KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Selasa, Mac 31, 2009

Lagu Ni

" ibaratkan la ni kat Malaysia 10 tahun lepas"

semalam masa tengah drive dari Kepong nak balik rumah lebih kurang jam 8.40 mlm aku picit-picit button kat radio kereta nak search lagu kerana lagu-lagu kat stesen yang aku minat tak berapa nak best...tetiba sangkut lak kat THR..dulu layan gak hindustan ni tapi sekarang memang dah out kerana tak berapa nak kenal dengan actor and actress baru sekarang ni..lagi pun sekarang dah tak boleh nak adap tv 3-4 jam nak layan cerita hindustan ni kerana dari adap tv tu lagi baik buat kerja yang berfaedah :)..o.k la..balik semula kat cerita radio tadi..DJ radio tu putarkan lagu ni...Phir Bhi Dil Hai Hindustani ..teringat kat cerita ni masa zaman 1998-1999 semasa kemuncak pergolakkan politik dulu..masa ni baru tingkatan 2 tau..umo pun baru 14 tahun tapi dah tahu dengan politik tanah air :) memang bersemangat giler..Alhamdulillah semangat tu terus membara dalam jiwa ni sampai hari ini :) jadi kepada pejuang-pejuang Dua Bukit dan Satu Batang :) saya doakan kejayaan atas perjuangan anda sekalian :) semoga dengan lagu ni perjuangan anda akan lebih teguh dan kental :) walaupun lagu hindustan tapi jalan cerita nyer sama dengan perjuangan kita di Malaysia :)

Phir Bhi Dil Hai Hindustani

Hum Logo Ko, Samajh Sako To
Hum Logo Ko, Samajh Sako To, Samjho Dilbar Jaani
Jitna Bhi Tum Samjhoge Utni Hogi Hairani
Hum Logo Ko, Samajh Sako To, Samjho Dilbar Jaani
Jitna Bhi Tum Samjhoge Utni Hogi Hairani
Apni Chatri Tum Ko De De Kabhi Jo Barse Paani
Kabhi Naye Packet Mein Beche Tumko Cheez Purani
Phir Bhi Dil Hai Hindustani, Phir Bhi Dil Hai Hindustani
Phir Bhi Dil Hai Hindustani, Phir Bhi Dil Hai Hindustani

Thode Anadi Hai, Thode Khiladi
Ruk Ruk Ke Chalti Hai Apni Gaadi
Thode Anadi Hai, Thode Khiladi
Ruk Ruk Ke Chalti Hai Apni Gaadi
Hume Pyaar Chaahiye, Aur Kuch Paise Bhi
Hum Aise Bhi Hai, Hum Hai Waise Bhi
Hum Logo Ko, Samajh Sako To, Samjho Dilbar Jaani
Ulti Seedhi Jaisi Bhi Hai Apni Yahi Kahani
Thodi Hum Me Hushiyari Hai Thodi Hai Naadani
Thodi Hum Me Sacchai Hai Thodi Beimaani
Phir Bhi Dil Hai Hindustani, Phir Bhi Dil Hai Hindustani
Phir Bhi Dil Hai Hindustani, Phir Bhi Dil Hai Hindustani

Aankhon Mein Kuch Aasun Hai Kuch Sapne Hai
Aasun Aur Sapne Dono Hi Apne Hai Aankhon Mein Kuch Aason Hai
Kuch Sapne Hai Aason Aur Sapne Dono Hi Apne Hai
Dil Dukha Hai Lekin, Tuta To Nahin Hai
Umeed Ka Daaman Chhuta To Nahin Hai
Hum Logo Ko, Samajh Sako To, Samjho Dilbar Jaani
Thodi Majburi Hai Lekin Thodi Hai Manmaani
Thodi Tu Tu Main Main Hai Aur Thodi Kheecha Taani
Humme Kaafi Baatein Hai Jo Lagti Hai Deewani
Phar Bhi Dil Hai Hindustani, Phir Bhi Dil Hai Hindustani
Phir Bhi Dil Hai Hindustani, Phir Bhi Dil Hai Hindustani

Alhamdulillah..setelah diberi ruang untuk hidup selama 24 tahun ni..pada 29 Mac 2009 sebelum bertolak pulang ke K.L aku diberi peluang menjejakkan kaki ke Tasik Chini ni..dari Kg. Salong tempat aku adakan Bengkel PTD ni nak ke tasik ni hanya 7km sahaja..Kalau Tok Empat Pahang tak bawa kami ke Tasik Chini ni tak tahu la bila zaman la aku dapat ke sini.

Hampir sejam setengah kami explore Tasik Chini ni..kalau sebelum ni aku hanya dengar cerita saja kata tasik ni banyak Bunga Teratai tapi ni aku dapat lihat dengan mata sendiri tapi tak berapa banyak sebab banyak bunga ni dah musnah dek banjir :(

Puas aku tengok pemandangan sekitar tasik ni..walaupun semak samun tapi best jugak la..pengalaman baru la katakan... :) kalau korang nak tau aku bernasib baik kerana dapat jumpa naga kat tasik ni :) bukan dongeng ni..tapi betul...huhuhu :) bukti nyer tengok gambar kat bawah ni :)

"akulah Naga Tasik Chini...hahaha!!!"

