KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Rabu, Disember 28, 2011

Tsunami Ustaz Azhar Idrus

Tempat : Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi
Tarikh : 17 Disember 2011

Baca ajer tajuk saya yakin majoriti memang dah kenal sangat dengan Ust. Azhar Idrus@UAI kan?? mana tak nyer gelombang tsunami manusia yang terus berarus disetiap tempat yang ust. nie bagi kuliah tak pernah surut..n mengikut apa yang ust. nie bg tau kehadiran jemaah di Selangor n Kuala Lumpur memang terbaik n tak cukup ruang untuk jemaah mengikuti kuliah yang ust. ni bagi..begitu jugak yang berlaku di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi nie kehadiran nyer memang TERLAMPAU ramai lebih dari 10 ribu orang :)

Kuliah yang di beri masih dalam Kitan Anak Kunci Syurga di bawah tajuk Tauhid Rubbubiyah dan Tauhid Uluhiyah..so nak sentuh sikit dengan korang tentang tauhid nie sebagai perkongsian ilmu yang aku dapat masa ikut kuliah ust. nie :)

Tauhid Rubbubiyah

Tauhid Rubbubiyah bererti mentauhidkan, meyakini segala apa yang dilakukan Allah, seperti mencipta, memberi rezki, menghidupkan, mematikan, dan mengimani bahwa Allah adalah Raja dari segala raja, Penguasa, dan Rab yang mengatur segalanya.

Tauhid Rubbubiyah ini diakui oleh semua orang. Tidak ada umat manapun yang menyangkalnya, bahkan Iblis terlaknat pun mengakui bahwa Allah lah segala-galanya. Tauhid Rubbubiyah tidaklah menjadi faktor utama dalam hal seseorang dikatakan beriman, taat dan patuh kepada Allah, karana tauhid Rubbubiyah ini hanya bentuk pengakuan semata bahawa Allah segala-galanya.

Tauhid Uluhiyah

Tauhid Uluhiyah ialah mengimani bahawa Allah swt lah yang berhak untuk disembah, tidak ada sekutu bagiNya dalam hal tersebut. Inilah makna, tidak ada yang berhak disembah dengan haq kecuali Allah swt. Maka, segala bentuk ibadah seperti solat, puasa dan yang lainnya, wajib dilaksanakan hanya untuk Allah swt. Tidak boleh ada satu bentuk ibadah pun yang ditujukan kepada selain Allah swt.

sekian..wassalam :)

Puas hati nie coz nak snap pic ngan kawan2 opiz dgn pakaian korporat baru akhir nyer tercapai..aritu sewaktu nak wat pengambaran Video Korporat jabatan.. semua staff dikehendaki memakai pakaian nie..so dapat la aku snp pic2 nie..

Kalau yang sangat mengerti erti persahabatan..persamaan dalam persahabatan nie lah yang sangat2 dicari..termasuklah dalam berpakaian pun sama jugak coz dari pakaian tu akan menimbulkan keserasian..dari keserasian tu lah akan mengeratkan ukhwah n timbul keseronokan utk bekerja :) peaaacceeeee (="."=)


Isnin, Oktober 31, 2011

Patin @ Temerloh

Sebut ajer Ikan Patin mesti semua orang tahu kan??? antara ikan sungai yang mendapat permintaan ramai dan harga nyer yang agak mahal.

Masa aku outing ke Temerloh haritu hotel yang aku menginap tu pun menyediakan Ikan Patin masak tempoyak..walaupun aku nie xmakan ikan sungai tapi disebabkan kawan2 bagitau ikan patin nie sedap aku pun try lah..bile dah rase memang sedap ikan nie..tapi aku makan xbanyak la coz dia masak dengan tempoyak. Jom kite baca sikit pasal ikan patin nie :)

Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.

Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang yang mana telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai sungai yang berupaya mewujudkan ikan patin terbaik dan sedap dimakan. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai tempoyak. Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar. Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah Patin Kolan dan Patin Sungai.

