KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Seperti yang aku janjikan sebelum ni..aku akan ceritakan tentang pengalaman aku sebelas tahun dulu sewaktu aku dan kawan-kawan aku Mazli, Umi, ngan Aizam sewaktu ikut Cikgu kami pulang ke kampung nyer di Kampung Tanjung Bunut, Manir Kuala Terengganu.

Memang seronok pengalaman ni kerana banyak kenangan yang tersimpan di dalam nyer..hampir 2 minggu kami berkampung di rumah cikgu kami ni..banyak tempat menarik yang kami lawati kalau tak silap aku cikgu bawa kami ke Muzium Losong, Muzium Nelayan, Bukit Puteri tempat sejarah yang terletak di hadapan Pasar Payang, ngan macam-macam lagi la..yang paling seronok ialah kami pergi Pasar Payang menggunakan bot sangkut melalui sungai yang berada di belakang rumah cikgu..


Kalau dah pergi terengganu ni rasa nyer tak lengkap kalau tak ke pantai..kami sempat ke Pantai Lapangan@ Pantai Airport kerana memang terletak dekat dengan airport Kuala Terengganu..sewaktu kami sedang mandi-manda lah kami dapat melihat pesawat yang membawa jenazah Al-Marhum Sultan Terengganu iaitu ayah Tunku Mizan..kami juga sempat ke Pantai Penarik..

Memang menyeronokan percutian ni..Alhamdulillah..Ukhwah yang terjalin 11 tahun dulu masih kekal sehingga hari ini :)

Isnin, April 27, 2009

gomo KLATE gomo

YANG NI YANG PENTING NYER..tiket

walaupun penat rushing dari Rinching ke KL tapi semangat punya pasal aku gagah jugak ke Bukit Jalil..Perlawanan akhir Piala FA..tu pun sampai dah lewat kul 9.05 malam..tu pun sebab kawan-kawan aku yang beriya-iya sangat ajak aku pergi.. :( penyokong memang ramai..aku antara 85, 000 ribu orang yang tengok perlawanan malam tu :) yang merupakan jumlah penonton teramai yang pernah dicatatkan dalam sejarah bola sepak negara..:)

aku kat sini gak..hahaha..just 4 Kelantanese :)

walaupun pasukan yang aku sokong The Red Worriors KELANTAN FA kalah tapi kalah nyer bermaruah kerana kalah sepakkan penalti aje..lepas ni InsyaALLAH Kelantan pulun habis punye :)

Ust. K, Mail, Aizat gan Shamin sebab ko sokong Selangor la..Selangor leh menang..lepas ni korang kena sokong Kelantan lak :) biar Kelantan lak menang :) yang penting GOMO KLATE GOMOOOOOOO!!!!!!!!!!!


kambing N ikan keli

24-26 April 2009 aku terlibat lagi dengan Bengkel PTD di Kampung Rinching Tengah. Group aku kali ni semua nyer bos-bos besar yang memang dah hardcore dengan Bengkel PTD ni. En. Nor Azman gan Ust. Shah ni merupakan pelopor yang mula-mula menjalankan Bengkel PTD ni..jadi senang sikit kerja aku. Selain tu dapat timba pengalaman baru untuk mengendalikan bengkel ni kerana selalu ikut orang yang berlainan skill penyampaian dia orang berlainan.

Bengkel kali ni memang best kerana potensi kampung ni banyak bersumberkan ternakan. Macam mana yang aku pernah cerita sebelum ni aku ni memang orang bandar jadi bila dapat masuk kampung ni macam jakun sikit :) jumpa benda-benda yang pelik semua nak disentuh nyer..sampai orang-orang yang bawa melawat kawasan kampung ni geleng kepala tengok gelagat aku..yang offer terus tinggal kat kampung ni pun ada..:)

Yang lebih menyeronokkan buat bengkel di kampung ni ialah bila dapat masuk satu kawasan ladang yang berpuluh ekar luasnya yang dikelilingi Pokok Getah, Pokok Durian gan Pokok Manggis..memang kampung giler :). Pastu kat ladang ni juga di ternak Angsa, Ayam, Kambing, Ikan Keli gan yang paling best ada Rusa.. :)..pastu ada sorang penduduk kampung ni dia bela beratus-ratus ekor Burung Terkukur, Terkukur Putih gan Burung Merbok..kalau ikut apa yang dia cerita burung-burung ni dia tangkap di hutan-hutan kat Malaysia ni.. :)

