KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Jumaat, Mei 29, 2009

alahai..anak omak :)

Lebih kurang sebulan setengah aku tak g rumah Mak Putrajaya..mase Hari Ibu aritu pun aku wish pakai handphone ajer..lagi pun masa tu aku kat Sg. Petani, Kedah :(..macam yang aku dah cerita sebelum ni..baik Mak KL mahupun Mak Putrajaya dia orang memang rasa hubungan kita orang dah renggang coz aku banyak outstation kalau balik rumah pun just untuk tukar baju kotor ajer..hebatkan? dari kecil sampai besar kita membebankan mak kita bukan saje suruh basuh baju kita..seluar kecik kita pun mak masuh kan jugak.. ;(

Jadi..ada mase semalam aku meluangkan masa untuk jengah Mak Putrajaya aku nie..aku datang tak bagi tahu mak..N mase aku sampai..mak belum balik kerja lagi..jadi aku terus lepak dalam bilik..dah penat sampai terlelap..azan Maghrib baru aku tersedar..mase nak g mandi aku terserempak ngan mak..bukan main terperanjat dia..aku buat biasa jer la..ingat nak salam..tapi perasaan mak memang mendalam dia terus peluk aku..dah rindu agak nyer :)

Memandangkan semalam Khamis malam Jumaat jadi kena la aku turun surau baca Yassin..naik ajer rumah lepas solat aku bau masakan kegemaran aku..Sotong Goreng Kicap..Ya Allah..sayang nyer mak kat aku..walaupun kadang-kadang mak jatuh nombor 2 bile dah ada sweet heart :) masa makan kami berbual-bual..abah cakap bila abah suruh mak buat sotong goreng kicap ni mak tak mahu buat..tapi bile aku datang..tak payah suruh pun mak leh buat lak..:) kesian abah aku sorang nie..:)

Terima Kasih la..My Love Puan Aziah Bt. Hamid and Hj. Ishak..nampak nyer semalam ngan arini terpaksalah aku tidur kat Putrajaya..ari Sabtu kena balik KL semule ade jemputan kenduri lak :)..ni baru Mak Putrajaya belum cerita pasal Mak KL ngan Mak Johor lagi..best ade 2-3 orang mak niii :)

Rabu, Mei 27, 2009

UnTuK Mu tEmAn

Semalam ngan harini sewaktu lunch ngan Ust. K, Saiful ngan Iqbal ade sahaje cerita pasal teman-teman yang kami bualkan..memang kawan kita tu la sahabat kita..kawan kita tu la musuh kita..sahabat kita tu buah hati pengarang jantung kita..kawan kita tu la yang buat kita ceria & gembira..kawan kita tu la kadang-kadang lebih berharga dari keluarga kita..kawan kita tu la yang jadi pesaing dalam kehidupan kita..semua nyer kerana seorang yang bernama KAWAN @ sahabat @ TEMAN.. :)

Bagi aku kawan memang merupakan aset yang bernilai dalam hidup aku..kadang-kadang aku lebih selesa berkongsi masalah dengan kawan kerana mereka lebih memahami aku..kepada kawan, sahabat dan teman aku..lagu kat bawah khas untu korang.. :)

Selama INI ku MENCARI-cari TEMAN yang SEJATI
Buat MENEMANI perjuangan SUCI
Bersyukur KINI pada ILLAHI
Teman YANG dicari SELAMA ini TELAH ku TEMUI

Dengannya DISISI perjuangan INI
Senang DIHARUNGI bertambah MURNI kasih ILAHI
Kepadamu ALLAH ku PANJANGKAN doa
Agar BERKEKALAN kasih SAYANG kita
Kepadamu TEMAN ku POHON sokongan PENGORBANAN dan PENGERTIAN
Telah KU ungkapkan SEGALA-galanya

"Teman bersamalah kita Semaikan persahabatan ini
Dengarkanlah dan teruskanlah Perjuanganmu, pengorbanan dan kesetiaanmu"

Kepadamu ALLAH ku POHON restu
Agar KITA kekal BERSATU
Kepadamu TEMAN teruskan PERJUANGAN, pengorbanan dan KESETIAN
Telah KU ungkapkan SEGALA-galanya
ITULAH tandanya KEJUJURAN kita

Kali ni aku nak cerita pasal kenangan aku kat Kuala Gandah, Lanchang Pahang..masa ni aku masih di Unit Antarabangsa & bertugas sebagai Secretariat Course for The Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP). Setiap kali program ni kita orang akan bawa peserta ni ke lapangan @ Field Visit dan kali ni kita orang melawat Negeri Pahang dan salah satu tempat nyer di tempat Pusat Perlindungan Gajah, Kuala Gandah ni la..