Kat kedai yang aku singgah tu..tokey ikan nie siap siang ikan patin nie..so balik basuh n terus leh masak :) Kawan-kawan aku semua beli ikan nie tapi aku xbli coz memang kuarge aku jenis xmkan ikan sungai. Tapi sebab dah datang Temerloh nie aku bli gak r sepotong ikan patin yang dah siap masak nak bagi kuage aku rase..tapi akhirnya buang gak ikan patin tu coz xder yang nak makan.. :( Nasib kau la Ikan Patin..hihihi :)

Jumaat, Oktober 28, 2011

Renungan Jumaat : Subuh Yang Terakhir

Entah la.. dalam diri nie kita selalu leka dan lalai.. selalu sangat terbuai dengan kenikmatan dunia yang tidak pernah puas dan habis kita kecapi nie.. mungkin sebab tu hati nie mulai tersentuh akan kesilapan, kealpaan dan kekhilafan diri nie..

Dengar ajer lagu Subuh Yang Terakhir nyanyian Kumpulan Rabbani.. ade satu getaran dalam diri nie.. yang membuatkan aku jadi binggung.. aku mengaut segala kemewahan & kenikmatan tapi kadang-kadang aku terlalu sukar untuk mengucapkan syukur atas segala pemberian yang diberikan kepada aku selama nie.. sekiranya aku terus diulit dengan kesenangan tersebut takut andai itu yang terakhir diberikan kepada ku sebelum di jemput mengadap-MU ..ampunkan aku YA ALLAH :(

Jom kita sama-sama hayati lirik lagu yang aku maksudkan.. dan sama-sama kita muhasabah diri untuk mendepani hari-hari yang mendatang ini..

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir


Isnin, Oktober 24, 2011

XPDC Berakit

Macam yang aku dah post sebelum nie pada 14-16 Oktober 2011 aritu aku terlibat dengan aktiviti "XPDC Berakit 1 Malaysia 1 KETENGAH Sungai Dungan". Aktiviti anjuran salah satu agensi di bawah kementerian aku iaitu KETENGAH. Pada kali nie 40 buah rakit terlibat dengan aktiviti ini yang melibatkan penyertaan seramai 200 orang. Sepatutnya aktiviti dwi tahunan ini dilaksankan pada bulan kemerdekaan tetapi disebabkan hari kemerdekaan bertembung dengan perayaan Aidilfitri, makan program ini ditunda ke bulan Oktober.

Antara objektif aktiviti ini antara lain ialah untuk mengenang perjalanan Mat Kilau yang menggunakan Sungai Dungun ini untuk ke Kuala Terengganu untuk berjumpa dengan To' Ku Paloh untuk menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Sememang nya perjalanan ini amat susah macam mana yang aku sertai ini. Nak mendayung rakit nie memerlukan tenaga yang cukup banyak coz kita terpaksa bertarung dengan aliran air yang kadang kala deras kadang kala tidak berarus dan kadang kala terpaksa berlawan dengan pusaran air @ lubuk yang cukup ganas. Akibat aliran air ini jugaklah aku tengok ader rakit yang berlanggar antara satu sama lain dan ader yang terbalik. Tetapi aktiviti nie cukup menyeronokan.

Nie lah wajah-wajah hero yang mewakili opiz aku pada aktiviti berakit nie.

Nie pulak persediaan kita orang sebelum bearkit coz setiap rakit perlu di hias mengikut kretiviti masing-masing coz ade kategori Rakit Paling Menarik. Tapi disebabkan perlatan yang cukup terbatas nie ajer la hasil yang dapat kami buat pada rakit kitaorang nie.

Nie lak majlis penutup yang disempurnakan oleh Y.B Mutulidi b. Jusoh selaku Ahli Parlimen Dungun, Terengganu. Antara intipati ucapan beliau ialah kepentingan kita untuk mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi hari nie coz terlalu banyak penat lelah orang dulu-dulu yang berjuangan untuk menuntut kemerdekaan sebelum kita memperoleh kemerdekaan melalui rundingan.