Gambar kat bawah ni korang boleh tengok ape yang aku cerita ni..

bUrUnG tErKuKuR

aNgsa, KAMBING, lembu, KELI

nie yang paling best..ANAK ruse NANI

Jumaat, April 24, 2009

perhimpunan bulanan

hampir 2 minggu tak masuk office harini 24.4.2009 masuk aje office dah dapat arahan untuk pergi Perhimpunan Bulanan Kementerian..al-maklum lah menteri baru kan..maka nyer semua kakitangan dikerahkan untuk memenuhkan auditorium kat kementerian tu :)..dapat lah dengar menteri baru kami Y.B Dato' Seri Hj. Mohd Shafie b. Hj. Apdal berucap..kepada Y.B Menteri dan Y.B Timbalan Menteri Dato' Hassan Malek yang merupakan anggota kabinet baru di kementerian SeLaMaT BeRtUgAs di ucapkan :)

Selasa, April 21, 2009

masa KECIK-kecik dulu :)

korang mesti ingat lagikan dengan Tora, Deng Dang, gan macam-macam lagi la jajan dalam kotak ni..dulu masa kecik-kecik sangup simpan duit belanja sekolah nak beli benda-benda ni..tapi tu dulu masa sekolah rendah..umur pun budak lagi dalam 9-10 tahun..pastu bila dah besar nak beli pun segan takut orang cakap macam budak-budak..walaupun kotak nyer menarik kerana yang pasti ada permainan gan coklat dalam kotak tu..jajan kat bawah ni pun mesti korang kenal gak kan?adik beradik Tora gan Deng Dang juga ni..:


dah lama aku tak makan bende ni..ni semua jajan aku masa kecik-kecik dulu..tengok kotak dia aja dah memang terliur :)..sebab tu masa on the way nak ke Kampung Sungai Kapal, Johor aritu semasa singgah di RnR Ayer Keroh aku beli jajan ni..sebab makanan kat RnR ni memang fail..tak menarik langsung :( hilang selera makan..nasib baik Nini ada..ada juga la makanan yang aku nak kunyah..tapi yang penting sampai dah tua ni pun jajan-jajan ni tetap ada tarikan nyer tersendiri :) dan jajan ni memang sedap..bak kata orang TAK LAPOK DEK HUJAN..TAK LEKANG DEK PANAS :)

Jom Makannnn :)

Group Pilot Project Bengkel PTD di Kg. Parit Tengah, Batu Pahat, Johor

ni pun pasal kenangan gak..kawan aku nak pinjam camera digital aku kerana kemera digital dia tak boleh rakam video..maka aku pun bagi la dia pinjam kamera aku tu..dah dapat kamera orang kan aku pun tengok la gambar-gambar dalam kamera kawan aku tu..tetiba gambar masa aku kat Kampung Parit Tengah, Batu Pahat, Johor tu dia tak delete lagi..kalau ikut tarikh kat gambar tu 23 Mac 2008 bermakna gambar ni dah setahun sebulan..

gambar ni masa kita orang terlibat dengan pilot project PTD..time ni bos-bos besar pun terlibat sama untuk melihat keberkesanan modul yang di bangunkan oleh UTM Skudai ni..tapi nampak nyer modul ni memang hebat sehingga mampu di jadikan rujukan untuk pembangunan kampung :) hasil kerja ini telah di rasmikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kampar, Perak pada 29 Januari 2009 yang lepas..

untuk melaksanakan nyer aku di beri tugas menyelaras 20 kampung dari 140 kampung di semenanjung untuk di laksanakan Bengkel PTD ni..sebabtu aku selalu outstation..best gak jalan-jalan kat negeri orang ni..jauh perjalanan luas permandangan :)

kawan-kawan semasa Bengkel PTD di Kg. Parit Tengah

Jumaat, April 17, 2009

kursus lagi :)


13-16 April 2009 aku terlibat lagi sebagai secretariat Kursus Asas Pelan Tindakan Desa siri 1/2009..ini kali pertama di tugaskan semula ke kursus ni sejak di pindahkan ke Unit Antarabangsa kira-kira setahun tiga bulan yang lepas..kursus ni lebih kurang macam Kursus Pelan Tindakan Pembangunan Kampung..aku pernah di tempatkan di unit ni masa mula-mula bertugas dulu..tapi tak lama cuma 3 bulan saja..

