KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Khamis, Disember 31, 2009

SeLaMaT TiNgGaL 2009


2009 daLaM KeNaNgAn..tahun yang penuh dengan cabaran dan pancaroba..makin aku melangkah makin "jAUh tErSaSaR Di JaLaN..MU"

mmmmmm...orang kate zaman yang penuh dengan teknologi maklumat nie diari nie dah tak guna...coz kite leh gune blog macam aku nie untuk mencatatkan perjalanan hidup kite..tapi bagi aku diari tetap penting untuk kite coz dapat mencatatkan segala perkara yang berlaku dalam hidup kita termasuk yang sulit2 :) coz bukan semua benda yang kita leh kongsi dengan orang-orang sekeliling sooooo... DIARI NIE TETAP PENTING UNTUK KITA :)

YANG NIE DIARI 2005..DAH SIAP SEAL COZ BANYAK RAHSIA DALAM NYER...HUHUHU

yang nie lak Diari 2006..pun dah siap seal coz terlalu berharga isi nyer.. :)

NiE DiArI 2007..XlEh sEaL CoZ MaSih dI bElEk IsI DaLaMnYa cOz aDe bEnDe YaNg mAsAiH MeNJaDi rUjUkAn :)

YANG NIE DIARI 2008..PUN XLEH NAK SEAL lagi coz tak puas nak baca kisah hidup yang dulu-dulu :)

yang nie paling baru..Diari 2009..baru jer dikhatamkan untuk tahun 2009..

MAKIN LAMA DIARI YANG DISIMPAN MAKIN KUSUT JADI NYER..UMUR KITA PUN SAMA MAKIN BESAR MAKIN MATANG TAPI MAKIN MENGHAMPIRI PENGHUJUNG PERJALANAN NYER :)

Isnin, Disember 28, 2009

AkU LaGi

nie gambar masa akt kat Padang Besar sebelah Thailand aritu..kalau aku tulis jer nanti orang ingat aku tipu kan??? so aku boh gambar aku kat sana skali...yang gambar besar tu aku kat depan Heath Center Padangbeza Municipality :)

cube korang tengok gambar nie..semua mate halus coz tengah2 hari bute bergambar.. :)
mmmm.sajer jer boh tajuk nie..coz tahap kepelikan aku bila masuk kampung nie semakin menjadi-jadi..sampai kat bendang pun nak bergambar.. dah la tengah matehari mencacak atas kepala tapi sebab gila punya pasal panas pun panas la..asal kan dapat bergambar..al maklumlah..macam yang pernah aku bagi tau sebelum nie..dah lahir nyer kat kL, besar nyer kat kL gak, kerja nyer pun kat kL gak..bila dapat masuk kampung memang best gilezzzz :) so sebab aura kampung tu ada make nyer bergambar la kan????

aku jumpa Laksa Siam nie masa wat Bengkel PTD kar Perlis aritu..memula plan nak g Padang Besar ajer tapi sebab orang yang tukang bawak tu propose g Padang Besar Sebelah Thailand aku pun On jer la..tak pasal-pasal dapat la aku, Kak Ina, ngan budak kembar tu..aku lupe name dia..merayap sampai ke Selatan Thailand :) coz barang kat sini lagi murah berbanding kat Padang Besar, Perlis..dan penat-penat kami shopping orang yang tukang bawak kami tu ajak try makan LAKSA SIAM..memula aku tak mau coz aku nie memang cerewet tang makan..tapi dah orang bawak terpaksa gak la aku telan..

Laksa Siam nie dia lain..tak macam laksa kat tempat kita..korang tengok gambar kat bawah nie... :)

nie bahan-bahan laksa tu..korang tengok sayur dia tu..leh mati aku cam nie coz aku dah la tak makan sayur..sayur nyer menimbun-nimbun lak tuuu..amat MENGERIKAN... huhuhu

nie laksa nyer pulak..dia guna bihun halus tu..kuah nyer dia guna kuah lemak..dah aku tak makan sayur nak tak nak terpaksa gak la aku telan laksa siam kosong nie ajer...

dah ade depan mate..nak tak nak kena BEDAL gak la..kalau tak kelaparan aku nanti..

