
Hampir sejam setengah kami explore Tasik Chini ni..kalau sebelum ni aku hanya dengar cerita saja kata tasik ni banyak Bunga Teratai tapi ni aku dapat lihat dengan mata sendiri tapi tak berapa banyak sebab banyak bunga ni dah musnah dek banjir :(
Puas aku tengok pemandangan sekitar tasik ni..walaupun semak samun tapi best jugak la..pengalaman baru la katakan... :) kalau korang nak tau aku bernasib baik kerana dapat jumpa naga kat tasik ni :) bukan dongeng ni..tapi betul...huhuhu :) bukti nyer tengok gambar kat bawah ni :)
"akulah Naga Tasik Chini...hahaha!!!"
Apa-apa pun satu lagi tempat yang aku idamkan dah pun aku sampai TASIK CHINI..banyak lagi tempat-tempat yang aku nak pergi tapi cuma masa sahaja yang akan menentukan :)

0 ulasan:
Catat Ulasan