Apa-apa pun satu lagi tempat yang aku idamkan dah pun aku sampai TASIK CHINI..banyak lagi tempat-tempat yang aku nak pergi tapi cuma masa sahaja yang akan menentukan :)

Pada 27-29 Mac aku telah ditugaskan sebagai penyelaras Bengkel PTD Kg. Baru PPSK Salong, Pekan, Pahang. Group aku kali ni ialah Ust. Nazri, Saiful, John dan Hamzah. Perjalanan dari office nak ke kampung ni mengambil masa lebih kurang 4 jam.



kat sini kami ditempatkan di Rumah rehat Wadira milik Felcra..rumah ni ada 2 bilik..tapi yang tak best nyer siaran tv kat rumah ni tak dapat..naik giler di buat nyer kerana hanya dapat tengok semut hitam lawan semut putih bila on tv tu :(

Tapi takpe kerana masa banyak terisi dengan bengkel gan pergi jalan-jalan :)..sepanjang bengkel penduduk kat kg ni memang perrrrgghh...kerana bagi komitmen yang tinggi senang sikit kerja kita orang kat sini :) terima kasih banyak-banyak kat Tok Penghulu Bakri gan Tok Empat Pahang sebab dapat turun padang menjayakan bengkel ni :)


















Jumaat, Mac 27, 2009

JEM

pagi ni keluar rumah lewat sikit 6.50am baru nak panaskan enjin kereta kerana lambat bangun tidur..salalu 6.45am dah sampai depan Sek. Men. Perempuan Jalan Ipoh..dah budget sebab lambat ni mesti jalam jem punye :(.. memang betul dari PPRT Kg. Batu kereta dah berderet..ni belum lagi masuk jalan ipoh lagi crowd giler :(

tapi apa yang nak aku cerita kat sini ialah sikap kita sebagai pemandu..orang dah bagi signal nak masuk kenapa la kita nak himpit jugak? bagi la jalan..ni tak dia "block" orang lagi ada..bagi pemandu-pemandu yang baca blog ni fikirlah sikit dalam jem-jem tu bertimbang rasa la sikit..setakat jalan seinci dua tak kan reda punya jem tu..makin berselirat adalah..lebih baik kita bagi ruang pada pemandu lain at least tak la tersekat dalam jem tu kerana kenderaan dapat bergerak walaupun perlahan :)

Itu baru cerita pasal jem sebab kita tak bagi ruang kepada pemandu lain untuk masuk depan kita..belum cerita lagi pasal potong Q, masuk tak bagi signal, drive line laju tapi lambat macam siput ba alif ba ya, dan macam-macam lagi la..aku akan thread pasal benda ni dari masa ke semasa o.k :)


1. Kita wajib memberikan perhatian pada persoalan kesucian diri, karena yang menyelamatkan manusia dalam kehidupannya adalah kesucian diri dan yang menghancurkannya adalah sebaliknya, kekotoran jiwa, seperti kotornya akhlak yang bersumber dari hawa nafsu serakah, iaitu pembohong, kedekut, boros, zalim, rasuah, seks bebas dan berbagai lagi. Ingatlah, dunia ini dibuat kotor oleh orang-orang yang akhlaknya tercemar.

2. Para pemuda, remaja putra dan putri! Masa-masa yang sedang kamu lalui sekarang ini adalah masa-masa yang paling tepat untuk melakukan penyucian diri. Kamu harus lebih bersih dari yang lain. Harus selalu menjaga kesucian. Negara mana pun akan makmur dan merdeka karena bantuan Allah swt dengan kesucian jiwa itu, dan dengan itu pula negara kita akan maju dan mampu mengatasi masalah-masalah yang dihadapinya sekarang akibat angkara mereka yang berjiwa kotor, iblis bertopengkan manusia.

3. Semua harus bergerak menuju Allah swt. Semua harus melangkah menuju Allah swt. dan semua harus bergantung kepada Allah swt. Usahakan secara bersungguh memelihara kesucian diri dan menjauhi hal-hal yang dapat mengotorinya, ketika ditengah khalayak ramai dan ketika bersendirian.

4. Mereka yang berurusan di bidang kewangan, kotoran yang berhubungan dengan kewangan mengancamnya. Mereka yang bergerak di bidang politik dan sosial, kotoran politik dan sosial sedang mengancamnya. Mereka yang berhadapan dengan urusan hawa nafsu, sedang terancam oleh kotoran yang menimpa hawa nafsu yang ada dalam dirinya. Mereka yang memilki kekuasaan, terancam oleh kotoran kezaliman dan aniaya. Mereka yang memiliki posisi menentukan, terancam oleh kotoran yang membuatnya berkhianat. Karena itu, semua kita manusia wajib berhati-hati. Harus terus mengontrol dirinya jangan sampai jatuh pada kotoran-kotoran itu; dan alat kontrol itu adalah TAQWA YANG SEBENAR-BENAR TAQWA.

"Dipetik dari Blog kedahlanie - Tulisan Aris Awang"

ni masa nak soaking paip sebelum crushing test..
tengok la paip lebih besar dari tuan nyer :)

kali ni aku nak cerita tentang kenangan aku masa kerja kilang dulu :) . 2 tahun menabur jasa kat Kilang GBH Group of Companies ni Masa ni aku kerja sebagai Inspektor Q.C..ala yang chek-chek product sebelum di luluskan pengeluaran nyer tu..seronok kerja kat sini sebab senang lagi menyenangkan.

Kat kilang ni banyak foreigner worker terutama dari Myanmar, Vietnam, Nepal and Philippines. So dapat la aku berkawan gan orang-orang asing ni kerana foreigner yang kerja kat sini semua muda-muda dalam lingkungan 20-an..lagi pun kat Ceramic Plan ni aku orang Malaysia yang paling muda..iyalah lepas tamat Form 6 tu umo dalam 19 tahun dah kije kilang.