Selain itu aktiviti ini dibuat untuk mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan di kalangan agensi-agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah nie. Aktiviti kali nie memang menyeronokan dan nie lagi salah satu pengalaman yang amat beharga :)

Isnin, Oktober 03, 2011

Jom Makan Angin..tapi penat :(

mmmmmm...akhirnya setelah hampir 3 bulan duk terperap kat opizzz akhirnya kua jugak g outstation..tapi berderet2 lak..tapi macam biasa lah walaupun penat tapi seronok coz aku memang kaki jalan..anta la g mana pun aku "on" ajer coz macam yang aku selalu cakap "JAuh pErJaLaNaN..bAnYaK PeNgAlAmAn" tapi semua nyer area pantai timur ajer cume sekali ajer la terlepas ke Ipoh, Perak.. jom layan jadual kerja & jadual merayap aku yang dah noted dlm diary aku..hihihihi :)

Tarikh : 21-25 September 2011
Tempat : Putrajaya
"yang nie bertugas jaga booth masa Karnival Usahawan Desa kat Putrajaya"


Tarikh : 27-29 September 2011
Tempat : Kuantan, Pahang
"penat jaga booth xabis lagi dah kn g kuantan..tapi kn g gak coz mmg dah giliran aku kn g.. best gak la coz dah lama gak aku x g kuantan nie"


Tarikh : 3-5 Oktober 2011
Tempat : Ipoh, Perak
"g ipoh pun atas urusan kije..mmm.. mmg nak g sinie coz dari semua jadual outsation yang ader cume Ipoh ajer yang kat luar kawasan yang lain semua kat Pahang so aku mintak la nak g Ipoh nie dapat hirup udara tempat lain lak :)"


Tarikh : 8 Oktober 2011
Tempat : Kampung Bukit Puchong, Triang, Pahang
"yang nie g umah sedara kahwin.. asyik kerja ajer kn gak bahagi2 ms utk keluarga"


Tarikh : 9 Oktober 2011
Tempat : Kuala Pilah, Negeri Sembilan
"yang nie pun sama..den poie sinie coz ade majlis kahwin..dari Triang semalam ikut jalan lama bermalam d Kole Pilah la.."


Tarikh : 14-16 Oktober 2011
Tempat : Tasik Kenyir, Terengganu
"kat sinie paling best coz g sinie wakil jabatan aku utk aktiviti berakit :) asyik kerja ajer nak gak hilangkan stress :) nanti dah blik aktiviti nie aku posting citer pasal berakit nie lak :)"


Tarih : 20-22 Oktober 2011
Tempat : Temerloh, Pahang
"perjalanan utk bulan Oktober berakhir kat Temerloh..lepas nie adap Final Piala Malaysia lak hope Kelantan dapat g final lagi :)"


SeKiAn......

Rabu, September 21, 2011

rumah terbakar panggil BOMBA

korang mesti ingat lagi kat lagu nie kan??? ~~~~ Rumah terbakar panggil Bomba..Bomba datang berlumba-lumba~~~~ "yg lain korang sambung la" sajer jer suruh korang nyanyi coz posting aku kali nie pasal Alat Pemadam Kebakaran @ Fire Extinguisher :). Alat yang sering digunakan semasa kebakaran kecil ialah Debu Kering dan Karbon Dioksida (Co2). Sebagai salah seorang tenaga pengajar SKM kat tempat kije aku nie & salah satu modul yang wajib semua pegawai SKM tau semasa mengendalikan kelas so kitaorang kn ikuti kelas keselamatan nie..walaupun aku dah banyak kali belajar benda nie tapi xrugi coz dapat refresh semula apa yang pernah aku belajar..jom aku tunjukan sikit cara-cara menggunakan alat pemadan kebakaran nie :)

Balang-balang bewarna merah (Debu Kering) nie la di panggil alat pemadam kebakaran..kalau dulu balang nie bewarna biru tapi sekarang ditukar ke warna merah. Alat nie merupakan langkah awal untuk mengawal kebakaran..tapi kalau dah marak sangat benda nie xmembantu pun so kn cepat2 panggil Bomba..hihihi

kat atas balang nie ader satu pin yang perlu dicabut bagi membolehkan alat pemadam nie digunakan.. setelah di cabut hala kan muncung hos ke arah api..tapi pastikan kedudukan nyer mesti mengikut arah angin supaya serbuk yang di keluarkan akan terus ke kawasan kebakaran..

