama merupakan salah satu haiwan bela jinak yang amat penting dari segi ekonomi, dan telah memainkan peranan yang penting dalam pengangkutan orang dan barang muatan selama beribu-ribu tahun. Sedangkan pembelajinakan kuda terpencil mungkin terjadi seawal 10,000 tahun dahulu, bukti yang jelas terhadap penggunaan kuda secara meluas oleh manusia bertarikh di sekitar 2000 SM.

Kuda telah dibiakbakakan dengan teliti supaya haiwan ini dapat ditunggang, biasanya dengan pelana. Haiwan ini juga boleh dikenakan abah-abah untuk menarik objek-objek seperti kereta kuda atau bajak. Dalam sesetengah budaya, kuda merupakan satu sumber makanan, termasuk daging kuda dan kekadangnya susu; dalam budaya yang lain, memakan daging kuda adalah pantang larang.

Di negara-negara kaya pada hari ini, kuda lebih biasa dipeliharakan untuk kegiatan waktu lapang dan sukan. Bagaimanapun, kuda terus memainkan berbagai-bagai fungsi ekonomi di seluruh dunia.

Manusia telah membiakbakakan kuda selama beribu-ribu tahun dan telah menghasilkan banyak jenis baka yang berbeza-beza. Serupa dengan pembiakbakaan anjing, kuda telah dibiakbakakan supaya dapat menghasilkan sifat-sifat dan keupayaan-keupayaan yang khusus; umpamanya, kuda belima dihasilkan untuk kelajuan yang diperlukan oleh perlumbaan kuda.

Rabu, Ogos 11, 2010

"Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan"

Marhaban Ya Ramadhan.. sering diucapkan untuk bulan suci ini kerana mengharapkan agar hati dan jiwaraga kita diasah dan diasuh.. dilatih dan ditarbiyyah serta dinaiktaraf dan diiktiraf. Selamat memasuki madrasah Ramadhan ini dan semoga setelah keluar darinya segala dosa-dosa kita diampuni oleh Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buat kita semua. Demi sesungguhnya “sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah.” Ramadhan Kariim dan selamat beribadah dengan penuh keikhlasan saya ucapkan buat semua tetamu ziarah yang budiman sekalian!

semalam 29 Saaban 1431H..bermakna..kalau nampak anak bulan malam tadi maka nyer hari ini diistiharkan 1 Ramadhan 1431H iaitu hari yang mana umat islam akan memulakan puasa selama sebulan :) jadi untuk menyambut kedatangan bulan suci yang penuh dengan keberkatan tu opiz aku wat jamuan (potluck) sorang-sorang kat opiz aku nie kn bw sejenis makanan :) memandangkan ader lebih 40 orang kat bahagian aku nie..maka nyer berpuluh-puluh jenis makanan ada semalam.. Lontong, Nasi Putih, Sate, Laksa, Bihun goreng, Popia, Nugget, Ais Krim, Kek Coklat, Puding, ish macam-macam r..sampai xleh aku nak list kan coz byk sgt :)

korang tengok la gelagat budak-budak opiz aku nie.. time makan memang betul-betul Ho Liaw diaorang nie.. :)


korang tengok nie.. izzah..xelok mkn macam nie.. lain kali daun-daun lapik nasi lemak tu skali ko telan :)

nie satu lagi..sambil makan sambil nak posing2.. pantang jumpa kemera :)

jom..makannnnn :)


Kavi..Naziha..Kak J..Wani..

sambil makan sambil tangkap gambar..modal utk cite dlm blog aku laaa.. :)

tgok la makanan kat atas meja tu bersusun.. jom melantak :)

tgok..bersemangat diorang nak menghabiskan makanan tu :)

nie pun gila posing gak..pantang jumpa kamera kan sha..

yang nie memang wajib..ratu kamera kat opizzz..hihihi :)


kak za..kalau makanan tu percuma tu yang gelak besar kan??