Sabtu, Disember 19, 2009

SaLaM MaAl hIjRaH 1431 H


SaLaM mAaL HiJrAh 1431 H
Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah

Jumaat, Disember 18, 2009

mmmm...sorry AbaH ek :)

mmmmm...sibuk skunk nie..nak update blog pun takder masa... :( 10-14 ari bulan aritu aku outing ke Perlis..nak dijadikan cerita hari pertama aku kat Perlis aritu abah dimasukan ke wad coz Jangkitan Kuman yang menyerang paru-paru nyer..sebenarnya masa kat Mekkah lagi abah memang tak sihat sampai kena tahan kat wad bebetul nak Wukuf kat Arafah baru abah keluar hospital..o.k o.k o.k balik semula cerita memula tadi..sebab sibuk sangat message dari Mak, Along ngan Hafeez yang bagi tau abah masuk hospital..aku tak sempat nak call @ message tanye khabar abah..agak nyer abah terasa hati dengan aku yang diam ajer walaupun orang dah bagi tau yang abah tak sihat..abah sendiri yang MMS kan gambar dia kat aku..sengaja dia nak tunjuk keadaan dia kat hospital tu agak nyer..terperanjat aku..so balik ajer dari Perlis aritu aku terus ke Hospital walaupun mase sampai tu dah kul 1 pagi just letak beg & amik kereta terus ke Hospital Putrajaya..nasib baik mase memula sampi tu leh masuk coz aku tipu guard yang jaga tu coz aku cakap nak hantar ubat asma so guard tu pun lepas kan ajer aku naik ke wad so jumpe la aku ngan abah aku malam tu :)

NiE LaAa..GaMbAr yAnG AbAh MMS tu :)

Sabtu, Disember 12, 2009

kenanganku (Part 17) : D' TeLuK BaTiK


NIE ANTARA GAMBAR KENANGAN YANG SEMPAT AKU TANGKAP SEWAKTU BERKAMPUNG DI TELUK BATIK RESORT DARI 29 November - 2 Disember 2009 ARITU COZ KENA ATTEND BENGKEL HALA TUJU STRATEGIK OPIS AKU..MEMNAG BERKORBAN SUNGGUH TIME TU COZ HARI RAYA KORBAN TU TAK DIBENARKAN CUTI COZ SEMUA PEGAWAI DIWAJIBKAN HADIR BENGKEL NIE..WALAUPUN TERPAKSA BERKORBAN TAPI BEST GAK LA COZ RESORT NIE LEBIH KURANG 50 METER AJER DARI PANTAI TELUK BATIK :) SO PETANG-PETANG LEPAS BERBENGKEL TU KITA ORANG MERAYAP LA KAT TELUK BATIK :)

Khamis, Disember 10, 2009

Madah Berhelah :(

ape kaitan lagu nie dengan hidup aku? mmmm.. biarlah RaHsIa :(

Selasa, Disember 08, 2009

Alhamdulillah.. :)


itulah kata-kata yang dapat aku gambarkan menyambut kepulangan kedua Ibu Bapa tercinta yang selamat pulang ke Tanah Air setelah di jemput menjadi Tetamu Allah pada musim haji kali ini..walaupun penerbangannya delay dari 8.40 malam 7 Disember 2009 ke 11.00 malam kemudian bertukar lagi ke 3.30 pagi dan tunda lagi ke 4.45 pagi dan akhirnya Pesawat Saudi Air SV 5000 yang membawa pulang seramai 487 orang jemaah haji selamat mendarat pada jam 5.00 pagi 8 Disember 2009..itu satu hal selepas mendarat hanya pada jam 6.45 pagi aku baru leh jumpa mak ayah aku nie coz diaorang Q lama nak tunggu bagasi masing-masing..wat ever pung aku bersyukur coz mak ayah aku selamat pulang semula ke tanah air nie..Semoga Istiqomah di Tanah Suci kekal selama-lamanya :)

mmm :) masih meneruskan kedegilan aku untuk masuk kan novel-novel yang aku baca "without permission from the owner buku nie" SETELUS IMPIAN hasil karya Zulaila Zakaria..setebal 579 m/s sarat dengan konflik yang seakan tidak ada kesudahannya :( .. banyak novel yang aku dah baca tapi aku rasa novel nie rasa lain sikit coz..