setelah muncung hos dihalakan ke arah kawasan yang terbakar tekan penginjap balang untuk menghamburkan debu kering tersebut..pastikan api betul2 padam baru di lepaskan penginjap alat pemadam tadi..so selesailah cara menggunakan alat pemadam api nie tadi.. hihihi :)

bukan pakai cakap ajer..nie aku pun try gak menggunkan alat pemadam kebakaran nie so leh la cite kat korang..wassalamzzzzz :)

Isnin, September 19, 2011

Edul Fitri @ Opizzzzz :)

rrrrrrrrrrrrrrrrrr....xder idea nak cite pasal jamuan raya peringkat bahagian kat opizzz aku nie coz hati nie dah xder kata raya kot coz raya mungkin dah sampai penghujung nyer.. walaupun xder hati celebrated jamuan raya nie tapi keseluruhan mahlis mmg terbaikkkkkk :) so layan lagu raya ajer la :)

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang

Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi


Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman


Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri


SeLaMaT HaRi rAyAaAaAaAaA.. :)

selalu kita jumpa bunga api yang dah siap ajer kan??? so kali nie aku nak cite macam mana nak buat bunga api buluh..bunga api buluh nie selalu nyer kat Melaka ajer ade coz selalu digunakan untuk majlis2 perkahwinan..tapi bunga api nie xmacam bunga api yang korang selalu tengok tu.. bunga api nie nie xmeletop2 just menyembur ajer..korang tengok ajer la pic-pic kat bawah nie k.. :)


1- dah nama nyer Bunga Api Buluh so benda paling asas nyer mestilah buluhkan??? hihihi

2- kemudian kena sediakan tanah dari busut anai-anai coz tanah jenis nie tak berkanji

3- Buluh tersebut dipotong megikut ruas2 nyer..kemudian dililit tali dan dipasak supaya buluh tersebut tidak pecah

4- Kemudian tanah busut tadi dipadatkan dibahagian atas buluh

5- Setelah dipadatkan..bahagian diatas tadi di drill untuk dijadikan lubang untuk dimasukan sumbu bunga api ini

6- Inilah bentuk bahagian atas buluh yang telah di drill untuk dijadikan sumbu bunga api

7- Kemudian belerang dimasukan ke dalam buluh tersebut

8- Setelah belereng dimasukan..tanah busut dimasukan sekali lagi untuk menutup bahagian bawah buluh pula

11- Setelah bahagian bawah buluh ditutup, bahagian atas yang telah di drill di buka semula untuk memasukan sumbu bunga api pula.. "sumbu bunga api bukan dari tali atau kain yang biasa kita tengok..sebalik nyer dari bijih besi yang dihancurkan untuk dijadikan sumbu"

12- Bunga Api Buluh yang siap sepenuh nyer untuk dibakar..untuk membakar bunga api ini api tidak boleh digunakan sebalik nya untuk menghidupkan bunga api ini perlu menggunakan puntung rokok ataupun bara ubat nyamuk

13- Inilah bentuk sebenar bunga api buluh yang telah dibakar

Rabu, Ogos 31, 2011

31 Ogos 2011

Tahun nie kita menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-54 tahun.. sambutan kali ini tidak sesemeriah tahun2 lalu coz wat pertama kalinya sambutan ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini jatuh bersama dengan Perayaan Aidilfitri.. maka sambutan rasminya ditunda dengan perayaan Hari Penubuhan Malaysia pada 16 September 2011.

