siap berkelah bagai..macam kat tepi pantai..tapi itulah permandangan yang korang leh tengok kat Komleks Tabung Haji Kelana Jaya nie..yang anak-anak jangan cakap la..untung orang yang berniaga tu..botak kepala mak ayah dia orang.. :) yang tertidur pun ade gak..memang tempat ni macam tempat liburan :)
siap berkelah bagai..macam kat tepi pantai..tapi itulah permandangan yang korang leh tengok kat Komleks Tabung Haji Kelana Jaya nie..yang anak-anak jangan cakap la..untung orang yang berniaga tu..botak kepala mak ayah dia orang.. :) yang tertidur pun ade gak..memang tempat ni macam tempat liburan :)
Hijau
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini
Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo
aku jumpa kucing nie masa kursus pengindahan lanskap kat tapak semaian MPAJ semalam..masa tengah dengar lecture pasal lanskap tu tetibe Makhluk ALLAH warna kuning putih nie datang..macam yang aku cakap aku memang pantang tengok kucing nie..bile aku angkat pun dia jinak ajer..aku pun ape lagi..hasil nyeer ape yang korang tengok kat atas nie la..Kucing nie pun nak xpose gakkkk...ingat aper??? manusia ajer ke yang pandai posing-posing nie..... :)
Kat sini la kita berkursus tentang pengindahan lanskap..
nie lak tenaga pengajar sepanjang kita orang berkursus..yang lelaki tu nama dia En. Jelani.. Arkitek Unit Lnaskap MPAJ..yang perempuan tu lak Cik Mona..Penyelia Tapak Semaian MPAJ
yang nie lak..sesi memula..kena dengar lecture dari pengajar tu la..kalau tak..tak tahu lak apa yang nak di belajar nyer kan?..
yang nie..sesi pertama..cara-cara nak KAHWINKAN pokok..yang paling senang..kita orang guna pokok bunga kertas coz senang diselenggara dan senang nak kahwinkan pokok nie..lagi pun pokok bunga kertas ade banyak warna so kalau dikahwinkan nampak colourful sikit... :)
yang nie lak..cara nak TOT pokok..selalu nyer tot nie dibuat kat pokok buah atau pokok yang berdahan tebal dan keras..coz kalau nak tanam guna biji dia susah nak hidup..lagi pun pokok yang tumbuh mungkin tak sama dengan kualiti pokok yang dah hidup subur..
betul la cakap kawan-kawan aku..DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER.. kenapa aku cakap macam nie?..nie cerita dia..
dari 16-18 Oktober 2009 aritu aku kena handle Bengkel PTD kat Kg. Janda Baik.. dengan Sharina & Pak Din..
tapi...masa memula jumpe dia dah tegur aku..aku jawab acuh tak acuh ajer.. bila duk dalam kereta ondaway nak g Janda Baik dia macam nak berbual ngan aku..aku pun layan jer la..ramah gak la perempuan nie..dah lama-lama kita orang pun rapat la..dia tak macam yang aku sangka awal-awal tu..sebab dia la bengkel yang kita orang wat kat Janda Baik nie..jadi Happy Go Lucky..
to Kak Shima..sory ek coz sangka yang buruk-buruk kat akak.. :)
nak terperap kat umah memang out of service coz mati akal di buat nyer malam-malam minggu nak adap TV..so plan la nak merayap kat area Bentong @ pekan Janda Baik tapi semua nyer dah tutup...:( kul 9 malam dah mati bandar-bandar nie..nasib baik ader si budak Saifuddin nie..tak la patah kaki kita orang malam nie.. :)
yang baju belang-belang nie la budak Saifuddin..idup jugak la malam kita orang ari nie..dari terperap ajer kat umah kan? ader gak la tempat yang nak di hang out nyer...:)
gambar yang korang tengok kat atas nie..