JEMPUT MAKAN SEMUA :)

Ahad, Ogos 08, 2010

Jambatan Pulau Pinang

Sejarah sekali lagi tercipta dalam kehidupan aku..sejak mula berkhidmat kat opiz aku skunk nie..nie kali pertama aku bertugas secara rasmi di Pulau Pinang.. maka lengkap dan sempurnalah penjelajahan aku ke seluruh Malaysia..Perlis ke Sabah... Inilah anah tumpah negaraku yang tercinta :) so untuk cite pertama aku pasal Pulau Pinang nie..akau nak cite pasal monument kebanggaan seluruh rakyat Pulau Pinang khas nyer dan seluruh rakyat Malaysia am nyer..iaitu..JAMBATAN PULAU PINANG..

Jambatan Pulau Pinang Mes-e36.png merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalahsepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.


* Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
* Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
* Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
* Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
* Laluan: 4 Laluan (6 laluan masa hadapan)
* Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
* Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
* Gantungan utama: 225 Meter
* Gantungan hujung: 107.5 Meter
* Gantungan lain: 40 Meter
* Had laju: 80 km/j

Selasa, Ogos 03, 2010

Kau & Aku :)

lagu nie dah lama..tapi macam best ajer lagu nie..walaupun aku dah slalu dengar lagu nie..bertambah pulak keadaan aku sekarang yang dikelilingi oleh insan-insan yang memang mengBESTkan aku.. so aku post la lagu nie coz lagu nie mengambarkan perasaan aku skunk nie..AKU mengharapkan KAU..KAU mengaharapkan AKU.. jadilah KAU dan AKU :)

sape gambar dalam nie??? biarlah rahsia :)

Kau dan aku..adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku..engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi..yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Ooohhh.
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini

Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti
Ooohhh..Oohhh..Ooohhh

Jumaat, Julai 30, 2010

GOtoNG roYOng

post kali nie nak cite pasal gotong royong lak :) ... disebabkan byk sangat bahan-bahan yang bercetak kat opizzz aku nie..maka nyer bos suruh clearkan n tempatkan pada satu bahagian.. sebab bahagian aku yang banyak buku-buku nie maka nyer group aku lah yang paling banyak kena kemas :( disebabkan aku merupakan salah seorang AJK menyusun atur dukumen latihan di stor berpusat maka nyer aku just manage ajer la kerja-kerja nie :)

Korang tengok la ek betapa bersemangat diaorang kat bawah nie buat kerja :)

yang nie kak za & kak chik..nie nak posing2 ker nak wat kije??

PN. wANI..iZZAH..cIK Mashitah..bos2 pun turun padang.. baru la btul jadi bos macam nie :)

Kak Za lagi..tgok tu bersemangat menyorong kerusi :)

Yang nie lak..hero2 kat opizz aku..Ust. Nazrin, Nazli & Amir..yang nie bersemangat nak bergambar ajer..kije nyer entah ape2 la :(


yang nie pun sama gak..gedikzzz group kat opiz aku..tgok pantang nampak kamera.. berposing ajer kerja nyer :)

nie la kawasan pengdokumentasian berpusat tu :)

nak susun buku pun kn wat meeting gak :) coz senag nak cari buku-buku tu semula :)

1..2..3..sennnyuummmm :)

nie pun sama gak..1..2..3.. senyummm :)

Khamis, Julai 29, 2010

Amanah Saham :)

memang tersentuh dgn Halaqah : Sentuhan Qalbu hari selasa aritu..tajuk nyer simple ajer.. amanah saham.. tapi pengisian nyer amat mendalam.. kalau sekali baca kita beranggapan amanah saham dalam bentuk pelaburan yang selalu kita dengar dan yang kita telah sedia maklum iaitu Sham Amanah Didik la..Amanah Saham Bumiputera la.. Amanah Saham Wawasan la.. N macam-macam amanah saham yang lain..

Tapi sebenar nyer Amanah Saham yang dikupas adalah ANAK dijadikan saham nyer..yang mana ALLAH memberi AMANAH kepada ibu bapa untuk membuat pelaburan kepada anak itu dengan didikan yang diberi dengan tunjuk ajar yang diberi dengan bimbingan yang diberi dengan ilmu pengetahuan yang diberi.. untuk menjadikan anak yang berguna anak yang berjaya anak yang mampu mengembirakan kedua ibu bapa nyer...