Bagaimanapun ambang 31 Ogos tahun nie dikejutkan dgn polimik tuntutan kemerdekaan. Tapi apa yang aku lihat isunya tidak sebesar mana.. tapi biasalah media-media arus perdana baik media elektronik mahupun media cetak yang sengaja mensensasikan & membesar2kan isu ini demi meraih populariti politik pihak berkepentingan :(

Tapi apa-apa pun aku bangga jadik anak Malaysia.. walaupun tuntutan politik masa ini membuat aku agak tersimpang dgn arah pemerintah tapi aku yakin apa yang diharap golongan muda pada masa ini yang bakal mencorakkan masa depan negara akan tercapai.. :)

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Ahad, Ogos 28, 2011

SeLaMaT HaRi rAyA AiDiL FiTrI


dEnGaN InGaTaN TuLuS IkHlAs DaRi...

kelincicomel.blogspot.com

Jumaat, Ogos 26, 2011

hILaNg LaGi :(

Hari nie 26 Ogos 2011 aku bakal kehilangan seorang lagi teman, sahabat dan kawan yang hampir 3 tahun menemani perjalanan karier kerjaya aku sekarang nie.. satu persatu mereka yang pernah menjalinkan ukhwah selama nie akhirnya berpisah demi meneruskan kerjaya untuk kehidupan yang mendatang..

Selama mengenali seorang yang bernama Nazli Amil Ali memang banyak kenangan yang agak sukar aku lupakan.. banyak benda yang dapat aku belajar darinya banyak juga pengajaran yang boleh aku jadikan tauladan dari persahabatan ini.. mungkin atas persamaan ideolagi menyebabkan aku rapat dengan dia..

Dan hari ini segalanya akan berakhir..walaupun bukan untuk selamanya tapi jarak bakal memisahkan persahabatan ini.. tidak ada apa yanag dapat aku katakan hanyalah nukilan bait-bait puisi nie yang mampu aku titipkan.. KHAS UNTUK MU SAHABATKU..nAzLi aMiL aLi

Waktu telah pertemukan kita..
Waktulah yang menjalin begitu banyak rangkaian kisah diantara kita..
Dan kini,… Waktu juga yang akan memisahkan kita..

Tak lama lagi..
Kau tak akan ada lagi disini…
Meninggalkan senyum mu…

Meninggalkan tawa mu…

Namun aku berikrar…
tak kan meninggalkan kenangan bersamamu…
Tak akan ada yang dapat membuat saat2 kita bersama hilang di hati ku…

Selamat jalan sahabatku..
Maafkan atas segala salah dan khilaf..
Bersinarlah menjadi bintang..
Terima kasih untuk persahabat yang telah kau tawarkan..
Selamat jalan sahabat..
Sungguh bukan perpisahan yang kuharapkan tapi teruskanlah untuk kehidupan mu :(


Ramadhan yang makin tirus

Mempersiapkan diri dengan kelengkapan
Mulai mengangkat sauhnya dari pelabuhan
Sambil melambai menyelamat tinggal
Pada pendukung setia
Penuh syahdu dan sayu
Seorang hamba yang alpa
Tersedu kecamuk pilu
Dalam enggan melepasnya pergi
Dia adalah kekasih
Mencuri hati dan pergi
Betapa luluhnya jiwa
Tidak pasti berkesempatan
Ramadhan akan kembali
Atau dirinya terlebih dahulu pergi.

Semarak Ramadhan
Dengan gemersik azan
Dengan jamaah beriftar di anjung surau
Bersaf-saf para jamaah bersolat
Bertakbir dengan kebesaran
Bertahmid dengan keagungan
Bertasbih dengan kekudusan
Bersalawat pada Junjungan
Bertadarrus dalam kumpulan
Bertahajjud di perut malam
Akan berlalu dari pandangan
Terngiang-ngiang mengetuk kepiluan
Menghiris perasaan.

Ramadhan berpulang
Datang dengan tawaran
Ibadat dan berkebajikan
Tapi kesempatan terluang
Lebih terabai dari pengisian
Sesungguhnya diri seorang Shafie
Tergolong kalangan yang rugi
Abai dari peringatan
Lalai dari amalan.