Seronok dapat melawat tempat ni..kita dapat belajar cara pemeliharaan gajah, tengok gajah mandi, dapat naik gajah, dapat bagi gajah makan, main gan anak gajah ngan macam-macam lagi la pasal gajah-gajah ni..semua ni pengalaman baru aku coz sebelum ni tengok gajah kat zoo jer tu pun tengok jauh-jauh tak boleh dekat coz takut gajah tu kaut kita ngan belalai dia kan?

Kat sini Muzium Gajah pun ada dan sampai saje kat sini kita akan dibawa ke panggung untuk tayangan video pasal gajah ni pastu baru kita di bawa tengok gajah-gajah ni..kat sini gajah nyer dari yang baru lahir hingga ke bapak gajah yang besar giler pun ada..:) Kalau tak salah aku masuk kat sini percume..so korang leh la datang sini untuk liburan o.k..best kat sini..dari K.L lebih kurang 2 Jam ajer :)

nie time naik gajah..dia bawa pusing 3 round duk atas gajah nie..minah depan aku ni Nilakshi from Sri Langka

ni anak gajah paling kecil kat sini..berusia 2 tahun..perempuan gan aku tu nama dia Mrs. Iroda Rustamova from Uzbekistan

kat sini kite leh datang dekat-dekat ngan gajah nie coz gajah ni tak liar & ade penjaga nyer yang mengawasi kite :)

gajah ni cakap dalam hati dia "ade ke patut manusia ni bg aku makan sampah sarap ajer"

ni gajah paling besar kat pusat perlindungan nie..

yang ni pulak anak gajah ngan mak gajah..huhuhu :)

pagi ni sepatut nyer aku ada Mesyuarat Kerja dan Latihan Pelaksanaan Permohonan Cuti Melalui Aplikasi HRMIS tapi lepas jer g breakfast pagi tadi..bos aku tetiba suruh aku g Mesyuarat "Exit Conference" Bagi Pengauditan Pengurusan Kewangan Tahun 2008..ingatkan mesyuarat ni biasa-biasa ajer rupa-rupa nyer mesyuarat ni nak cari jalan untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit ekoran dari audit yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara ke atas jabatan aku..peeerrrgghh..ade juga yang di query yang perlu aku jawab..nasib baik Pn. Wani ngan Kak Anis leh tolong jawabkan bagi pihak aku..kalau tak macam-macam la yang di soal nyer.. :(

tapi bagus jugak g mesyuarat ni coz macam-macam yang aku leh tahu tentang prosedur-prosedur seperti Kawalan Pengurusan, Kawalan Hasil, Kawalan Perbelanjaan, Kawalan Perolehan Sebut Harga, dan Kawalan Aset..yang di guna pakai bila dah kerja ngan kerajaan ni bukan sahaja tentang bahagian kewangan tetapi meliputi semua bahagian dalam jabatan aku termasuk perolehan buku, perolehan beg, lawatan fizikal ngan macam-macam lagi la..pun disentuh jugak..walaupun meeting ni pecah kepala tapi aku dapat pengalaman baru :) :)