MUNGKIN HARI NIE HARI JUMAAT
UNTUK APA TUJUAN NYER? NAK POST DALAM BLOG LA...HAHAHAHA
time nie la Ust. suke coz makin nak tinggalkan opis lame nie..makin banyak hadiah yang kawan-kawan kat opis nie bagie....
nie lak kawan-kawan kat opis..kita orang wat kat bahagian kita orang ajer coz Ust. nie duk kat bahagian kita orang..so tak yah la nak wat kat tempat-tempat yang grand.. :)
yang nie lak..bos-bos yang ade kat opis kita orang..dia orang memang sporting coz sebagai tanda penghargaan atas jasa Ust. sepanjang berada kat sini.. :)
yang nie lak kawan-kawan kat opis nie..semua sibuk nak tangkap gambar ngan Ust. coz nak wat kenang-kenangan... :)
WAT EVER PUNG..UNTUK UST..WE WISH 4 U GooD LucK
yang nie gambar semalam..14 Oktober 2009..datang ajer kije toleh kanan ader Ust. K..leh la bertegur n bersembang :)
tapi..hari nie..15 Oktober 2009..toleh ajer kanan yang ade meje & kerusi kosong :( takde kawan yang nak ditegur & bersembang :(
lagu nie ditujukan khas untuk Ust.K
Hari nie memang aku rase letih sangat coz hari nie merupakan hari terakhir Ust. K berada kat opis nie..memang rase lain macam ajer nak berpisah gan Ust. K nie..bertambah aku rase sedih coz dah 2-3 hari nie kawan-kawan kat opis nie asyik mengusik aku ajer yang aku akan hilang seorang kawan...sedihhhh nyerrr...pastu hari nie masuk ajer opis Aji Azri leh lak suruh aku wat poster untuk majlis perpisahan untuk Ust. K yang kita orang rancang nak wat hari Jumaat nie..dah la hati nie tengah gundah gulana aku gagahkan jugak la poster yang tak seberape nie..hasil nyer ape yang korang tengok kat bawah nie..memang takde mood langsung nak wat poster nie..tapi kawan-kawan cakap cantik..happy la sikit hati nie.. :)
Peristiwa Sedih (1)
Hari Jumaat nie aku memang sibuk dari pagi hingga petang..ditambah pulak tolong Kak Ina g repair Avanva nyer breakdown, dapat jemputan g rumah terbuka kata KEMAS HQ, g wat urusan bank lagi hingga aku rase aku jumpa jiran sebelah partition aku hari tu hanya untuk bersalam ajer waktu pagi mase memula sampai kat opis aritu..semua benda yang aku selalu buat dengan jiran sebelah partition aku..g breakfast sama-sama, bersembang sama-sama, g lunch sama-sama, g solat Jumaat kat An-Nur sama-sama, solat Asar sama-sama tapi disebabkan aku sibuk sangat aritu benda-benda yang aku selalu buat aku tak buat wat kali pertamanya ari Jumaat aritu..aku hanya bercakap semula dengan jiran sebelah partition aku masa dah nak balik lebih kurang kul 5 petang..tapi memang memeranjatkan aku coz dia hanya serahkan surat ajer kat aku.."Surat Pertukaran" rrrrrrrrrrrrr macam nak tercabut jantung nie coz aku akan hilang seorang kawan, teman, sahabat yang selalu berkongsi cerita dengan aku..lagi nak tercabut jantung nie coz surat tu berkuat kuasa 15 Oktober nie..lebih kurang 2 hari ajer lagi :( memang sedih beb..aku nie memang leh jadi gila bila hilang kawan yang dah rapat ngan aku ;(
Yang belah kiri nie lah jiran sebelah partition aku tu..Ust.K..akan berpindah ke Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi Putrajaya
Ahad
11 Oktober 2009
Peristiwa Sedih (2)
Seperti yang korang semua dah tahu terutama yang mengikuti perkembangan politik tanah akhir..PAS gagal merampas DUN Bagan Pinang dari BN..kekalahan ini lagi terasa perit dah pedih kerana tewas dengan majoriti yang sangat besar..bagi mereka yang mengharapkan PAS menang di DUN tersebut memang rasa sedih sangat coz kondisi semasa hari penamaan calon, sepanjang masa berkempen sehinggalah hari pengundian memang memihak kepada PAS..tetapi apabila keputusan dikeluarkan amat memeranjatkan hingga terpancar rasa sedih dan dukacita dengan keputusan tersebut..ramai petugas yang pulang awal apabila kiraan undi seawal jam 6.30 petang menunjukan PAS tertinggal dengan majoriti lebih 4000 undi dan muktamad sekitar jam 7.00 malam PAS tewas dengan majoriti lebih 5000 undi..sedih nyer :(