Ramadhan berlalu
Di tubir waktu
Dan diri termangu
Menzikiri dalam syahdu
Kembali menunggu dalam rindu.
by: Dr. Syafie Abu Bakar

DaLaM tUjUh hArI YaNg tElAh lAlU DaN MuNgKiN AkAn bErUlAnG

Hari per-1, tahajudku tetinggal Dan aku begitu sibuk akan duniaku Hingga zuhurku, ku selesaikan saat ashar mulai memanggil Dan sorenya ku lewati saja masjid yang mengumandangkan azan magrib Dengan niat ku lakukan bersama Isyak itupun terlaksana setelah acara tv selesai

Hari ke-2, tahajudku tertinggal lagi
Dan hal yang sama aku lakukan sebagaimana hari pertama

Hari ke
-3 aku lalai lagi akan tahujudku
Temanku memberi hadiah novel best seller yang lebih dr 200 halaman Dalam waktu tidak 1 hari aku telah selesai membacanya Tapi… enggan sekali aku membaca Al-qur’an walau cuma 1 juzz Al-qur’an yg 114 surat, hanya 1,2 surat yang ku hafal itupun dengan terbata-bata Tapi… ketika temanku bertanya tentang novel tadi betapa mudah dan lancarnya aku menceritakan
Hari ke-4 kembali aku lalai lagi akan tahajudku
Sorenya aku datang ke selatan Jakarta dengan niat mengaji
Tapi ku biarkan ustaz ku yang sedang mengajarkan kebaikan
Ku biarkan ustaz ku yang sedang mengajarkan lebih luas tentang agamaku
Aku lebih suka mencari bahan obrolan dengan teman yang ada disamping kiri & kananku
Padahal bada magrib tadi betapa sulitnya aku merangkai
Kata-kata untuk ku panjatkan saat berdoa

Hari ke
-5 kembali aku lupa akan tahajudku
Ku pilih shaf paling belakang dan aku mengeluh saat imam sholat Jumaat kelamaan bacaannya Padahal betapa dekat jaraknya aku dengan televisi dan betapa nikmat, serunya saat perpanjangan waktu sepak bola favoritku tadi malam

Hari ke
-6 aku semakin lupa akan tahajudku
Ku habiskan waktu di mall & bioskop bersama teman2ku
Demi memuaskan nafsu mata & perutku sampai puluhan ribu tak terasa keluar
Aku lupa.. waktu diperempatan lampu merah tadi
Saat wanita tua mengetuk kaca mobilku
Hanya uang dua ratus rupiah ku berikan itu pun tanpa menoleh

Hari ke-7 bukan hanya tahajudku tapi subuh ku pun tertinggal Aku bermalas2an di tempat tidurku menghabiskan waktu Selang beberapa saat dihari ke-7 itu juga Aku tersentak kaget mendengar khabar temanku kini Telah terbungkus kain kafan padahal baru tadi malam aku bersamanya dan malam tadi dia dengan misscallnya mengingatkan aku tentang tahajud kematian.... kenapa aku baru gemetar mendengarnya? Padahal dari dulu sayap2nya selalu mengelilingiku dan Dia bisa hinggap kapan pun dia mau.

Dari hari ke hari, bulan dan tahun
Yang wajib jarang aku lakukan apalagi yang sunah
Kurang mensyukuri walaupun KAU tak pernah meminta
Berkata kuno akan nasihat ke-2 orang tuaku
Padahal keringat & airmatanya telah terlanjur menetes demi aku
Tuhan andai ini merupakan satu titik hidayah Walaupun imanku belum seujung kuku hitam Aku hanya ingin detik ini hingga nafasku yang saat nanti tersisa Tahajud dan sholatku meninggalkan bekas Saat aku melipat sajadahku….. Amin….
By Yulius Prasetyo Rahayu

Selasa, Ogos 09, 2011

Dunia Baru :)

DuNiA bArU..hahahaha.. walaupun sebelum nie banyak terlibat dengan pasukan beruniform dan terlibat dengan berbagai-bagai misi2 kemanusian seperti Misi Kemanusiaan Mangsa Tsunami di Acheh ngan Kuala Muda, Misi Kemanusian Gempa di Indonesia, Misi Kemanusian Banjir Besar di Johor..tapi kali nie bila join Sukarelawan Jabatan Pertahanan Awan Malaysia @JPAM rasa lain mcm lak..masa g kursus asas JPAM nie memang banyak dah benda yang aku belajar sebelum nie coz more to bantuan awal bile berlaku kecemasan.. best gak coz banyak lagi benda2 baru yang aku belajar lagi pun dah lama xjoin benda2 macam nie :) meh aku cerita skit pasal JPAM nie

PRA MERDEKA

1939-Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah – langkah bagi menghadapi peperangan Dunia Kedua.