Isnin, Mei 25, 2009

wanita CANTIK berkaki AYAM

tengah hari tadi aku, Kak Ina ngan sorang perempuan cantik yang berbaju batik hitam ni keluar makan kat Restoran Soho..sebab sekarang aku g kerja dah naik motor jadi nak g lunch ni kita orang naik kereta si perempuan cantik ni la..tapi apa yang kelakar nyer dia bawa kereta tak berani pakai kasut..hahahaha..perempuan cantik ni cakap kalau dia pakai kasut tekan pedal minyak tu rasa lain macam..tak tau la lain macam tu apa ek?..yang penting Kak Sifa'..layannzzz :)

ni time berhenti kat Trafic Light..tengah drive siap posing lagi..tapi cube tengok gambar kat bawah pula... :)

hahahahha..bawak kereta tak pakai kasut..huhuhu :)..ni baru bawa kereta kasut dah tercabut..kalau bawak lori atau bas tak tau la ape pulak yang di tanggalkan..hahaha

gambar ni kawan aku email kat aku jugak..dah la sekarang binatang haram jadah ni tengah buat huru hara kat satu dunia dengan Influenza A H1N1..kat negara kita puak-puak ni boleh excident lak kat highway..kalau ikut kat sign board tu excident ni berlaku kat Plus Highway arah selatan selepas Ipoh..kalau ikut kawan aku ni..dia cakap 15 ekor meninggal dunia serta merta :( 6 ekor cedera parah :( 14 ekor lagi yang terselamat sempat melarikan diri kat tengah-tengah highway tu..huhuhu..babi..babi dah nasib badan :)

ini loli ha..manyak swe :(

mana la nak pergi babi-babi ni..

sejak aku selalu outstation ni dah jarang aku dapat berbual dengan mak aku..sampai mak aku pun perasan yang aku macam dah renggang dengan mak aku nie..bukan aje mak K.L ni mak kat Putrajaya pun perasan yang sama jugak..sebab aku dah lebih kurang sebulan tak jenguk mak ngan abah Putrajaya ni sampai dia orang sendiri yang telefon nak tanya khabar aku..

walaupun aku free minggu ni tapi kenduri lak banyak..hari sabtu ngan ahad semalam walaupun takde outstation tapi jemputan melambak-lambak..dari lepas Zohor sampai lepas Isyak..tak pergi tak sedap coz dak lame tak dapat join jiran sekeliling ni kenduri.. :( jadi masa aku ngan mak ayah aku pun terbatas jugak..:(

tapi semalam lepas kenduri cucu Cik Wangi sebelah rumah tu habis..dapat la aku berborak ngan mak ayah aku..macam-macam yang kami bualkan dari hal keluarga sampai hal-hal sekeliling..tapi yang paling menyedihkan jiran 4 pintu dari rumah aku meninggalkan pun aku tak tahu..Arwah Pak Harun meninggal dah hampir 2 bulan baru aku tahu semalam..sedih nyer..:(

ni..baru jarang-jarang dapat berbual gan mak abah..tak tau la kalau suatu hari nanti perpisahan yang memang ALLAH janjikan tu berlaku macam mane la aku nak hadapai nyer.. :( pada teman-teman yang masih punyai ayan dan ibu sayangi lah mereka seada nyer :)

The pictures are non-animated pictures.

They are related to your pressure level.

If you see them to move, then that means you have pressure currently.
The speed of the moving is the level of your pressure.
The higher that moving speed, the higher pressure you have.

Most children and old men only see the pictures are not moving and keep still.

Test yourself regularly with these pictures to know yourself better.
Sometimes, it is good to have a appropriate pressure to push us to do better,
but too much pressure can cause us to the end of the edge.

Be relax when you know you have too much pressure inside!


KERETA RASMI MB PERAK AGS 10...SECARA TERHORMAT DIPULANGKAN BAGI TIDAK MENGENGKARI PERINTAH MAHKAMAH WALAUPUN PERJUANGAN DIMAHKAMAH PERSEKUTUAN BELUM LAGI BERMULA..KEPUTUSAN MAHKAMAH DIUMUM SEKITAR JAM 3.50 PETANG JUMAAT 22 MEI YANG LEPAS DAN SUK TELAH MENGHANTAR SURAT KEPADA MB NIZAR MEMINTA DIPULANGKAN KERETA TERSEBUT TIDAK SAMPAI 5 JAM SELEPAS MAHKAMAH MEMBUAT KEPUTUSAN. WALAUPUN PERINTAH MAHKAMAH SECARA BERTULIS BELUM LAGI DIKELUARKAN NAMUN SEBAGAI MENGHORMATI KEPUTUSAN MAHKAMAH TERSBUT SERTA SEBAGAI MEMENUHI JANJI YANG TELAH DIIKRARKAN BAHAWA KERETA RASMI INI AKAN DIPULANGKAN BERDASARKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH UNTUK MENENTUKAN SIAPA MB PERAK YANG SAH..MAKA KENDERAAN INI DIPULANGKAN :(

7 perkara yang menghairankan Usman bin Affan.