Andai kita gagal mengurus niagakan saham yang ALLAH berikan tersebut mungkin nak tersebut membawa kemudaratan kepada ibu bapa nyer mungkin membawa kecelakaan kepada ibu baca nyer mungkin tidak mampu mendatangkan sebarang manfaat sepanjang hidup nyer..

Seperti kata Ustazah Dr. Robiah K. Hamzah dalam Halaqah tu..
"Bara Walaupun Panas..Gemgamlah Hingga Lebur Jangan Anak Yang Tersungkur"

Selasa, Julai 27, 2010

Pengertian nisfu Syaaban


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Jumaat, Julai 23, 2010

LayAnZzZz AjEr lAaA :)

masa aku outing kat Seri Malaysia Johor Bahru aritu aku alami keadaan yang sangat best..terubat la jugak keadaan blurrr aku nie.. korang nak tau aper yg berlaku??? kat hotel yg aku menginap tu ader majlis perkahwinan :) .. memang happening la suasa kat luar lobby hotel tu pastu aku keluar coz ramai sgt orang nak bernafas pun susah :( last-last turun tangga hotel tu aku jumper mamat kat bawah nie...

\/

\/

\/

korang tengok la gaya dia..mesti driver pengantin punyer..aku pun tanyer la kat mamat nie..dia bagi tau memang dia driver pengantin.. kalau dah driver smart macam nie mesti kete yang di bawak besar N mewah kan?? aku pun tanyer la kete aper yang di bawak.. dia tunjukan kete yang kat bawah nie..memang mengamcam giler..driver dah smart masjlis happening giler wat kat hotel lagi..memang wajar pakai kete kat bawah nie :)
.
.
.
.
.
.
.
nie bahagian depan kete tu (="."=) hihihi


nie lak dari belakang :) hihihi.. :)

MEMANG MENARIK TERTARIK KO MEMANG DA BOMB LA :)

Khamis, Julai 22, 2010

bluuurrrrrrrrrr :(

pening memang pening..aku pun tak tahu kenapa..walaupun kehidupan aku makin hari makin mengembirakan dengan ape yang aku lalui tapi bile sampai kat opizzz nie aku jadi blurrr.. mungkin byk sgt kije @ saje menyerabutkan otak dengan kije-kije yang entah aper2 ntah :( tapi keadaan skunk wat aku bluuurrr ajer.. nak wat cam ane ek???

entah aper yang aku renungkan aku pun tak tahu.. (="."=)

Isnin, Julai 12, 2010

JoM JiGsAw PuZzLe :)

Selalu post ajak g makan ajer kan??? kali nie nak ajak korang maen JiGsAw PuZzLe lak.. :) dah lama gak xmaen benda alah nie..memang pening kepala nak siapkan 1000 pcs puzzle nie nak dijadikan satu gambar lengkap.. tapi best memerahkan otak untuk wat kerja yang merapu nie.. :)

Tengok..punyer la khusyuk duk layan puzzle tu semata-mata nak siapkan benda alah nie..sampai orang tangkap gambar pun tak pandang..

Nie la makhluk-makhluk yang berjaya memerangkap aku melayan jigsaw puzzle nie coz memula masuk library nak pinjam buku tapi bukak pintu ajer aku tengok Muzaffar, Zakaria nagan Alam tengah layan wat puzzle nie..so aku pun join sekaki la.. :)
Akhirnya tak siap jugak nak buat jigsaw puzzle nie..al-maklumlah dah hampir 4 jam berkampung kat library nie namun hasil nyer apa yang korang tengok dalam pic-pic kat atas :(.. xper ader masa..ader ruang..ader kesempatan..InsyaALLAH aku akan cube lagi menyiapkan JiGsAw pUZzLe nie :) terpaksa tinggalkan benda nie coz ader kerja yang lagi penting untuk dibereskan :)

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)