Isnin
12 Oktober 2009
Peristiwa Gembira
Macam yang aku cakap tadi..Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya terus berasa sedih :) setelah 2 kejadian yang buat aku jadi letih, sedih & penat..tapi hari nie ade jugak berita gembira yang leh buat aku bangkit dari terus di rundung perasaan yang tak best tu..pertama aku ke Maybank Bandar Baru Bangi untuk bayar ansuran bulanan rumah mak ayah aku tu..bila bank in kat mesin..mesin tolak n aku pun berjumpa dengan Customer Services kat bank tu..dia cakap ansuran bulanan rumah tu telah habis di bayar..pppppeeeerrrrrgggghhh lepas nie selamat la duit aku RM 450 ooooooo :) senag hati aku 1 beban hutang dah habis..pastu aku g pejabat Celcom untuk bayar bil berukband aku..masa g kat kaunter nak wat payment dia check payment aku dah sattle untuk bulan nie & kat akaun masih ade balance yang terlebih bayar...yahooo lagi aku suke hati..coz jimat duit aku untuk bulan nie..tu yang aku cakap dalam sedih-sedih tu ade jugak perkara yang mampu wat aku tersenyum :)
Dan perasaan itu benar-benar dirasai kesedihannya ketika mana wak mahu meninggalkan markaz PAS malam semalam, Pengarah Pilihanraya ( YB Salahuddin Ayub) ketika memeluk wak sebelum wak bergerak pulang, ada getar bicara yg dibisikannya, kita akan terus berjuang untuk Islam, begitu jua dengan SU Perhubungan PAS Negeri Sembilan, saudara Samsul yg cukup ramah melayani karenah blogger macam kami, Dr. Zulkefly yang sentiasa cool, YB Dato Mahfuz Omar, serta beberapa pimpinan Pusat yg lain, hanya salam dan pelukan perpisahan mengakhiri misi Bagan Pinang. Apa apa pun, 3 orang Jeneral PAS yang mengendalikan pilihanraya ini dengan penuh sabar layak untuk menerima kredit..(albanjari)
itu antara luahan perasaan yang banyak aku baca dalam blog-blog arus politik pasca pilihanraya kecil N.31 Bagan Pinang yang keputusanya buat kali pertama selepas 8 Mac 2008 yang memihak kepada BN..tapi bagi aku apa pun keputusanya pilihan rakyat Bagan Pinang telah diterjemahkan..cuma yang menarik..tiada kata-kata cacian atau menyalahkan pihak lain atas kekalahan pihak lawan sebalik nya lebih kepada memuhasabah diri atas kekalahan kali ini..ini lah yang dikatakan Manisnya Perjuangan Ini..moga-moga kita tidak putus harapan dengan kekalahan kali ini sebaliknya kita perlu istiqomah dalam meneruskan perjuanagan ini :)
dari hari Isnin sampai hari nie aku kene attend kursus kat opis aku nie..jadi nyer dari break fast hingga minum petang semua di tanggung..tapi ari nie kelas habis cepat..kul 12.45 tengah hari dah siap lunch..masuk jer kat pejabat Kak Sifa' ajak g lunch kat Secret Recipe..dah aku pun free jadi nyer on jer la aku follow dia..make nyer aku, Kak Sifa'. Shaz, Normy, & Kak Effa lunch la kat Secret Recipe..sedap gak lunch kat sini..walaupun dah kenyang lunch kat opis..tapi bile tengok kek coklat depan mate memang cair..walaupun rase penuh perut nie aku telan gak kek coklat tu coz sedapppppppp :)
Jumlah kematian cecah 1,100 orang di Padang
Sabtu Oktober 3, 2009
Susulan gempa bumi Padang: 4,000 dipercayai terperangkap di bawah tanah runtuh
PADANG (Indonesia): Semua kampung yang terletak di zon gempa bumi di Indonesia telah musnah akibat tanah runtuh hari ini, dengan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus menjejaki 4,000 orang yang dipercayai masih terperangkap di kawasan bencana itu.