1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Jumaat, Mei 22, 2009

terasa letih nyerrr :(

kepada semua penyokong dan pendokong kita terima lah keputusan ini dengan hati yang tenang dan terbuka..perjalanan perjuangan ini masih jauh..ada lagi tugas berat yang menanti kita di hadapan..kepada ALLAH kita serahkan di akhir perjuangan ini..TAKBIRRRR

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Manakala sekumpulan lebih 200 orang di luar mahkamah, melaungkan "bubar DUN" dan "Allahuakbar" apabila rombongan peguan DS. Nizar keluar dari bilik maahkamah.

kawan email sketsa kartun ni kat aku pagi tadi :) best gak kartun nyer :) leh rehatkan otak ni..asyik fikir pasal kerja jer..sesekali nak gak yang cam ni :)

Di antara keistimewaan yang Allah anugerahkan kepada manusia ialah kebolehan bercakap.
Oleh itu boleh "bercakap" itu ada lah juga amanah Allah kepada manusia.
Orang mukmin hendak lah berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap.
Takut-takut "cakap" nya itu di benci orang dan di murkai Allah.


Islam menganjurkan manusia apa bila hendak bercakap kena hati-hati seperti yang di sabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Akhirat hendaklah ia bercakap yang baik atau diam sahaja."
Orang yang bercakap mempunyai tujuan yang berbeza beza.Dan boleh di kategorikan saperti berikut:

* Golongan cakap orang merapu
* Golongan orang peramah
* Golongan kaki cakap
* Golongan cakap sebagai pejuang
* Golongan cakap orang politik
* Golongan cakap orang pendiam
* Golongan cakap orang sombong
* Golongan cakap orang biasa
* Golongan cakap cakap nak perdaya
* Golongan petah bercakap
* Golongan cakap hendak tunjuk pandai
* Golongan cakap cakap kotor dan lucah
* Golongan cakap suka memaki


Selain dari di atas ada peringkat-peringkat yang bercakap ialah:

* Bercakap perkara yang perlu sahaja
* Bercakap yang terpaksa
* Bercakap kerana kewajiban
* Tidak suka bercakap
* Bercakap yang sengaja di sukat kerana menjaga status
* Bercakap yang menggoda

hari ni Jumaat 22 Mei 2009 kat opis aku ramai yang pakai baju Warna Pink :) kami tak janji pun just pakai aje..bila dah sampai opis same lak warna nyer .. so aku nak post kan cerita pasal baju warna pink nie..lagipun aku memang suka dengan warna pink nie..coz ada aura nyer yang tersendiri :) :) :)

tengok jer la ek..jangan komen ape-ape :)

Khamis, Mei 21, 2009

air mata ibu ;(

aku beli benda ni mase ikut Ust. Nazri & Iqbal nak g b/fast pg td..masa kat PETRONAS Teras Jenang saja aku merayap kat kedai stesen minyak ni dah jumpa coklat ni aku beli la..lagi pun dah lama tak makan jajan ni :)..so korang yang nak rasa coklat Apollo g jer mana-mana kedai pun ada o.k.. :)

coklat Apollo ni ada macam-macam perisa..korang leh tengok gambar kat atas ni..macam-macam perisa adakan? tapi yang paling familiar yang pembalut dia warna gold tu..betul tak? dah dalam gambar korang tengok ajer la ek..huhuhuhu :)

yang ni saje nak posing nak post kat blog aku..hahaha :) tp yang penting Apollo tu ade kat tangan aku..jom join sekali :)

Rabu, Mei 20, 2009

GGGGGeeeeeerrrrr!!!!!!!