Banyak pengalaman dan peristiwa yang menyeronokkan kerja kat kilang ni :)..yang paling tak dapat nak dilupakan ialah kaki belah kiri ni kena langgar dengan forklift sampai pengsan :) akibat nyer MC 2 bulan tapi berbaloi gak la kerana dapat clim Socso maka dapat da beli kereta yang aku pakai sekarang :)
Tapi memang marvellous kerja kat kilang ni kerana dapat kawan-kawan yang memang happy go lucky terutama my loving brother Abg Husni, Masran, Mail, Abg Radzi, Pakcik Razak maintenance, Pakcik Razak Q.C, Uncle Wong, Guna, Kak Ida, Pakcik Isa, Balan, Hanafi, Rusdi, gan Pakcik Mail. Tapi ada jugak yang mangkuk hayun sampai tahap gaban Ayob and Hardip Singh :(

ni la kawan-kawan masa kerja kilang dulu :)

Sampai sekarang pun dah hampir setahun lebih berhenti tapi korang still in my heart sebab tu 2-3 bulan sekali mesti aku datang ke kilang ni nak jumpa gan kawan-kawan aku ni :)


ni nak thread pasal kucing lagi..sebab aku kan memang prihatin dengan kucing-kucing ni :).. kali ni nak cerita kucing yang kudung sebelah kaki..aku jumpa kucing ni kat R&R Temerloh sewaktu on the way nak ke Kg. Jeram, Manir Terengganu.

Masa tengah makan pau tetiba kucing ni menggeselkan kepala nyer kat kaki aku..aku campakkan la sikit pau yang aku makan tu aku tengok kucing ni jalan terjengkit-jengkit rupa-rupa nyer kaki sebelah kiri kucing tu tak ada..Ya Allah masih ade kesan luka kat kaki kucing tu dah la masa tu kucing ni tengah bunting..aku rasa kaki kucing ni mesti baru kena langgar :( ..kesian nyer aku tengok..kalau dekat gan rumah aku ni dah lama aku bawa balik tapi keadaan tak mengizinkan :(

Tapi sebelum aku gerak sempat gak la aku beli kan kucing ni ayam goreng..asyik kita je nak makan sedap-sedap..makhluk Allah yang lain nak merasa gak kan? so marilah kita saling sayang menyayangi sesama makhluk ni :)

Rabu, Mac 25, 2009

kisah 21 Mac 2009

20 - 22 Mac aritu...buat pertama kalinya aku terlibat dengan Bengkel Pelan Tindakan Desa yang diadakan di Kampung Jeram, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman..aku memang nak pergi bengkel ni walaupun sebenarnya Ust. Nazri selaku penyelarasnya..tapi ada misi yang perlu aku laksanakan :)

kalau ikut jadual memang pada hari kedua tu bengkel memang akan habis kira-kira jam 5.00petang..jadi aku telah planning untuk pergi ke rumah cikgu aku..Cikgu Rosni bt. Yassin yang tinggal di Kampung Tanjung Bunut, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Sebenarnya hajat ni dah lama terpendam walaupun aku selalu gak la ke negeri penyu ni tapi masa dan keadaan yang tak megizinkan :( tapi pada 21 Mac aritu memang aku bertekad hendak pergi juga rumah cikgu aku ni..Alhamdulillah hajat aku termakbul gak..akhirnya aku dapat kembali semula ke rumah yang pernah aku datang 11 tahun dulu :) seronok betul..walaupun dah lame tinggalkan rumah ni..tapi mokcik dan pokcik (Mak/ayah cikgu) tetap kenal dengan aku lagi..

Pertemuan ni memang menyentuh hati dan perasaan aku..dapat la aku tengok bilik yang pernah aku, Umi, Aizam dan Mazli pernah tidur dan lepak-lepak masa aku ikut cikgu balik kampung nyer pada bulan Mei 1998. Belakang bilik kita orang tu ada kandang lembu dan sebelah kiri nyer tanah perkuburan..keadaan nyer masih tak berubah..sama gak macam dulu :)

Walaupun aku tak dapat jumpa dengan cikgu aku tu kerana dia mengajar di Mersing, Kak Uji sekarang kerja di Kuantan dengan Petronas, dan yang paling menyedihkan orang yang paling rapat dengan aku kat rumah tu...Armarhumah Kak Nor yang telah kembali ke Rahmatullah pada 19 Januari 2007 lalu..tapi aku tetap gembira kerana dalam perjalanan pulang ke k.l, cikgu dan Kak Uji telah menelefon aku :) bukan anak murid yang cari cikgu tapi cikgu yang cari anak murid.. :)

Tapi ada yang masih kurang kerana aku tidak dapat bergambar dengan mokcik dan pokcik kerana aku tak bawa kamera semasa datang kerumah ni..tapi Insyaallah aku akan ke Terengganu sekali lagi pada bulan April ni..Insyaallah gak aku akan datang lagi kerumah ni :). Aku nak ucapakan terima kasih kat My Loving Friend Zulfadli dan Abang Shahaimi yang telah membawa aku ke rumah cikgu aku ni kerana diaorang ni memang orang Terengganu :)

*aku akan upload gambar-gambar aku semasa ikut cikgu aku ni pulang ke kampung ni kia-kira 11 tahun dulu yang membawa kepada ikatan silaturahim yang terjalin sehingga hari ini :)

Khamis, Mac 19, 2009

ADAM & hawa

ini antara novel yang dah aku khatam..karya Aisya Sofea :) pendokong utama dalam Adam & Hawa ini ialah Ain Hawani dan Adam Mukhris Gellespie.. best cerita ni..


Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul perasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencvari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindu nyer terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya. Ah...Adam Pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkan Ain?

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tidak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.

Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biar pun lapan tahun lagi. Kesabaran Adam menunggu Hawanya akhirnya membawa kebahagian yang ditunggu sejak sekian lama..kebahagian itu bertambah manis dengan kehadiran Arissa Nurasyiqin.

"Jika salah seorang daripada kami berkorban hanya untuk mengimbangi kehidupan yang mendatang, mampukah perubahan yang dilakukan kekal selamanya? Gembirakah jika perubahan itu hanya untuk memuaskan hati pasangan?Tidakkah itu pura-pura namanya? Selama manakah sesuatu yang menjadi kbiasaan itu mampu lenyap dalam kehidupan? Perubahan yang cuba dibuktikan hanya bersifat sementar seandainya dia berpura-pura"

"Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasanya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasanya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya,
dan dekat dihati untuk dicintainya"


16-20 Mac aku terlibat dengan Bengkel Training Pathway : National Occupational Skill Standard (NOSS) Homestay Level 2 & 3 memang rasa nak pecah kepala ni kerana banyak tugasan yang nak di buat nyer :( overall course in English lak tu bertambah serabut kepala ni :(

Bengkel ni bertujuan untuk menyiapkan modul lengkap pengajaran untuk mendapatkan Akreditasi Sijil Kemahiran Malaysia bagi program persijilan homestay..sekiranya dapat di lasanakan..ini merupakan program persijilan pertama di Malaysia yang menawarkan program persijilan homestay ini :). Program ni dijangka dapat di laksanakan pegambilan pertama pelajarnya pada bulan Julai ini.

Rabu, Mac 18, 2009

ASSALAMUALIKUM CINTA dah habis


semalam 17 Mac 2009 merupakan episod terakhir Sinetron Assalamualaikum Cinta..nasib baik semalam habis aje kije terus balik rumah walaupun kat office ada lagi kerja yang tak selesai..rupa-rupa sinetron ni dah nak habis..

kalau korang nak tahu..aku ni memang hantu tv bila dah follow satu-satu cerita tu..macam sekarang..pukul 5.30ptng mesti dah mengadap tv nak tengok sinetron ni la..kul 6.00ptng tengok Wulan lak..kul 6.30ptng tengok Spa-Q lak..memandangkan time cerita ni clash satu sama lain terpaksalah aku tukar-tukar siaran bila time break coz sayang nak tinggalkan satu-satu episod :)

so..aku nak tread sinopsis sinetron ni kat korang coz aku percaya bukan semua yang tengok cerita ni kan..so ni la cerita tu

ASMA adalah gadis yang jujur, ceria, dan selalu berpikiran positif. Sifatnya yang selalu ingin berbagi kebaikan dengan orang lain, menempatkan ia sebagai figure yang bisa memberi warna dalam kehidupan orang-orang di sekilingnya. Ia bagaikan pelita yang memberi cahaya orang-orang yang susah. Ia cantik, cerdas dan punya keyakinan bahwa kasih sayang adalah landasan yang membuat hidup ini menjadi indah. Ia selalu yakin, all we need is love…kasih sayang bisa menyelesaikan semua masalah dan pertikaian.Sifatnya yang penuh kasih itulah yang telah menempatkan Asma sebagai sumber inspirasi bagi orang yang tinggal di kampungnya. Setiap bertemu dengan Asma, orang-orang yang mengaguminya selalu menyapanya dengan, “Assalamualaikum, Cinta..”
akhir cerita ni Asma dapat gak kahwin gan Kelvin atas perancangan yang di aturkan oleh Kelvin yang berjaya mengelirukan bondanya. Akak nyer si Asma iaitu Alda pulak bercouple gan Rio setelah sedar dari kesilapan nyer. Cinta yang merupakan orang yang persis Asma pulak berkahwin gan Restu..best cerita nyer..

Yang tidak boleh dipisahkan dengan sinetron indon ni skrip nyer mesti berakhir dengan Yang Baik Di Balas Baik dan sebalik nyer :)

Selasa, Mac 17, 2009

makan malam gan keluarga :)

semalam aku sekeluarga keluar makan malam di Sg. Pusu ...alaaa... kat area UIA tu..semua ahli keluargaku ada kecuali abang no.2 aku tak ikut kerana dia keluar gan kawan dia...

memang kita orang sekurang-kurang nya dua bulan sekali mesti pergi makan luar sekeluarga kerana nak makan sekeluarga kat rumah memang payah kerana akak aku yang sulung dah pindah rumah sejak berkahwin, kembarku juga dah tinggal berasingan lepas berkahwin...abang-abang yang lain pun masing-masing sibuk dengan kerja..termasuk aku yang selalu kena outstation...
jadi semalam semua ahli keluagaku datang rumah mak..maka dengan kesempatan ni kita orang pergi makan sama-sama..tapi yang paling
menyeronokan ialah dengan kerenah anak akak ku merangkap anak buah ku yang nakal tu...penat nak
melayan nyer..tapi budak-budak kan... layanzzz je la...

so aku letakkan gambar sekali untuk all of u tengok :)

Isnin, Mac 16, 2009

Penantian yang Menyeksakan :(

Bila korang baca tajuk tu mesti suspen kan?...sebenarnya tidak ada apa-apa cume hari ini 16.3.2009 hari yang penuh dengan kekurangan kerana handphone and kunci locker aku tertinggal kat rumah..memang benggong jadi nyer bile handphone takde ni memang terasa sangat kehilangah nyer mengalah frust bercinta :)

Aku perasan handphone ni tertinggal masa dah kat Jalan Duta..nak patah balik memang dah tak sempat..nak tak nak kena teruskan juga g kerja..sepanjang perjalanan tu macam-macam yang bermain kat kepala otak ni pasal tel kat umah..maklumlah tel ni ibarat nyawa kat aku..

