KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Isnin, Mac 16, 2009

Emilya Zulaikha

Aku ni memang hantu membaca..bahan bacaan yang paling wajib aku baca tiap-tiap hari ialah Utusan, Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro, The Star and The Sun..kalau tak baca paper ni memang rasa tak lengkap hidup ni..satu lagi aku ni memang hantu novel..ramai orang cakap yang layan novel ni mat jiwang la..tak adventure la...and macam-macam lagi la...tapi aku memang suka baca novel ..kalau travelling jauh-jauh pun masa ontheway tu masa banyak di habiskan untuk membaca :) dan sebelum tidur pun aku akan membaca gak..so aku nak berkongsi gan pegunjung blog aku ni dengan novel-novel yang aku dah baca... :)

Emilya Zulaikha antara novel yang aku dah baca..karya Ariff Affandy..setebal 431 m/s. Antara watak utma nyer ialah Asrul, Emilya, Farida, Ika, dan Nita. Best cerita nyer..menyayat hati.. antara sinopsis cerita ni...

Emilya! sebaris nama yang tidak pernah luput daripada ingatan Asrul. Dia mencari bayangan gadis sejak sepuluh tahun yang lalu. Dunia nan terang bagaikan gelita. Keluhan hati nyer membawa derita. Di mana dan ke mana, persoalan itu tidak pernah berjawab. Harapannya terlonta-lonta sendiri mencari, sedangkan Emilya tak sekalipun kunjung menjelma..

Di bawah pohon cinta mereka, Asrul mengucapkan selamat tinggal pada kenangan. Farida, dikahwininya sebagai memenuhi wasiat. Bagaimana dia harus membelai wanita itu sebagai isteri, sedangkan antara mereka hanya saudara? Jiwa lelakinya menangis dan Farida sendiri amat mengerti...

Akhirnya Emilya pulang. Namun, bukan Asrul yang dicari, kerana baginya lelaki itu sudah mati! Dan cinta itu sudah tiada lagi. Janji setia dan impian mereka seabad lalu kerana desakan perasaan remaja. Begitulah pujukan Emilya untuk melunakkan perasaannya yang kecewa.

Tetapi ada sesuatu yang menjadi milik Asrul dan Farida yang harus diambil semula. Sama ada mereka rela atau dipaksa, Emilya nekad! Ika harus dirampas dan dibawa pergi. Asrul bagaikan hilang kata-kata. Farida pula benar-benar diduga. Tegakah Emilya merampas kebahagian mereka, sedangkan kesilapan lalu tidak harus diulangi.

Namun, pilihan ada di tangan Emilya ataupun Asrul mahupun Farida. Realitinya, bukan kalah atau menag, tetapi mereka harus bersatu.

Penyatuan mereka akhirnya berkongsi jiwa dan raga..sehingga ke alam yang lain..Nita yang muncul di saat kritikal ini meyambung kebahagian yang tercipta ini...

dalam novel ni ada satu perenggan yang ayat dia memang best :)

ADA KERINDUAN SEKIRANYA TIDAK BERTEMU..ADA KELAINAN KETIKA BERSAMA..ADA CEMBURU PADA KETIKA-KETIKA TERTENTU..DAN ADA CINTAAAA....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)