Best juga kursus ni kerana aku dapat bercampur semula dengan orang-orang kampung..aku memang suka dengan suasana seperti ni kerana sejak di lahirkan sampai ke hari ni aku di besarkan di Kuala Lumpur..sekolah pun di K.L gak..masuk U pun area K.L gak sampai kerja pun main area K.L gak..sebab tu masa belajar dulu kalau masa cuti sekolah gan cuti semester aku suka ikut kawan-kawan aku balik kampung saja nak merasai hidup di kampung ni..:) sebab tu bila aku outstation banyak rumah yang aku boleh singgah..tu semua rumah kawan-kawan aku..sampaikan kawan-kawan yang outstation gan aku naik pelik kerana ada sahaja orang yang aku kenal..tu penting nyer kita ramai kawan :) jangan lak kita buang kawan :)

Kursus kali ni aku pergi gan orang-orang yang sekepala dengan aku..En. Zainorin, Saiful, Kak Z, gan Pak Din..jadi nyer memang happening..habis jer kelas memang kita orang ronda-ronda bandar Kuantan ni..pergi Shopping Mall, pergi Teluk Cempedak, Tanjung Lumpur, n macam macam lagi la..sebelum balik siap singgah Tanjung Api beli ikan, sotong gan udang :) sambil kursus sambil makan angin..yahoooooo :)

Ni kawan-kawan aku la...

d' Tanjung Api..Fresh lagi niii...

Khamis, April 09, 2009

Alhamdulillah :)

Ni DaLaM FlIgHt

Alhamdulillah..itu kata-kata yang dapat aku rasa wajib aku ucapkan kerana dipermudahkan perjalanan aku ke Padang, Indonesia kali ni..ini kali ke-4 aku ke sini atas urusan kerja dan urusan pribadi @ jalan-jalan makan angin :)..ini kerana banyak kesulitan yang aku hadapi dapat diselesaikan dengan mudah :)

Sebelum bertolak ke airport lagi banyak kekangan nyer :(.. flight AK 474 KL - Padang akan terbang pukul 2.45 petang tetapi pukul 1.05 petang aku masih di office Putrajaya..sepatut nyer waktu ini aku sudah berada di airport..tetapi banyak kerja yang masih tertangguh memaksa aku menyelesaikan nyer dahulu sebelum terbang kerana aku hanya masuk semula ke office ni pada 3 Mei depan :)..aku hanya tiba di airport 30 minit sebelum penerbangan..memang aku rasa dah terlewat sangat..seperti yang aku jangka daftar masuk telah ditutup bermakna kalau ikut prosedur aku akan terlepas penerbangan ini..tapi Alhamdulillah seorang staff Air Asia telah menolong aku ke Customer Services Counter tapi sorry la aku terlupa nak ambil nama dia :)..memang kelam kabut jadi nyer kerana untuk ke bahagian penerbangan antarabangsa memakan masa hampir 10 minit dengan berjalan kaki kerana bahagian in telah di tukar ke posisi lain di LCCT..mak aii..jauh juga nak jalan nyer..akibat nyer tinggal aku seorang sahaja yang di iring ke pesawat kerana penumpang yang lain telah menaiki pesawat :)..dah la terlewat satff tadi tu suruh aku cepat..rupa-rupa nyer penerbangan telah di percepatkan penerbangan nyer dari 2.45 petang ke 2.30 petang :( nasib baik aku tidak terlepas penerbangan ini :)

