
Oh ye ke... tapi maaf. Untuk apa? Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian saja... Maksud kau? Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga. Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri. Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri. Mistik? Kelakar bunyinya... Mungkin kelakar.
Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau. Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma.

Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hati nya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!
Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu. Dan bila tiba sesuatu yang

Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.
Terima kasih kerana menyayangi aku...
0 ulasan:
Catat Ulasan