KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Kali ni aku nak cerita pasal kenangan aku kat Kuala Gandah, Lanchang Pahang..masa ni aku masih di Unit Antarabangsa & bertugas sebagai Secretariat Course for The Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP). Setiap kali program ni kita orang akan bawa peserta ni ke lapangan @ Field Visit dan kali ni kita orang melawat Negeri Pahang dan salah satu tempat nyer di tempat Pusat Perlindungan Gajah, Kuala Gandah ni la..

Seronok dapat melawat tempat ni..kita dapat belajar cara pemeliharaan gajah, tengok gajah mandi, dapat naik gajah, dapat bagi gajah makan, main gan anak gajah ngan macam-macam lagi la pasal gajah-gajah ni..semua ni pengalaman baru aku coz sebelum ni tengok gajah kat zoo jer tu pun tengok jauh-jauh tak boleh dekat coz takut gajah tu kaut kita ngan belalai dia kan?

Kat sini Muzium Gajah pun ada dan sampai saje kat sini kita akan dibawa ke panggung untuk tayangan video pasal gajah ni pastu baru kita di bawa tengok gajah-gajah ni..kat sini gajah nyer dari yang baru lahir hingga ke bapak gajah yang besar giler pun ada..:) Kalau tak salah aku masuk kat sini percume..so korang leh la datang sini untuk liburan o.k..best kat sini..dari K.L lebih kurang 2 Jam ajer :)

nie time naik gajah..dia bawa pusing 3 round duk atas gajah nie..minah depan aku ni Nilakshi from Sri Langka

ni anak gajah paling kecil kat sini..berusia 2 tahun..perempuan gan aku tu nama dia Mrs. Iroda Rustamova from Uzbekistan

kat sini kite leh datang dekat-dekat ngan gajah nie coz gajah ni tak liar & ade penjaga nyer yang mengawasi kite :)

gajah ni cakap dalam hati dia "ade ke patut manusia ni bg aku makan sampah sarap ajer"

ni gajah paling besar kat pusat perlindungan nie..

yang ni pulak anak gajah ngan mak gajah..huhuhu :)

0 ulasan:

Catat Komen

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)