1)
penulis yang satu nie suka dengan nama-nama yang sedap di sebut coz menampilkan..Puan Sri Puteri Liyana Qaisara, Tan Sri Ahmad Hisyam Aliyan, Puteri Aina Qistina, Aliyan Qairi Mustakim, Puan Ain Hawani, Fahim Zain, Amirul Kkairil & banyak lagi la dah tak larat aku nak menghafal nyer :( sedap-sedap kan name diaorang nie? :) bukan sahaja nama pendokong cerita nie sedap disebut.. :)

2)
ayat-ayat dalam novel nie pun jiwang gak :) huhuhu
"Mimpi yang hilang mungkin tidak akan pulang walau berkali kita mahu dia datang. Namun begitu kita masih ada mimpi yang lain yang diimpikan"

"Dalam hidup kita, kita tak dapat mengelak sebarang pertemuan dengan orang di sekeliling hidup kita. Setiap pertemuan biasa dan tidak kurangnya juga ada juga pertemuan luar biasa. Namun sebagai manusia, Allah telah bekalkan kita dengan akal fikiran dan hukum batasan dalam pergaulan. Jika kita leka maka kita akan lupa dimana letak diri kita"

"Jangan kerana kepahitan hidup di masa lalu menjadi batu penghalang pasa perasaan kasih dabn sayang. Perasaan itu adalah satu anugerah Tuhan yang paling berharga dalam hidup kita"

"Jangan lukakan hati orang lain semata-mata kerana hati sendiri terluka. Mungkin kita akan gembira pada hari ini tapi suatu ketika nanti rasa itu akan bertambah luka dan parah di hati dan ia akan memakan diri sendiri"

KALI NIE MALAS NAK MUATKAN SINOPSIS COZ AYAT-AYAT DIATAS CUKUP MENGAMBARKAN PERJALANAN CERITA INI :)

Jumaat, Disember 04, 2009

Renungan Jumaat: Ikhlaskah Amalan Kita?


Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan” (Q.s. Al-Furqan: 23).

Siapapun kiranya tidak berharap dirinya melakukan sesuatu yang sia-sia. Pasti berharap ada hasil yang baik. Namun kadangkala sebahagian orang terjebak dalam melakukan perbuatan yang sia-sia seumur hidupnya, kerana kelalaian. Kelalaian juga bisa merambah kawasan ibadah atau amalan kebaikan, sehingga tidak ada makna dan hasilnyatidak ada lain kecuali rasa lelah.

Sia-sianya suatu amalan seseorang, menurut Rasulullah, adalah bila dilakukan dengan niat yang bukan ikhlas kerana Allah. Memang sulit mengukur ikhlas tidaknya niat seseorang , tapi biasanya niat akan memberi kesan baik pada perilaku seseorang. Bila seseorang ikhlas melaksanakan sembahyang, maka ia akan sentiasa terlihat seperti baru saja bertemu dengan Allah. Ia baru saja bertemu dengan Sang Pengingat untuk sentiasa hidup baik dan bermanfaat, menjaga silaturrahim, menjauhi, mencegah kejahatan, dan sebagainya.

Ada ketulusan ketika mengucapkan, “(Ya Allah) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Jalan (yang telah ditempuh oleh) orang-orang yang engkau beri nikmat. Bukan jalan orang-orang yang Engkau beri azab dan orang-orang sesat“ (Q.s. Al-Fatihah: 6-7). Ucapan ini meresap ke seluruh tubuh, menggetarkan sanubari.

Namun tidak demikian dengan orang-orang yang tidak ikhlas. Setiap ibadah yang dilakukannya, jika ada, tidak memberi kesan positif kepada perilakunya. Sembahyang hanya di atas sajadah. Setapak di luar sajadah, perilakunya sudah berubah. Itulah tanda-tanda amalan yang tak ikhlas dan tentunya sia-sia

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)