Penerbangan ini memakan masa 1 jam sahaja..tapi di sebabkan kepenatan naik je kapal terbang ni aku dah terlelap..sedar-sedar aje bila announcement bila flight nak landing..sampaikan nasi goreng yang aku tempah pun tak sempat nak di makan..terpaksa la aku tapau makanan tu..di sebabkan kali ni aku hanya bawa satu beg sahaja aku hanya hand laggage..turun sahaja dari flight aku terus ke kaunter kastam..Alhamdulillah sekali lagi dipermudahkan lagi perjalanan aku kerana petugas kastam yang bertugas hanya check pasport aku sahaja..kerana pengalaman lepas kastam Indonesia ni cerewet..semua dokumen mereka nak..dari pasport, boarding pass, booking tiket kena print out..semua kastam Indonesia ni nak..kalau kurang salah satu nyer siap la.. "ongkos nya pak" sebab kastam kali ni tak cerewet tak sampai 5 minit kat kaunter kastam tu dah selesai urusan aku :)

Sepanjang di Padang pun memang seronok kerana pelajar-pelajar Malaysia di Universitas Andalas dan Universitas Negeri Padang memang happy go lucky siap bagi pinjam motorsikal lagi..terima kasih banyak-banyak buat Nadia, Farha, dan Zeha..korang memang best :)Alhamdulillah lagi kerana sewaktu ke Plaza Minang aku terlupa nak ambil kunci motorsikal..nasib baik satpam plaza tu jujur orang nyer dia tolong simpankan kunci motorsikal aku tu :) kalau tak..tak tahu la apa nak jadi kerana di Padang ni payah sikit banyak maling dan pencopet :(

Tapi trip kali ni memang beeessssttt :)

Pagi ni dalam kelam-kabut nak siapkan tugasan yang masih belum siap kat office ni..aku sempat juga surfing beberapa blog..saja nak cari maklumat berhubung perkembangan selepas Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Dun Batang Ai..ada satu artikel yang bagi aku memang menyentuh perasaan..kerana kita memang tak pernah untuk MUHASABAH..sebalik nya benang yang basah tu juga la yang kita nak tegakkan walaupun secara terang dan nyata kesalahan, kekhilafan, dan segala kelemahan tu datang dari kita sendiri..walaupun kemenangan dan kegembiraan yang kita kecapai ada pihak yang meratapi dan menangisinya..maka perlu lah kita bermuhasabah dalam diri sepanjang menjalani kehidupan di muka bumi Allah ni..artikel tersebut berbunyi ....

"Menikmati kemenangan menghilangkan segala penat lelah sepanjang kempen dilaksanakan. Biarpun hujan membasahi sepanjang perjalanan, namun hujan itu ibarat siraman yang menambahkan kesegaran dan semangat perjuangan.

Penyokong dan pendokong kembali dengan dua kemenangan. Dunia dan akhirat InsyaAllah. Bagi yang tersasar dalam niat dan keikhlasan moga berkesempatan memohon keampunan. Bagi yang terlanjur dalam semangat dan kehangatan kempen moga dapat memikirkan keterlanjuran. Apa pun kemenangan adalah dari Allah yang menguji kesyukuran hamba terhadap anugerahnya. Jangan terleka..jangan terlupa dan bangga di atas usaha kita semata.

Hakikatnya muhasabah paling perlu sepanjang apa yang kita lalui. Muhasabah untuk membina kembali iman yang tercalar, akhlak yang tersingkir. Muhasabah terhadp sokongan yang dimiliki, bagaiman untuk diisi, mengatur menagih sokongan lebih 19,000 yang membenci, Ribuan yang tak peduli soal mengundi dan komposisi kaum bagi memastikan kerusi yang bakal dimiliki dalam pilihanraya akan datang"

Dipetik dari anaksengat.blogspot.com

Selasa, April 07, 2009

pagi yang syahdu :(

Hari ini aku masuk kerja awal..kira-kira jam 7.35 pagi aku dah sampai ke office :) tengah on PC tiba-tiba telefon aku berbunyi..menandakan ada message masuk ke inbox telefon aku..tertera di screen nyer Text Message Received From: Saiful Infra..

