KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Isnin, Februari 28, 2011

SaNtAi :)

Aktiviti : MeMaNcInG sAmBiL BeRsAnTaI
Tempat : Batu FeRiNgGi, PuLaU pInAnG

masa nie aku ader kursus kat Penang.. pastu hotel kami tu mmg bebetul sebelah Pantai Batu Feringgi nie.. so masa free2 tu aku ikut la kawan aku@Khairul nie g memancing.. dia nie mmg kaki mancing pantang jumper panatai ker lubuk ker aslakan yg sure ader ikan wajib dia mancing :).. mmg best layan benda nie tp kn bersabar la coz kadang2 3-4 jam nak dapat sekor ikan pun payah :(.. mcm yg aku kn nie la sekor ikan pun tak dapat.. penat, letih ajer yang dapat tapi bagi yg suke mancing xdpt ikan pun xper yg penting diorg puas :)

Selasa, Februari 22, 2011

bOwLiNg (^_@)

Tempat : The Mine's Sri Kembangan
Tarikh : 12 Februari 2011
Masa : 9.00am -2.00pm

Game : Tournament Peringkat INFRA

nie la antara wajah2 yang menyerikan tournament peringkat opizz aku aritu.. best sangat2 coz dah lama xmain bowling nie.. aku rasa paling last baling bola bowling nie 3-4 bulan lepas :) tengok muka2 player nie standard Shalin Zulkifli

tengok yang nie pulak.. baling strike ajer..

yang nie pulak kuarge2 yang datang bagi sokongan moral kat palyer2.. mmg best r.. huru hara jadik nyer pusat bowling nie dengan jerit pekik ktorg.. :)

yang nie lak pic paling best.. sendiri tengok n sendiri fikir k.. hihihi (="."=)

nie lak group aku la.. group paling best coz ader uniform :)

Selasa, Februari 15, 2011

Sejarah Ringkas Rasulullah S.A.W

BIODATA RASULULLAH SAW


Nama : Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Tarikh lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

Nama bapa : ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun) Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ‘perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah. Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.


- Khadijah Binti Khuwailid

- Saudah Binti Zam’ah

- ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)

- Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)

- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan

- Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)

- Zainab Binti Jahsy

- Maimunah Binti Harith

- Safiyah Binti Huyai bin Akhtab

- Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra’


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)


1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-‘Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)

8. Abdul Ka’bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. ‘Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-‘Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

* Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga. (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Sabtu, Februari 12, 2011

MeRiSiK KhAbAr.......


Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...

Selasa, Februari 08, 2011

From Sandakan With Love

Bile dah merayap maka banyak la cerite nyer.. macam yang aku g Sandakan aritu la.. banyak cerite yang leh dicerita.. memang best datang sinie walaupun ader kawan tapi banyak nyer kita orang redah sendiri ajer coz kawan aku si Nazri tu sibuk memanjang.. so dengan mulut yang ALLAH bagi nie tu la yang kita orang gunakan maka nyer satu hampir satu Sandakan kita orang jelajah :)

rase nyer pic nie paling best :) nampak cam smart ajer kan.. nie kat pintu gerbang nak masuk ke Tokong Buddha Puu Jih Shih :)

nie kat Tokong Buddha Puu Jih Shih tu lagi.. terletak kira-kira 5KM dr pusat bandar terletak atas bukit.. tokong bewarna merah dan emas nie siap sekitar tahun 1987.. tokong nie mengadap ke pusat bandar Sandakan so korang leh tengok hampir keseluruhan bandar S andakan yang mengadap ke laut:)

nie lak kat Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary @ Kera Bekantan ada kera keperangan yang memakan daun.. hanya dijumpai di persisiran Borneo, kawasan paya bakau serta pinggir sungai.. ciri paling menonjol kat kera nie ilah hidung nyer yang besar :) nak masuk kat tempat nie kena bayar RM15 :)

dah sampai Sandakan wajib korang gie tempat nie.. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok terletak di Hutan Simpan Sepilok - Kabili, 24 km dari Sandakan, Sabah.Malaysia. Pusat ini dikhususkan untuk memelihara dan mengkaji spesies orang utan yang semakin pupus di dunia ini.. nak masuk kat sinie kena bayar RM5 :)

sebenar nyer banyak lagi tempat2 best yang kt org g.. lagi pun tempat nie dekat ajer antara satu dengan yang lain :) tp tak tangkap gambar coz sebab2 yang tak boleh dielakkan :(.. kalau korang g Sandakan tempat2 yang korang leh g lagi ..

Rumah Agnes Keith..juga dikenali sebagai Newlands - rumah dua tingkat milik pengarang tempatan Agnes Newton Keith dan suami Harry (Kurator Muzium Borneo Utara) dari tahun 1930 hingga 1952. Rumah ini musnah ketika Perang Dunia II dan dibina semula di tapak yang sama. Pn. Keith menulis beberapa buah buku tentang Sabah dan penduduknya, termasuk Land Below the Wind, Three Came Home, dan White Man Returns. Baru-baru ini rumah ini menikmati pemulihan setelah bertahun-tahun dibiarkan.

English Tea House.. terletak di tapak Muzium Agnes Keith, sebuah restoran di lereng bukit atas Sandakan yang menyajikan hidangan Inggeris dan Asia tradisional.

Taman Peringatan Sandakan.. dibina di tapak khemah tawanan perang Taman Rimba.

Tanah Perkuburan Jepun.. menempatkan tapak peringatan kepada korban perang Jepun di Borneo.

Gereja St Michael's and All Angels.. gereja granit ini dibina pada tahun 1897 dan merupakan salah sebuah daripada bilangan kecil bangunan sebelum perang yang masih ada di Sandakan. Gereja ini diiktiraf sebagai sebuah tapak warisan dunia sejak tahun 2005.

Tokong Sam Sing Kung Temple.. binaan yang siap pada tahun 1887 ini merupakan binaan yang tertua di Sandakan.

Masjid Sandakan.. binaan yang siap pada tahun 1988 ini terletak berhampiran dengan teluk dan Kampung Buli Sim Sim.

Kampung Buli Sim Sim.. kampung perikanan berkaki bajang di tapak asal pekan Sandakan.

Pasar Sandakan.. antara pasar yang terbesar dan tersibuk di Sabah.

Taman Buaya.. terletak 12 km (7.5 batu) dari Sandakan, menempatkan lebih 2,000 ekor reptilia ini dalam kolam konkrit.

Khamis, Februari 03, 2011

HaPpY ChInEsE NeW YeAr

tahun nie blog aku pun leh sambut ChInEsE neW YeAr coz tahun nie dalam kalender lunar ialah tahun Arnab.. so arnab=rabbit=kelinci adalah sama :) hihihi

Here's wishing all Malaysians

GONG XI FA CAI

XIN NIAN QUAI LE

MAY THE YEAR OF THE RABBIT BRING ALL MALAYSIANS AN ABUNDANCE OF HARMONY, HEALTH AND PROSPERITY

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)