Tahap kerosakan akibat gempa bumi dengan magnitud 7.6 itu kini meningkat dengan tumpuan kini kepada beratus kampung yang terletak di kawasan bukit di luar Padang, bandar dengan sejuta penduduk yang paling teruk dilanda bencana itu.
Wartawan AFP yang menjelajah ke kawasan pesisir di kepulauan Sumatera hingga yang dikelilingi pergunungan menemui sejumlah rumah yang musnah di atas jalan-jalan yang curam dan empat kampung didapati telah tertimbus.
Ketua delegasi Indonesia bagi Persekutuan Palang Merah Antarabangsa dan Persatuan Bulan Sabit Merah, Bob McKerrow berkata, gambar-gambar antena menunjukkan tahap kerosakan yang berlaku di kawasan terpencil yang bergunung-ganang.
Katanya, beratus-ratus kampung berada dalam zon bencana dan penduduk beberapa kampung yang dilawati dilaporkan telah terbunuh dan mengalami kecederaan teruk serta memerlukan rawatan.
Pasukan penyelamat asing dengan anjing pengesan dan peralatan infra merah telah ditugaskan untuk membantu krew kecemasan Indonesia.
"Kami menganggarkan kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang masih terperangkap atau tertimbus di bawah runtuhan," kata Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Indonesia, El-Mostafa Benlamlih. AFP
Ahad Oktober 4, 2009
Mangsa gempa bumi Padang yang terperangkap hantar SMS
PADANG: Seorang mangsa gempa yang masih lagi terperangkap di dalam runtuhan bangunan sebuah hotel di barat Indonesia di sini telah menghantar SMS yang mengatakan bahawa beliau dan beberapa orang lagi masih hidup.
Pesanan itu menyebabkan pasukan mencari dan menyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa, tetapi peluang untuk mencari mangsa yang masih hidup adalah memandangkan anjing penyelamat tidak dapat mengesan apa-apa tanda terdapat orang yang masih hidup.
Ketua Polis Padang Kolonel Boy Rafli Amar berkata, mereka telah mendengar suara orang meminta tolong dan menepuk tangan di bawah timbunan runtuhan Hotel Ambacang.
Gempa bumi yang berlaku pada Rabu lepas itu telah membunuh sekurang-kurangnya 715 orang.
Menurut beliau, salah seorang mangsa yang tinggal di bilik 388 di hotel berkenaan telah menghantar SMS kepada saudara-maranya.
“Terdapat lebih kurang lapan orang yang dipercayai masih hidup di bawah runtuhan itu. Kami berusaha selama enam jam dari pagi tadi untuk menyelamatkan mereka tetapi kami belum menemui apa-apa,” ujar Boy Rafli kepada pemberita di sini.
Pasukan mencari dan penyelamat tengah menggunakan cangkul dan gerudi untuk memecah masuk tembok bangunan hotel setinggi enam tingkat itu.