Message tu tertulis "Salam, Lan aku minta maaf sangat semalam aku termarah kau. Semalam pun tak dapat tidur bila fikir-fikir balik..aku bukan apa, ni kursus yang pertama dan dah dekat sangat. Banyak yang tak settle lagi. Aku perlukan bantuan. Aku minta tolong bukan mengarah. Harap faham. Suatu hari nanti kau akan faham. Thank You :( "

Pagi ni menjadi pagi yang mengheningkan dan rasa macam syahdu aje bila baca message kawan aku ni..Sebenarnya semlam aku pun sibuk juga banyak benda yang perlu di uruskan terutama aku sebagai penyelaras untuk Bengkel PTD 9-11 April ni di Kampung Ibok, Kemaman Terengganu perlu aku selesaikan kerana pada 8-12 April ni aku dah terbang ke Indonesia..balik dari Indonesia dah kena ke Kuantan dan Kelantan..jadi banyak bende yang perlu di bereskan sepeninggalan aku ni..Hal yang berkaitan my loving friend Saiful ni..dia pun suruh aku telefon pejabat daerah untuk mendapatkan beberapa maklumat tetapi di sebabkan kesibukan aku benda yang dia nak tu aku tak dapat nak sediakan..bila dia minta maklumat tu aku katakan hanya dapat menyerahkan nya pada hari ini..maka dia naik angin la kat aku..

Tapi sebenarnya aku tak terasa hati pun dengan kata-kata dia semalam kerana aku jenis yang tak suka marah..nak-nak dengan kawan-kawan sepejabat kerana esok lusa kita akan berhadapan dengan diorang lagi..bukan hari ni bergaduh esok dah tak jumpa..

Wat ever pung to my loving friend..Saiful Nizam b. Mahmod dont worry kau tetap kawan aku yang paling best :)

Isnin, April 06, 2009

bulan yang memenatkan :(

aku rasa bulan April tahun ni bulan yang paling memenatkan aku kerana buat pertama kali nyer jadual aku penuh tanpa dapat rehat..tiap-tiap minggu kena outstation :( tapi disebabkan urusan kerja terpaksa juga la aku gagahkan diri ni :) ni jadual aku sepanjang bulan April ni :)

3-5 April - Kulim, Kedah
9-12 April - Padang, Indonesia
13-16 April - Kuantan, Pahang
16-19 April - Pasir Puteh / Kota Bharu, Kelantan
20-23 April - Grand Season Hotel, Kuala Lumpur
24-26 April - Hulu Selangor, Selangor
27-30 April - Johor Bharu, Johor

tak duduk rumah nampak nyer aku ni :) tapi boleh clim O.T, TNT, dan Lojing jadi aku bedal je la..sementara boleh bergerak ni aku layanzz je la..nanti dah tak berdaya susah lak :)

Ahad, April 05, 2009

Terima Kasih Zunnuryam :)

Pada 3-5 April aku terlibat dengan Bengkel PTD untuk kesekian kali nya..kali ni di Kampung Desa KEDA Dingin, Kulim Kedah Darul Aman..group aku kali ni ialah Saiful, En. Zulkifli, En. Zainorin dan Hamzah..

Outstation kali ni ade satu lagi misi yang perlu dilaksanakan..merapatkan Ukhwah yang semakin jauh :( jauh kerana aku di K.l kawan aku yang sorang ni menetap di Kedah :).. awal-awal lagi bila ditugaskan ke Kulim ni memang aku dah plan nak jumpa dengan member aku ni Zunnuryam bt Ramli kawan satu kelas masa tingkatan 4&5 dulu..last jumpa minah ni kira-kira 2 tahun lepas tu pun jumpa kat KL Sentral aje..memandangkan Yam tinggal di Kulim jadi sebelum aku datang ke Bengkel PTD ni aku dah bagi tau Yam awal-awal yang aku teringin sangat nak jumpa dengan dia..
Alhamdulillah..apa yang diimpikan menjadi kenyataan..setelah lebih 2 tahun aku dapat jumpa semula dengan Yam..susah juga nak cari rumah Yam ni..dah la hujan lebat..kami sampai pun hari dah malam tapi jumpa gak la rumah dia setelah pusing-pusing lebih setengah jam..Terima Kasih Yam ko jamu kita orang dengan Bihun Sup..save la budget kami malam tu :) terima kasih gak ko nak jumpa aku..siap bawa balik rumah lagi :) aku memang happy kerana sekali lagi aku dapat berjumpa dengan orang-orang yang pernah mengembirakan hidup aku :) Insyaallah lepas ni kalau tak jumpa di K.L leh jumpa di Kulim :)

