
Dan perasaan itu benar-benar dirasai kesedihannya ketika mana wak mahu meninggalkan markaz PAS malam semalam, Pengarah Pilihanraya ( YB Salahuddin Ayub) ketika memeluk wak sebelum wak bergerak pulang, ada getar bicara yg dibisikannya, kita akan terus berjuang untuk Islam, begitu jua dengan SU Perhubungan PAS Negeri Sembilan, saudara Samsul yg cukup ramah melayani karenah blogger macam kami, Dr. Zulkefly yang sentiasa cool, YB Dato Mahfuz Omar, serta beberapa pimpinan Pusat yg lain, hanya salam dan pelukan perpisahan mengakhiri misi Bagan Pinang. Apa apa pun, 3 orang Jeneral PAS yang mengendalikan pilihanraya ini dengan penuh sabar layak untuk menerima kredit..(albanjari)
itu antara luahan perasaan yang banyak aku baca dalam blog-blog arus politik pasca pilihanraya kecil N.31 Bagan Pinang yang keputusanya buat kali pertama selepas 8 Mac 2008 yang memihak kepada BN..tapi bagi aku apa pun keputusanya pilihan rakyat Bagan Pinang telah diterjemahkan..cuma yang menarik..tiada kata-kata cacian atau menyalahkan pihak lain atas kekalahan pihak lawan sebalik nya lebih kepada memuhasabah diri atas kekalahan kali ini..ini lah yang dikatakan Manisnya Perjuangan Ini..moga-moga kita tidak putus harapan dengan kekalahan kali ini sebaliknya kita perlu istiqomah dalam meneruskan perjuanagan ini :)
0 ulasan:
Catat Ulasan