Ketua bagi pasukan bersama anjing pengesan Jepun, Hidehiro Murase berkata usaha mereka sejak pagi semalam tidak menunjukkan apa-apa hasil.
Enam anggota pasukan penyelamat dari Switzerland telah cuba memasuki timbunan runtuhan itu namun keluar beberapa minit kemudian.
“Walaupun saya tidak menemui apa-apa, saya dapat menghidu bau mayat reput yang kuat,” kata salah seorang anggota, Villa Stefano. AP
Recent Posts
PrInSiP Ku...
TiMe nOw iS
ToDaY iS
U aRe pAsSeNgEr No
Tuan Punyer Blog :)
About Me
- KeLiNcICoMeL
- kUaLa LuMpUr, Malaysia
- nak tau...rajin2 la tengok blog ni o.k :)
Facebook Badge
Blog Archive
-
▼
2009
(238)
-
▼
Oktober
(19)
- Lambaian Kaabah :)
- Ku Lihat Hijau.. :)
- kuCIng LagI :)
- kersus PENGINDAHAN lanskap :)
- don't judge a book by its cover :)
- mmmmm...bOwLiNg LaGi :)
- kUcInG :)
- JuMaAt YaNg hIjAu :)
- uNtUk uSt .K
- Ust.K dAtAnG LaGi :)
- dan..hari itu pun tiba.. :(
- Makin Terasa Hibanya :(
- Allah itu Maha Adil.. :)
- Manisnya Perjuangan Ini :)
- Lunch d' Secret Recipe
- Pasca Gempa di Padang Indonesia :(
- Ya Allah..sedih nyer :(
- Ya Allah..Selamatkan Kawan-Kawan Ku.. :(
- GeMpA BuMi :(
-
▼
Oktober
(19)
Labels-
- aku N ciptaan Allah (3)
- Ba Alif Ba Ya punye pasal (3)
- bowlinggg :) (3)
- Buka Puasa (1)
- BuLaN ReJaB (3)
- CeRiTa cAmBoDiA (3)
- Cerita Dalam Lagu (20)
- Eid Adha (4)
- Gempa Bumi Di Padang (4)
- gerhana matahari (2)
- InI LAH aKu (39)
- Jalan-Jalan (3)
- JoM mAkAn (6)
- keHIDUPan ini (6)
- kenanganku (20)
- KUCINGku (11)
- Lambaian Kaabah (6)
- layanzz jiwang (17)
- macam-macam (79)
- Maulidur Rasul 1430 (5)
- Merdeka :) (3)
- musim buah :) (1)
- Novel (14)
- oh..ibu.. :) (11)
- pengalamanku (20)
- pening KePaLa (6)
- Politik (11)
- Ramadhan (10)
- Relekskan Otak (13)
- rohani (53)
- Save Gaza (4)
- sejarah :) (2)
- senang hati :) (5)
- SiNeTrOn (2)
- Sya'ban (2)
- SyAwAl :) (12)
- tAhUn bArU (4)
- time JIWA kacau :( (12)
- untukmu TEMAN (35)
- Ust. K dalam kenangan :) (2)
- ZAMAN budak-BUDAK (4)
kAwAn - kAwAn akU
- Faizal Tehrani
- Blog jAlAn KitA BeRsAmA
- NuRuL IZzAh
- Blog Mengejar Cahaya
- Shaz RaTu cAnTiK OpIz aKu
- kAk jAy
- Ustaz Nadzri :)
- Orang Sabah
- kAk eFFa
- mAmI SuE
- KaWaN ChAt aKu
- LaRa mAyA
- IqBaL SaRaWaK
- ShAhAiMi
- BiG BrOtHeR KaT OpIs aKu
- UnTiE nANg
- BlOg jIwAnG
- BuDaK OpIs aKu
- AkU TaK TaU SiApA NiE TaPi bLoG DiA BeSt
- My fReNzZz :)