1951-The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi sebagai satu undang – undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu.

1952-Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan.

PASCA MERDEKA

1957-The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam1951 ( Akta 221 ) berikutan kemerdekaan Negara.

1958-Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan Negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

1964-Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia – Indonesia ( Kertas Kabinet No. 302/314/64 )

1965-Jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai 36,000 anggota dengan 37 cawangan selain kelengkapan logistik terbaru pada masa itu diperolehi untuk seluruh Negara.

1970-Kerahan tenaga anggota seluruh Negara dibuat mengikut peruntukan Akta Perkhidmatan Negara 1952 berikutan bencana banjir besar yang melanda Negara.

1972-Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda bagi melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan.

1993-Tragedi Highland Tower tumbang di Hulu Kelang mula merubah organisasi Pertahanan Awam di Malaysia.

ERA PEMBANGUNAN

1994-Pengenalan nama ringkas JPA 3 mula digunakan dan diterima pakai di seluruh negara untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Penerbangan Awam.

1995-Talian Kecemasan 991 dilancarkan pada 20 Mei sebagai tanda komitmen Jabatan Pertahanan Awam memberikan khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam.

1996-Rancangan Pembangunan Jabatan Pertahanan Awam dirangka bagi memperlengkapkan sepenuhnya segala keperluan logistik dan prasarana dalam gerakan kerja menyelamat.

2000-Semua Ibu negeri di seluruh negara dan enam pejabat cawangan telah melaksanakan perkhidmatan talian 991.

2000-Rancangan Pembangunan Projek Fizikal dilaksanakan dengan tujuh projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah di bawah RMK 7 termasuk dua projek pusat latihan yang baru.

2001-Sebanyak tujuh lagi projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah diluluskan untukdilaksanakan didalam tempoh RMK 8 menjadi semua ibu negeri di seluruh Semenanjung bakal memiliki kompleks pentadbiran, operasi dan latihannya sendiri.

2004 - Motto ' Selangkah Ke Hadapan ' diperkenalkan sebagai komitmen warga Jabatan Pertahanan Awam memberikan ' Delivery Service ' yang terbaik kepada orang ramai sesuai dengan pertambahan perjawatan dalam Jabatan.
2006 - Memperkenalkan slogan "Sedia, Pantas dan Berintegriti" sebagai pemangkin menjadikan
Jabatan Pertahanan Awam sebuah jabatan yang unggul.

2008-Petukaran pengenalan nama ringkas JPA 3 kepada JPAM telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pertahanan Awam sendiri pada bulan Mac semasa Hari Sambutan Pertahanan Awam yang diadakan di Ipoh Perak.

2008-Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan ' Satu Negara Satu Nombor ' sebagai talian panggilan pusat iaitu 999 bagi menyatukan talian kecemasan yang membabitkan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

OBJEKTIF

Objektif Sukarelawan Pertahanan Awam pada dasarnya ialah :-

* Tugas Pertahanan Awam ialah melatih orang awam dalam menghadapi bencana/operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/aman.

* Melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana/operasi menyelamat

* Membantu tugas-tugas Pertahanan Awam yang diwujudkan pada 20 Mei 1995 yang pada ketika itu tenaga kakitangan tetap adalah kurang.


Setiap kali melepasmu pergi terdetik di hati
Dengan usia bersisa kembalikah kita bermesra
mengisi Ramadhan al-Mubarak dengan ibadat
Kini di hujung saat-saat sarat kerinduan
Dengan wajah bersih berhilal kau datang
Menggugurkan daun-daun rindu diperjalanan.

Ramadhan yang datang
Di sebalik mesra itu ada kesayuan

Mungkinkah ini khidmat terakhir

Atau lebih dari itu

Inikah peluang terakhir beribadat bersama
Ramadhan al-Mubarak ?