Sampai kat opis masa nak buka locker teringat lak kunci nyer pun tertinggal kat rumah..aaaaahhhhhh... macam nak menjerit kat opis ni coz sume barang-barang penting duduk nyer dalam locker ni..terutama Thumb Drive bende yang paling mustahak untuk menyiapkan kerja-kerja kat opis ni coz aku jarang save document dalam PC aku coz banyak g outstation..bertambahlah jadi benggong aku kat opis hari ni :(

Nasib baik start hari ni sampai Jumaat aku ade Bengkel Training Pathway untuk persijilan homestay..so seharian terlibat dengan bengkel..tapi duduk dalam kelas pun masih teringat kat handphone kat rumah.. :( nasib baik speaker yang bagi talk tu menyeronokan jadi nyer tak lah memikirkan sangat pasal handphone tu..

Tapi yang pasti nak tunggu perubahan saat ke saat minit ke minit and jam ke jam sampai kul 5 petang tu rasa nyer macam dah bertahun-tahun lama nyer..aku nekad hari ni..habis jer kerja kul 5 petang terus nak punch kad and nak balik rumah coz handphone kesayangan ku tengah tunggu kat rumah :)


SEKIAN...WASSALAM

Aku ni memang hantu membaca..bahan bacaan yang paling wajib aku baca tiap-tiap hari ialah Utusan, Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro, The Star and The Sun..kalau tak baca paper ni memang rasa tak lengkap hidup ni..satu lagi aku ni memang hantu novel..ramai orang cakap yang layan novel ni mat jiwang la..tak adventure la...and macam-macam lagi la...tapi aku memang suka baca novel ..kalau travelling jauh-jauh pun masa ontheway tu masa banyak di habiskan untuk membaca :) dan sebelum tidur pun aku akan membaca gak..so aku nak berkongsi gan pegunjung blog aku ni dengan novel-novel yang aku dah baca... :)

Emilya Zulaikha antara novel yang aku dah baca..karya Ariff Affandy..setebal 431 m/s. Antara watak utma nyer ialah Asrul, Emilya, Farida, Ika, dan Nita. Best cerita nyer..menyayat hati.. antara sinopsis cerita ni...

Emilya! sebaris nama yang tidak pernah luput daripada ingatan Asrul. Dia mencari bayangan gadis sejak sepuluh tahun yang lalu. Dunia nan terang bagaikan gelita. Keluhan hati nyer membawa derita. Di mana dan ke mana, persoalan itu tidak pernah berjawab. Harapannya terlonta-lonta sendiri mencari, sedangkan Emilya tak sekalipun kunjung menjelma..

Di bawah pohon cinta mereka, Asrul mengucapkan selamat tinggal pada kenangan. Farida, dikahwininya sebagai memenuhi wasiat. Bagaimana dia harus membelai wanita itu sebagai isteri, sedangkan antara mereka hanya saudara? Jiwa lelakinya menangis dan Farida sendiri amat mengerti...

Akhirnya Emilya pulang. Namun, bukan Asrul yang dicari, kerana baginya lelaki itu sudah mati! Dan cinta itu sudah tiada lagi. Janji setia dan impian mereka seabad lalu kerana desakan perasaan remaja. Begitulah pujukan Emilya untuk melunakkan perasaannya yang kecewa.

Tetapi ada sesuatu yang menjadi milik Asrul dan Farida yang harus diambil semula. Sama ada mereka rela atau dipaksa, Emilya nekad! Ika harus dirampas dan dibawa pergi. Asrul bagaikan hilang kata-kata. Farida pula benar-benar diduga. Tegakah Emilya merampas kebahagian mereka, sedangkan kesilapan lalu tidak harus diulangi.

Namun, pilihan ada di tangan Emilya ataupun Asrul mahupun Farida. Realitinya, bukan kalah atau menag, tetapi mereka harus bersatu.

Penyatuan mereka akhirnya berkongsi jiwa dan raga..sehingga ke alam yang lain..Nita yang muncul di saat kritikal ini meyambung kebahagian yang tercipta ini...

dalam novel ni ada satu perenggan yang ayat dia memang best :)

ADA KERINDUAN SEKIRANYA TIDAK BERTEMU..ADA KELAINAN KETIKA BERSAMA..ADA CEMBURU PADA KETIKA-KETIKA TERTENTU..DAN ADA CINTAAAA....


Sepertimana yang aku bagi tau sebelum ni....aku nak ceritakan kenangan-kenangan aku sepanjang aku merayap kat negeri-negeri kat Malaysia ni..untuk yang pertama ni aku nak ceritakan kenangan aku semasa di Perlis...negeri utara tanah air kita..

