Bila korang baca tajuk tu mesti suspen kan?...sebenarnya tidak ada apa-apa cume hari ini 16.3.2009 hari yang penuh dengan kekurangan kerana handphone and kunci locker aku tertinggal kat rumah..memang benggong jadi nyer bile handphone takde ni memang terasa sangat kehilangah nyer mengalah frust bercinta :)
Aku perasan handphone ni tertinggal masa dah kat Jalan Duta..nak patah balik memang dah tak sempat..nak tak nak kena teruskan juga g kerja..sepanjang perjalanan tu macam-macam yang bermain kat kepala otak ni pasal tel kat umah..maklumlah tel ni ibarat nyawa kat aku..
Sampai kat opis masa nak buka locker teringat lak kunci nyer pun tertinggal kat rumah..aaaaahhhhhh... macam nak menjerit kat opis ni coz sume barang-barang penting duduk nyer dalam locker ni..terutama Thumb Drive bende yang paling mustahak untuk menyiapkan kerja-kerja kat opis ni coz aku jarang save document dalam PC aku coz banyak g outstation..bertambahlah jadi benggong aku kat opis hari ni :(
Nasib baik start hari ni sampai Jumaat aku ade Bengkel Training Pathway untuk persijilan homestay..so seharian terlibat dengan bengkel..tapi duduk dalam kelas pun masih teringat kat handphone kat rumah.. :( nasib baik speaker yang bagi talk tu menyeronokan jadi nyer tak lah memikirkan sangat pasal handphone tu..
Tapi yang pasti nak tunggu perubahan saat ke saat minit ke minit and jam ke jam sampai kul 5 petang tu rasa nyer macam dah bertahun-tahun lama nyer..aku nekad hari ni..habis jer kerja kul 5 petang terus nak punch kad and nak balik rumah coz handphone kesayangan ku tengah tunggu kat rumah :)
SEKIAN...WASSALAM
0 ulasan:
Catat Ulasan