Pagi ni kami di pejabat sekali lagi menerima berita yang menyedihkan :( ibu kepada staff kat office ni Ahmad Razali b. Mohamad telah kembali ke Rahmatullah..almarhumah yang mengidap asma @ lelah meninggal dunia kira-kira jam 1 pagi..sebagai tanda takziah aku, Hj. Azri, Ust. K, Pak Hussein, dan Roslan telah ke rumah nya di Kampung Tanjung Buluh, Lipis Pahang Darul Makmur ..


Dalam tempoh seminggu ni 2 orang staff kehilangan ibu tercinta..pada 28 Mac ibu Najiha juga kembali ke Rahmatullah kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya..kemalangan awal pagi itu memang ujian hebat buat Najiha kerana dalam sebulan ini Najiha kehilangan 3 orang tersayang kerana pada awal bulan 3 pakcik nya meninggal dunia di ikuti nenek nya seminggu selepas pakciknya dan yang paling menyedihkan ibu nya pula menyahut panggilan Ilahi :(

Semoga kalian tabah mengahadapi ujian ini..sememang nya setiap yang hidup pasti akan mati..dan setiap pertemuan itu pasti ada noktah pertemuan nya iaitu perpisahan :(.. Al- Fatihah

Rabu, April 01, 2009

KeSiAn

Sewaktu tengah drive balik rumah dari office tetiba handphone aku berbunyi..nama yang tertera di screen ialah Aung Ko LattHuruf condong kawan lama masa kerja kilang dulu..mesti ada hal yang ingin di beritahu kerana apa-apa hal yang berlaku kat kilang atau hal-hal yang melibatkan kawan-kawan foreigner aku mesti KoHuruf condong Latt akan menyampaikan nyer kat aku..dia bukan spy aku tapi seperti yang aku bagi tahu dulu aku gan kawan-kawan kat kilang dulu memang rapat maka apa-apa pun yang berlaku kat kilang aku kerja dulu mesti ada yang memaklumkan nyer kat aku :)

Seperti yang aku jangka ada hal yang nak di bagi tahu kat aku..Ko latt ingin berjumpa aku malam ni..jadi lepas Solat Isyak tadi seperti mana yang telah dijanjikan aku berjumpa dengan Ko Latt di kedai mamak kat segambut:) walaupun kedai mamak ni bukan tast aku tapi kawan punya pasal aku redah aje la..sampai aje di kedai tu Ko Latt dan Aung Ka Twe dah menunggu aku :) nak tak nak terpaksa gak la bedal teh suam..nak makan minta maaf la memang tak tertelan masakkan mamak ni :(

Banyak hal yang kami borakkan..al-maklumlah dah lama tak jumpa kawan aku budak Myanmar ni..rasa nyer dah dekat tiga bulan tak jumpa diaorang :(.. tapi yang agak menyedihkan ialah Aung Ka Twe ni aHuruf condongkan di hantar pulang ke Myanmar 16 Mei ni kerana melawan cakap boss..hilang lagi la kawan aku kat kilang ni :( dalam minggu ni sahaja 3 berita menyedihkan aku terima..semua nyer pasal kawan-kawan foreigner aku yang kehilangan kerja :( Lwin di buang sebab kecuaian nyer mengendali mesin menyebabkan kerugian ratusan ribu..Foe Zaw yang telan mendapat status UNHCR akan di hantar ke Amerika..dan yang terbaru ni Ka Twe..kalau ikut apa yang dicerita kan..Ka Twe tak bagi Q.C check pipe yang under progress kerana melambatkan kerja diorang..aku faham kerana Q.C bila dah wat check kurang-kurang ambil masa sampi 15 minit kerana banyak yang perlu di tengok..dah nama pun Quality Controller kan? kesian juga dengar kisah Ka Twe ni..tapi nak buat macam mana dah arahan :(