Kawan aku ni kahwin pada 2.6.2007..kita orang bertolak ke Perlis pada 1.6.2007 aku g gan kawan-kawan aku...iaitu Umie, Yaya, Aja, and Ema..aku the only one lelaki dalam group tu...kt orang g satu kete...nasib baik si Yaya and Ema tu leh drive skali..taklah penat aku drive sorang-sorang... :)

Sepanjang kat Perlis tu sempat laa..aku g Gua Kelam, Taman Ular, Padang Besar, Kuala Perlis n Wang Kelian...aku dah banyak kali g Wang Kelian ni..tapi time aku g ni tempat ni seolah-olah dah mati coz dah tak banyak gerai and rumput-rumput kat tepi jalan pun dah panjang-panjang macam kawasan terbiar aje..orang pun dah tak ramai... :(

Lepas kawan aku bersanding pada 3.6.2007 kat Cangloon, Kedah kita orang pun balik ke K.L tapi sempat gak la singgah Pekan Rabu and Rumah Kelahiran Che Det... :)

Ni la cerita nyer sepanjang kita orang g Perlis..walaupun penat tapi menyeronokan :)


Khamis, Mac 12, 2009

kenanganku (Part 1)

Sebenarnya aku ni memang gemar melancong...kalau setakat negeri-negeri di Malaysia ni semua dah sampai..negara-negara Asean pun dah banyak yang di lawati antaranya ialah Singapura, Indonesia, Thailand, dan Vietnam..so memandangkan aku dah ada blog sendiri ni...aku akan abadikan segala kenangan yang pernah aku lalui sepanjang melawat ke tempat-tempat yang best ni..semoga apa yang akan aku ceritakan ini akan mengembirakan insan-insan yang selalu mendampingi aku... :)



kawan email picture ni...sepanjang hidup tak pernah lagi jumpe brand ni mase g shopping... tapi yang penting kt sayang kat bos kite walaupun kita bagi barang brand ni kat bos kita kan???

Jika Wanita diumpamakan Ikan, kategori ikan apakah yang jadi favorite anda?



IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan. Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai… ada nilai, ada kualiti….INI WANITA BERKERJAYA.....



IKAN ARWANA
Kalo yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya..... So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya.... INI PERAGAWATI, CELEBRITY or keatas........


IKAN MAS KOKI
ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya. Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan..... INI BINI ORANG.......



IKAN BANDARAYA
Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium. Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya.... mcm gam...INI AWEK ALIM, ANAK USTAZ nii.......


IKAN KELI
Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja. Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati INI AWEK TEPI JALAN........


IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu- gituuu... saja. Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain.... INI BINI SENDIRI....

Rabu, Mac 11, 2009

manusia DAN buah

Jangan suka pamer
Jadilah seperti jagung, Jangan seperti gajus...
Jagung membungkus bijinya yang banyak..
Sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu-satunya..


Setia terhadap pasangan

Jadilah seperti pohon pisang..
Kalau berbuah hanya sekali..lalu mati..


Inner beauty

Jadilah seperti durian..Jangan seperti kedondong..
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam..tetapi di dalamnya lembut dan manis..
Beda dengan kedondong..di luarnya mulus dan berkilat..tetapi didalamnya ada biji yang berduri.


Jaga kesucian dalam bergaul

Jadilah seperti sengkuang..walaupun hidup dalam tanah dan selut..tetapi umbinya tetap putih bersih.


Selalu bertindak adil

Jadilah seperti tandan petai..bukan tandan rambutan..
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji-biji petai-nya..semua seimbang.. tidak seperti rambutan..ada yang kecil ada yang besar.


Semakin tua semakin bijaksana

Jadilah seperti cabai.. Semakin tua..semakin pedas.


Jangan munafik

Jadilah seperti buah manggis..Buah manggis bisa ditekan isinya dari bahagian bawah buahnya.

BAGUS DI AMAL KANN NIHHH...


Petua Mujarab

Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang...

Menegangkan Kulit Muka - Stapler Tempat Yg Kendur Tu..

Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wang..

Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak...

Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...

Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya...

Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...

Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...

Menyegarkan Mata - Tuang Eye Mo...

Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...

Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket-Jengket..

Menghaluskan Kulit Muka - Gosok Dgn Kertas Pasir..

Menaikkan Seri Muka - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga..

Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi..

Menghilangkan Lebam Di Mata - Elakkan Dari Kena Penumbok..

Dah Bace Petua Ni Rajin-Rajin Lah Amalkan O.K :)


Sambutan Maulidur Rasul 1430H, peringkat kebangsaan telah diadakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka. Majlis yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin. Pada sambutan kali ini aku juga terlibat mewakili Kontingen Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah..."wajib g ni coz da dapat baju free" . Perakan kontingen kami bermula dari hadapan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur ke Dataran Merdeka...perarakan sejauh kira-kira 3 kilometer ini memakan mase hampir 30minit coz kene berjalan perlahan-lahan :( kalau aku jalan sorang-sorang 3km ni dalam 10minit aje :) huhuhu...