"Boss..saye nak mintak emergency leave boss..betul
Boss..saya serious nih..saya tak tipu..
terpaksa ambik emergency leave ni....
Gambarnya pun saya hantar sekali ni boss...
tolonglah boss..betul boss..saya tak tipu ....... sungguh.......
Tengoklah gambar nih bosss..."

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

ni sewaktu aku ondaway back to KL dari UUM Kedah..singgah mandi kat Lembah Bujang ni coz dah lama tak berendam kat air terjun ni..kebetulan Lembah Bujang ni dekat ngan rumah kawan aku ni..si Khairul..so dah tahu jalan nyer terus aje pergi..

Lembah Bujang merupakan antara kawasan sejarah kat Negeri Kedah :) kat sini banyak candi-candi yang pernah di jadikan kawasan pentadbiran kerajaan terdahulu.. korang baca la sejarah nyer kat sini

Tapi kat sini air terjun nyer dah tak cantik coz air nyer dah tak deras :( persekitaran nyer pun dah tak menarik..banyak kawasan yang dipagar untuk tujuan penjanaan elektrik..tapi dah sampai kat sini kan so aku attachkan gambar aku kat air terjun Lembah Bujang ni o.k :)


Before marriage.
Darling here.. darling there...
After marriage.
Baling here... baling there..


Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
'You die, up to you. '
Lagi lama married.
You die I help you!

Before marriage.
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. . up to you .
Lagi lama married.
You go anywhere, better u get lost!!


Before wedding
you are my heart, you are my love'
After wedding
'you get on my nerves. '


Before wedding
'you are sweet and kind just like Cinderella'
After wedding
'you are worse than godzila'

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I sue you!


Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la!


Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or pontianak

Selasa, Mei 19, 2009

aWaN

tanya SAMA pokok APA sebab GOYANG
NANTI jawab POKOK angin YANG goncang
tanya SAMA langit APA sebab HUJAN
NANTI jawab LANGIT tanyalah AwAn

aWaN nanti JAWAB aku KANDUNG air
SAMPAI tempat SEJUK aku PUN cair
lihat DALAM air NAMPAK satu BAYANG
CAMPAK satu BATU bayang PUN hilang


korang mesti tahu pasal lagu ni kan? saje je aku boh lagu ni coz ada kaitan dengan AwAn..sewaktu dalam perjalanan ke Kota Kinabalu haritu cuaca memang cerah..jadi gumpalam awan yang terbentuk pun tak berapa nak menarik :(.. cuba korang tengok gambar kat bawah ni AwAn-AwAn nyer kureng sikit :(

" Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita !!!!!!!!"

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas..Warna Teks. kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinyaWarna Teks Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."

Jika malu sudah tercabut daripada hati
Hatinya sudah tidak terasa apa-apa tentang apa yang dia cakap dan apa yang dia buat
Dia akan bercakap apa sahaja tanpa disukat
Dia juga berbuat apa sahaja tanpa memikir akibat

Orang yang tidak malu

Tuhan tidak ada di dalam kamus hidupnya
Tuhan ada atau tiada dia tidak ambil kira lagi
Yang dia fikir dia bebas, dia boleh buat apa dia suka


Kebebasan jangan di sekat, orang lain peduli apa
Bercakap lucah boleh aje, mencarut tidak mengapa
Pegang dan tepuk perempuan perkara biasa
Pada dia tidak ada pantang larangnya

Apa orang hendak kata, biarlah apa dia hendak kata
Banyak orang cacat hati, dia tidak terasa apa apa
Hatinya telah kebal daripada merasa malu dengan manusia
Orang pun telah bercakap cakap tentang nya

Bukan dia malu bahkan terasa megah dan bangga pula
Begitulah jika sifat malu pada seseorang sudah tidak ada
Padahal malu itu perbezaan di antara haiwan dan manusia
Apabila malu sudah tercabut daripada hati manusia

Itulah dia haiwan yang berupa manusia yang melata.