Aku memang faham dengan kawan-kawan foreigner ni terutama kawan-kawan dari Myanmar mereka menganggap Malaysia ni macam syurga kalau nak bandingkan dengan negara diaorang kerana segala kemewahan, kesenangan dan segala yang ada di Malaysia memang mustahil dapat di nikmati di negara diaorang..banyak yang kami borakkan selama hapir 3 jam ni..tapi yang cerita pasal Aung Ka Twe ni memang menyedihkan..Insyaallah aku akan lapangkan masa aku 8 Mei ini untuk ke jamuan perpisahan Ka Twe ni :(

Hari ni dah masuk bulan April..bulan ke empat dalam satu-satu tahun :) ini bermakna kita telah lalui 90 hari daripada 364 hari bagi tahun 2009 ini :).. bagi aku bulan april ni merupakan bulan yang penuh erti kerana dalam bulan ni kira-kira 24 tahun yang lalu aku di lahirkan :) terima kasih kat mak Pn. Mariam bt. Hj. Bodot gan abah En. Mian b. Wahab kerana tanpa kalian aku tidak tercampak ke dunia ini.. :)
Untuk pengetahuan..bulan ini juga merupakan bulan yang paling ramai kawan-kawan aku yang menyambut ulang tahun kelahiran nyer..dari kawan-kawan kat kawasan rumah, kawan-kawan masa sekolah dulu sampai la kawan-kawan kat office ni :)

Tapi yang paling syok ialah kawan-kawan kat rumah la..kerana kat lorong yang aku tinggal tu kawan-kawan yang sama umur ada 8 orang..yang paling best nyer 5 orang daripada kami lahir dalam bulan April ni..susah nak percayakan?..tapi ni lah kenyataan nyer..yang 2 orang lagi lahir bulan oktober dan sorang lagi aku tak pasti lak kerana dia jarang togther gan kitaorang..aku senaraikan tarikh lahir kawan-kawan yang satu lorong gan aku yang lahir dalam tahun yang sama gan aku :)

1 - Umie Kalsum bt. Yaacob @ Eira = 12 April
2 - Siti Zaleha bt. Mohd Rashid @ are_r = 17 April
3 - Aku la .. = 20 April
4 - Kembar aku = 20 April
5 - Mazli b. Bonet = 27 April
6 - Hidayati bt. Ahmad @ yaya = 17 Oktober
7 - Halilawati bt. Ali Piah @ ila = 23 Oktober
8 - Ammar b. Bawadi = tak dapat dikesan tapi umur dia sama gan kitaorang

Korang boleh bayangkan tak masa mak-mak kita orang ni tengah mengandung waktu petang-petang duduk lepak-lepak sesama jiran dengan perut yang memboyot mesti gempak habis..aku rasa perut mak aku paling besar kerana mengandungkan anak kembar iaitu aku gan kembar aku la.. :)

Masa sekolah rendah dulu kat Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis Fasa II dulu pun ada kawan yang sama tarikh lahir dia dengan aku..Mohd Aizul Shah Farid @ boy..cume aku lahir pagi kul 8.34 pagi kat Hospital Besar Kuala Lumpur dia lahir petang dalam kul 4.15 petang kat Hospital kat Kelantan..apa nama hospital dia pun aku tak tahu :)

Masa kat Sekolah Menengah Bandar Baru Sentul dulu pun ada gak yang lahir satu tarikh gan aku..Seetha a/p Narayan kita orang sama-sama lahir kat Hospital Besar Kuala Lumpur..

Dah masuk alam perkerjaan ni pun ada juga staff office ni yang sama tarikh lahir gan aku..Siti Fatimah bt Shariff @ Kak Chik..tapi dia ni senior aku..orang Negeri Sembilan :)

So..pada yang meyambut ulang tahun kelahiran korang pada bulan April..dengan penuh Ta' zim aku mengucapakan SeLaMaT MeNyAmBuT UlAnG TaHuN :) SEMOGA DI PANJANGKAN UMUR, di murahkan rezeki, DI REDHAI ALLAH SEPANJANG MASA, dan sentiasa dapat menjalani hidup yng lebih sempurna di dunia ini :)

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)