Ramadhan dirindui kembali menemui
Tengadah kesyukuran peluang dilanjutkan

Mohon kesihatan meneruskan ketaatan

Segalanya biarlah dalam keredhaan-Mu Rabbi

Meneruskan ketaatan dalam menyelusuri jalan-MU

SeLaMaT MeNjAlAnI IbAdAh rAmAdHaN

Sabtu, Julai 30, 2011

Auuuummmmm...zZzZzZzZzzzzz :(

KUALA LUMPUR - Malaysia terpaksa menunggu empat tahun lagi untuk beraksi semula di peringkat kelayakan Piala Dunia apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Singapura pada perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, semalam

Stadium Nasional Bukit Jalil dan 90,000 penyokong Harimau Malaya menjadi saksi detik kejatuhan Harimau Malaya apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 untuk membawa kepada kekalahan agregat 6-4.

Jaringan Safee Sali pada minit ke-57 tidak mampu untuk meningkatkan semangat rakan-rakannya yang lain apabila Singapura berjaya menjaringkan gol penyamaan 13 minit kemudian melalui Shi Jiayi.

Aksi sederhana pada separuh masa pertama boleh menjadi punca utama skuad negara gagal untuk menyaingi Singapura, di tambah dengan ketiadaan pemain perancang dan ketua pasukan, Safiq Rahim.

Safiq digantung perlawanan apabila menerima kad merah pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar yang menyaksikan Malaysia tewas 3-5.

Anak buah Datuk K. Rajagobal ternyata kurang selesa dengan kelebihan yang ada pada pemain Singapura iaitu kekuatan fizikal dan hantaran jauh.

Rajagobal mengakui, pasukannya tidak bermain agresif pada babak pertama, malah mengakui kealpaan benteng sekali lagi menghukum mereka ketika membenarkan Singapura merobek gawang pada separuh masa kedua.

"Kami tidak kalah, kami seri malam ini tetapi kami gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Kami tidak bermula agresif walaupun ada masanya kita membuat serangan, cuma di separuh masa kedua pemain mula menunjukkan permainan lebih baik tetapi ia tidak mencukupi.

"Saya rasa, apabila Aidil (Zafuan Abd. Radzak) terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan, ia menganggu perancangan pasukan. Dia keluar terlalu awal dan memaksa kami memasukkan Muslim,'' kata Rajagobal.

Hasrat untuk melihat pemain pertahanan berpengalaman, Aidil beraksi selama 90 minit tidak tercapai apabila dia dikeluarkan pada minit ke-27 dan digantikan dengan Muslim Ahmad apabila mengalami kecederaan.

Harapan menggunung penyokong Harimau Malaya untuk melihat Malaysia bangkit pada separuh masa kedua gagal dijelmakan manakala Singapura ampuh bertahan hasil permainan mantap pemain pertahanan Daniel Bennett.

Pemain tengah, Ismail Faruqi seperti kekeringan idea untuk merencanakan serangan bahaya tatkala Singapura mengharapkan kehebatan pemain kelahiran China, Jiayi dan Qiu Li.

Gandingan Safee dan Abd. Hadi Yahya juga tidak begitu menjadi apabila tidak mempunyai keserasian yang mantap tatkala S. Kunanlan gagal mempamerkan permainan lincah seperti dalam perlawanan sebelum ini.

Ibarat jatuh sudah ditimpa tangga aksi penutup perlawanan Malaysia Singapura dicemari dengan layangan kad merah kepada pemain gantian negara, Ahmad Fakri Saarani pada masa kecederaan.

Bagaimanapun, pujian layak diberikan kepada penjaga gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat yang beberapa kali menyelamatkan percubaan merbahaya pihak lawan.

Apa-pun kita perlu menerima hakikat bahawa masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki jika berhasrat untuk beraksi pada peringkat yang lebih jauh pada kelayakan Piala Dunia 2018.

Sementara itu, penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat berkata, Singapura berhak melayakkan diri ke pusingan seterusnya kerana menunjukkan permainan yang lebih baik. "Kita tidak kalah malam ini, cuma kita seri. Singapura lebih layak dan berhak ke pusingan seterusnya,'' kata Khairul Fahmi.


Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)