KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Selasa, Februari 08, 2011

From Sandakan With Love

Bile dah merayap maka banyak la cerite nyer.. macam yang aku g Sandakan aritu la.. banyak cerite yang leh dicerita.. memang best datang sinie walaupun ader kawan tapi banyak nyer kita orang redah sendiri ajer coz kawan aku si Nazri tu sibuk memanjang.. so dengan mulut yang ALLAH bagi nie tu la yang kita orang gunakan maka nyer satu hampir satu Sandakan kita orang jelajah :)

rase nyer pic nie paling best :) nampak cam smart ajer kan.. nie kat pintu gerbang nak masuk ke Tokong Buddha Puu Jih Shih :)

nie kat Tokong Buddha Puu Jih Shih tu lagi.. terletak kira-kira 5KM dr pusat bandar terletak atas bukit.. tokong bewarna merah dan emas nie siap sekitar tahun 1987.. tokong nie mengadap ke pusat bandar Sandakan so korang leh tengok hampir keseluruhan bandar S andakan yang mengadap ke laut:)

nie lak kat Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary @ Kera Bekantan ada kera keperangan yang memakan daun.. hanya dijumpai di persisiran Borneo, kawasan paya bakau serta pinggir sungai.. ciri paling menonjol kat kera nie ilah hidung nyer yang besar :) nak masuk kat tempat nie kena bayar RM15 :)

dah sampai Sandakan wajib korang gie tempat nie.. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok terletak di Hutan Simpan Sepilok - Kabili, 24 km dari Sandakan, Sabah.Malaysia. Pusat ini dikhususkan untuk memelihara dan mengkaji spesies orang utan yang semakin pupus di dunia ini.. nak masuk kat sinie kena bayar RM5 :)

sebenar nyer banyak lagi tempat2 best yang kt org g.. lagi pun tempat nie dekat ajer antara satu dengan yang lain :) tp tak tangkap gambar coz sebab2 yang tak boleh dielakkan :(.. kalau korang g Sandakan tempat2 yang korang leh g lagi ..

Rumah Agnes Keith..juga dikenali sebagai Newlands - rumah dua tingkat milik pengarang tempatan Agnes Newton Keith dan suami Harry (Kurator Muzium Borneo Utara) dari tahun 1930 hingga 1952. Rumah ini musnah ketika Perang Dunia II dan dibina semula di tapak yang sama. Pn. Keith menulis beberapa buah buku tentang Sabah dan penduduknya, termasuk Land Below the Wind, Three Came Home, dan White Man Returns. Baru-baru ini rumah ini menikmati pemulihan setelah bertahun-tahun dibiarkan.

English Tea House.. terletak di tapak Muzium Agnes Keith, sebuah restoran di lereng bukit atas Sandakan yang menyajikan hidangan Inggeris dan Asia tradisional.

Taman Peringatan Sandakan.. dibina di tapak khemah tawanan perang Taman Rimba.

Tanah Perkuburan Jepun.. menempatkan tapak peringatan kepada korban perang Jepun di Borneo.

Gereja St Michael's and All Angels.. gereja granit ini dibina pada tahun 1897 dan merupakan salah sebuah daripada bilangan kecil bangunan sebelum perang yang masih ada di Sandakan. Gereja ini diiktiraf sebagai sebuah tapak warisan dunia sejak tahun 2005.

Tokong Sam Sing Kung Temple.. binaan yang siap pada tahun 1887 ini merupakan binaan yang tertua di Sandakan.

Masjid Sandakan.. binaan yang siap pada tahun 1988 ini terletak berhampiran dengan teluk dan Kampung Buli Sim Sim.

Kampung Buli Sim Sim.. kampung perikanan berkaki bajang di tapak asal pekan Sandakan.

Pasar Sandakan.. antara pasar yang terbesar dan tersibuk di Sabah.

Taman Buaya.. terletak 12 km (7.5 batu) dari Sandakan, menempatkan lebih 2,000 ekor reptilia ini dalam kolam konkrit.

1 ulasan:

Dea Nursakinah ;) berkata...

Saya orang sandakan...;)

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)