Bagaimana pun sambutan kali ni yang agak meriah tetibe bertukar kelam kabut coz hujan turun dengan lebat nyer...mase kat padang tu ade lebih kurang 30,000 orang tapi bile ujan masing-masing melarikan diri (termasuk aku) yang tinggal hanya VVIP yang dalam khemah aje...mase Agong brucap pun aku rase Tuanku berucap untuk orang-orang yang dalam khemah aje coz yang lain sume dah cabut :(..tu la cerita sambutan Maulidur Rasul untuk taun ni :)
*semoga berjumpa lagi pada maulid tahun hadapan...INSYAALLAH :)

Sambutan Ambang 12 Rabiul Awal peringkat Wilayah Persekituan Kuala Lumpur telah diadakan di Masjid Negara. Sambutan yang dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan Persembahan Berzanji dan Marhaban oleh kumpulan Marhaban dari Sungai Besi...persembahan ni memang mengasyik kan coz bacaan berzanji nyer memang menusuk ke jiwa...pastu Marhaban nyer memang ade class coz aku tak pernah lagi dengar melodi marhaban yang macam ni...korang bayangkan marhaban yang mule pukul 8.00 malam tu megambil masa hampir 45minit...peeerrrggghhhh panjang nyer diaorang bermarhaban...tapi memang best mendengar nyer :). Program seterus nyer ialah Solat Isyak secara berjemaah sekali lagi...lepas tu ceramah oleh Al Fadil Ustaz Mohammad Farid Ravi b. Abdullah..best gak ust. ni kupas pasal Tajuk "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah" yang juga merupakan tema Sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 1430 Hijriah...tapi yang tak berape nak seronok nyer sound speaker tak berape baik coz voluum yang digunakan mungkin terlalu tinggi sehingga suara penceramah seakan bergema...macam kite menjerit dalam gua tu...majlis sambutan tersebut berakhir sekitar jam 11.00 malam... so kepada yang melayari blos saya ini...saya mengucapkan Selamat Meyambut Maulidur Rasul 1430 H.

Al-Fadil Ust. Mohammad Farid Ravi b. Abdullah

Yang Ni Masa Bacaan Berzanji

Semasa Persembaham Marhaban

Sabtu 7 Mac 2009 merupakan hari yang agak mendukacitakan bagi aku coz jatuh longkang semasa nak selamat kan diri :( (nak selamatkan diri dari ape korang bace je la akhbar 8 Mac 2009 punye ek) ataupun kat sini... jatuh longkang ni pun masih bernasib baik walaupun banyak calar2 kat lutut gan lengan (tengok kat gambar) coz orang lain tu sampai jatuh bukit berguling2, yang lebih parah pun ade gak.... sakit pun sakit la tapi menyeronokan :) kerana ini lah dia harga yang perlu di bayar dia atas sebuah perjuangan...

Khamis, Mac 05, 2009

MENJELANG 12 RABIUL AWAL




Rasulullah SAW Sumber Limpahan Rahmat





Kelahiran Rasulullah SAW merupakan satu peristiwa sejarah yang paling besar dan paling agung yang pernah berlaku di dunia ini. Tiada sejarah yang lebih besar, penting dan agung selainnya, sama ada sebelum atau sesudahnya. Ia adalah sejarah yang telah merubah watak dan peradaban manusia.

Justeru itu, sejarah Rasulullah SAW adalah satu peristiwa yang luar biasa, mengandungi rahsia-rahsia dan perkara yang tersirat pada setiap yang ada hubungkait dengannya walau satu titik, lebih-lebih lagi satu huruf dan satu perkataan. Padanya terkandung rahsia Tuhan yang patut kita kaji dan serlahkan. Mari kita cungkil rahsia dan hikmah di sebalik tarikh kelahiran baginda iaitu:

Sebelum Fajar, Isnin, 12 Rabi’ul Awwal, Tahun Gajah.
Kedatangan Rasulullah SAW membawa rahmat. Sebelum fajar bererti kegelapan sudah akan berakhir dan cahaya adalah umpama rahmat Allah yang akan menjelma.

Isnin dari bahasa Arab bererti dua.
Di saat kelahiran baginda, akidah manusia sudah rosak kerana sudah lama ketiadaan Nabi dan Rasul. Hanya dua yang mengenal Tuhan; Zat Tuhan itu sendiri dan baginda Rasulullah SAW. Itulah isyarat dari Tuhan di sebalik kelahirannya pada hari Isnin. Justeru, keIslaman seseorang hanya sah apabila dia mengakui dan menyebut kedua-duanya.

Jika dirujuk pada malam, ia adalah kemuncak kegelapan.
Ertinya waktu kelahiran baginda, segala perkara negatif berada di tahap puncaknya.
Jika dirujuk pada siang, ia adalah seterang-terang cahaya matahari.
Ertinya kedatangan baginda membawa rahmat dari Tuhan untuk segala alam, bukan hanya untuk manusia, bahkan binatang, kayu kayan, batu batan dan seluruh ciptaanNya. Berkat cahaya rahmat itu, seluruh makhluk mendapat pembelaan dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati.

Jika dirujuk pada bulan, ia adalah kemuncak bulan dalam setahun.
Ertinya baginda adalah penutup dan kemuncak para Rasul. Rasul terdahulu didatangkan untuk sesuatu kelompok dan zaman sedangkan Rasulullah SAW didatangkan untuk semua etnik, berlanjutan hingga berzaman.

Jika dirujuk pada bintang, ada bintang 12 yang mana ia adalah bintang yang paling terang di antara beribu bintang yang ada.
Ertinya kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, petunjuk dan rahmat yang lengkap dari dunia hingga akhirat. Ajaran yang dibawanya paling sempurna berbanding ajaran Rasul-Rasul sebelumnya.

Rabi’ dari bahasa Arab bererti musim bunga.
Kedatangan baginda menjadi contoh akhlak yang mulia dan akhlak yang agung adalah umpama bunga yang cantik dan indah di awal musim bunga.

Tahun Gajah.
Ia dikaitkan dengan Abrahah dan tentera bergajahnya dari Yaman. Sewaktu dia menyerang Ka’bah, dia telah merampas harta benda termasuk kambing-kambing bapa saudara baginda, Abu Thalib dan datuknya Abdul Muthalib. Akhirnya Abdul Muthalib keluar lalu bersemuka dengan Abrahah. Beliau meminta supaya dipulangkan semula kambingnya kerana ia adalah miliknya. Manakala tentang Kaabah, beliau berkata terpulanglah kerana Ka’bah itu bukan miliknya tetapi milik Allah.

