ini antara novel yang dah aku khatam..karya Aisya Sofea :) pendokong utama dalam Adam & Hawa ini ialah Ain Hawani dan Adam Mukhris Gellespie.. best cerita ni..
Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul perasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencvari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindu nyer terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya. Ah...Adam Pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkan Ain?
Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tidak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.
Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biar pun lapan tahun lagi. Kesabaran Adam menunggu Hawanya akhirnya membawa kebahagian yang ditunggu sejak sekian lama..kebahagian itu bertambah manis dengan kehadiran Arissa Nurasyiqin.
"Jika salah seorang daripada kami berkorban hanya untuk mengimbangi kehidupan yang mendatang, mampukah perubahan yang dilakukan kekal selamanya? Gembirakah jika perubahan itu hanya untuk memuaskan hati pasangan?Tidakkah itu pura-pura namanya? Selama manakah sesuatu yang menjadi kbiasaan itu mampu lenyap dalam kehidupan? Perubahan yang cuba dibuktikan hanya bersifat sementar seandainya dia berpura-pura"
"Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasanya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasanya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya,
dan dekat dihati untuk dicintainya"
0 ulasan:
Catat Ulasan