Isnin, Mei 18, 2009

sepetang di Bagan Lalang

semalam balik aje dari Kota Kinabalu aku terus ke Bagan Lalang..tak tau la kenapa hati aku teringin sangat nak ke sini..walaupun aku dah biase ke sini..nasib baik la ade kawan aku yang sorang ni yang nak layan kerenah aku..lepas amik aku kat airport sempat gak la aku melencong ke Bagan Lalang ni :)..saje nak lepak-lepak kat sini coz penat kerja ngan penat nak bermain gan permainan dunia ni.. :) dah sampai sini dapat la tengok rembang petang..ala waktu matahari nak sembunyikan diri dia la..cantik permandangan nyer :) thanks ye Ewan :) kalau orang lain yang amik aku sure dari airport terus balik rumah..tak dapat singah ke Bagan Lalang ni :)

ni sewaktu aku ke Kampung Sungai Kapal, Penggerang Johor :) memang patut pun nama kampung ni ade kapal coz kawasan kampung terletak di laluan kapal yang ingin ke Selat Tebrau, Singapore ngan Perlabuhan Tanjung Pelepas..permandangan kapal-kapal ni memang seronok coz kapal-kapal kat sini macam kereta yang kita tengok kat jalan raya tu..memang tak putus-putus..semua nyer kapal kargo yang berbagai bentuk tapi semua nyer besar-besar..bila waktu malam kawasan laluan kapal ni dah macam bandar baru tengah laut :)..korang leh tengok kat gambar bawah ni :)

walaupun dah terlewat..tetap nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua yang bergelar pendidik :) jasa dan pengorbanan kalian terlalu besar :) tiada apa yang dapat kami berikan melainkan kejayaan yang kami kecapi atas tunjuk ajar kalian

to my lovely teacher Pn. Suzaina, En. Radha Krisnan, Pn. Rosni, Ust. Sakinah, ngan semua-semua la cikgu yang pernah mengajar aku kat Sek. Ren. Batu 4 1/2, Sek. Keb. Taman Koperasi Polis, Sek Men Batu 5, Sek. Men. Keb. BBS, ngan semua pensyarah -pensyarah and tutor-tutor kat UPM..t.q so much :) also to teman-teman yang dah bergelar pendidik Kak Ira, Kak Fatimah, Kak Jafiza, Kak Zaimah, Abg Jasni, Abg Hakim, Ermy, Syukri, Rizal, Syazwan, gan semua-semua la..mengajar tu baik-baik ek coz amanah yang korang pikul berat untuk anak bangsa :)

Khas Untuk Pendidik...

GURU oh GURU
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG1979

Khamis, Mei 14, 2009

Belacan

korang mesti tahu kan dah tajuk nyer ade kat atas kan? masa ni aku kat Kedah lagi..ni malam terakhir aku kat sini jadi kawan-kawan sibuk nak beli ikan masin maka nyer kami ke Tanjung Dawai..orang lain dah berkeluarga boleh la nak shoping barang dapur ni..jadi aku merayap-rayap aje kat kedai-kedai yang ada kat sini..tu yang nampak sorang makcik ni tengah menguli belacan menjadi ketulan-ketulan kecil :) so aku saje nak tunjuk kat korang yang baca blog aku ni pasal belacan.. :) tengok la gambar-gambar di bawah ni o.k :)

pengusaha menghantar belacan yang telah siap di proses kepada makcik ni untuk proses seterusnya :)

makcik ini akan menbentuk belacan menjadi kiup-kiub yang kecil

inilah bentuk belacan yang telah dibentuk menjadi kiub-kuib sebelum di packing untuk jualan :)


sewaktu berkursus di Cinta Sayang Golf & Country Resort pada 11-14 Mei hari tu..kita orang di beri compliment bermandi mande kat The Carnivall :) tempat ni lebih kurang macam Desa Water Part gan The Safari Lagoon..tapi tak lah sedahsyat Sunway Lagoon..dah orang bagi tiket nyer make kami pun pergi la mandi :) best jugak tempat ni..walaupun time kerja tapi ramai juga pengunjung nyer :) so korang leh tengok gambar-gambar kami kat bawah ni :) kalau nak mandi macam kami lain kali buat la kursus kat tempat ni :) :) :)


Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)