KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Isnin, Mei 18, 2009

SeLaMaT hArI GuRu

walaupun dah terlewat..tetap nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua yang bergelar pendidik :) jasa dan pengorbanan kalian terlalu besar :) tiada apa yang dapat kami berikan melainkan kejayaan yang kami kecapi atas tunjuk ajar kalian

to my lovely teacher Pn. Suzaina, En. Radha Krisnan, Pn. Rosni, Ust. Sakinah, ngan semua-semua la cikgu yang pernah mengajar aku kat Sek. Ren. Batu 4 1/2, Sek. Keb. Taman Koperasi Polis, Sek Men Batu 5, Sek. Men. Keb. BBS, ngan semua pensyarah -pensyarah and tutor-tutor kat UPM..t.q so much :) also to teman-teman yang dah bergelar pendidik Kak Ira, Kak Fatimah, Kak Jafiza, Kak Zaimah, Abg Jasni, Abg Hakim, Ermy, Syukri, Rizal, Syazwan, gan semua-semua la..mengajar tu baik-baik ek coz amanah yang korang pikul berat untuk anak bangsa :)

Khas Untuk Pendidik...

GURU oh GURU
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG1979

0 ulasan:

Catat Komen

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)