Jadi, di sini, terbuka rahsia bahawa keluarga Rasulullah saw masih beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Ertinya keturunan baginda terpelihara, bersih dan dijaga oleh Allah.

Semalam sewaktu aku makan di kedai tepi jalan jer kat Jalan Kuching gan kawan aku coz mak masak lauk tak berape nak sedap...(sori ek puan mariam)...mak masak sawi tumis air, telur goreng, gan ikan kembung goreng sambal.... so aku g la makan gan kawan aku kat Jalan Kuching...tengah-tengah makan tetibe aku dengar bunyi kucing mengiaw...aku pun cari la kucing tu coz aku memang suke gan kucing ni...bile aku angkat kucing tu...ade sesuatu yg tak kene gan makhluk Allah sekor ni...(cube perhatikan ape yang kurang kat kucing ni?)



alamak...gambo tak berape nak clear la...kucing ni takde mate sebelah kiri (dalam bulatan merah)...so aku pun tanye la gan tuan punye kedai tu coz kucing ni jinak... :) mengikut cerite tuan punye kedai...dia pelihara kucing ni dah 4 taun :) dia jumpe kucing ni mase kecik lagi mungkin ade orang yang tinggalkan kat kedai dia...nasib baik tuan kedai ni pun suke kan kucing...tapi yang menyedihkan :( mase dia jumpe..kucing ni tengah sakit :( kurus dan mate sebelah dia tengah dihurung semut...sebab tu la sampai sekarang kucing ni bute sebelah mate nyer :( tapi takpe la...ade orang yang memelihare nyer tak la kucing ni melarat hidup nyer :)

Gambar ni pun kawan yg email kat sy...saje je thread kat blog ni coz sape2 yg tengok mesti ketawe kan? (xketawe pun wat2 je la ketawe...huhuhu) entah ape la yg hendak dirahsiakan...tapi ade ke org yg macam ni????




Selasa, Mac 03, 2009

hari YANG best


semalam hari yg aku rase best...tp ms kat opis xberape nak best :( i dont know Y? tp malam nyer rase best sangat coz aku teman kan kwn aku g CC dia nak online bli tiket kapal terbang dia nak balik kg atok dia sakit...lepas dia dah settle booking aku pun gune la internet tu :) dari membazir betul x?memule aku surfing entah ape-ape web la...pastu teringat yg nak cari lagu yang dah 3-4 bln aku cari...so aku pun g la kat sini mmg banyak giler lagu and link nak download lagu kat sini :) bile buke je...memang PPEEEERRRGGGHHH lagu-lagu yg aku nak ade kat sini..so aku pun download lagu-lagu...

Firstly is....
Bukan SuperStar - Projek Pop

Andai aku Pasha Ungu
semua wanita kan memburuku
Bila aku Ariel Peterpan
kau yakin ngefans karena urang keren

Sexy badannya.. Mulan Jameela

cantiknya dia seperti aku
Giring Nidji sahabat aku
dekat denganku.. dialah aku..

Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan
ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Andai ku Letto wis pasti aku wong jowo
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan
ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kata orang ku mirip Glenn Fredly suara merdu
wanita jatuh hati
Namun semua itu hanya mimpi bagimu woohoo

Jadi… semua itu hanya mimpi?

Ya iya laah… masya ya iya dong
duren aja dibelah bukan dibedong
Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan
ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kamu bukan super
Kamu bukan setar
Kalo digabungin kamu bukan supersetarr..

Ku bukan bangsawan
ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Second song...ala.. yg dalam assalamualaikum cinta tu...:)
Raja Jatuh Cinta - Numata

ku tak bisa berhenti
untuk mencarimu
walau kini yang ada
kamu tak mau

ku tak bisa berhenti
untuk mencintaimu
jangan tanyakan mengapa
karna ku tak tahu

reff:seribu wanita menggoda
hanya kamu yang jadi ratu hatiku
seribu kali kau hancurkan
masih ada banyak waktu memaksamu

huuu, huuuu, raja sedang jatuh cinta kepada mu huuu,
huuuu, raja sedang jatuh cinta kepadamu

ku tak bisa berhenti
untuk memujamu
dan aku takkan menyerah
oh hanya kamu

ku tak bisa berhenti
untuk mengagumi
jangan sia-siakan aku
ku ingin kamu

then
Selamat Ulang Tahun Sayang - Imram Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap
pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu



Lastly is
Rawan - Azharaina Azhar

Biar berjauhan namamu daku sebut..kan
Cukup untuk mengisi sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini ku akui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini ku akui

Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku
Kau untuk ku



bace lirik memang cam tak faham kan?so rajin-rajin la download kat link yang saya da bagi kat atas tu :)

Isnin, Mac 02, 2009

kawan-kawan kita?




PAGI TADI KAWAN SY HANTAR EMAIL NI UNTUK KALI YG ENTAH KEBERAPA KALI DAH KAT SY SEJAK 2-3 BULAN YG LEPAS...BEST GAK...so sy nak kongsi gan awak2 yg masuk blog sy ni dan nilai sendiri la ek kawan2 kt :)
  • kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
  • kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
  • kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
  • kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
  • kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai..
  • kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
  • kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
  • kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skejap hilang..
  • kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik..
  • lagi......kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)