YaNg bAjU MeRaH Tu ZuLfAdLi
yAnG TeNgAh tU AkU
YaNg bAjU GeLaP Tu iQbAl
YaNg bAjU MeRaH Tu ZuLfAdLi
yAnG TeNgAh tU AkU
YaNg bAjU GeLaP Tu iQbAl
Kak Za nie dia nak tangkap gambar nie coz warna baju kita orang hari ni sama warna nyer :)
yang ni pulak..dah nampak Kak Za tangkap gambar..Kak Effa, Kak Ina & Ust. K pun sama nak tumpang sekaki :) aku pun layanzzz ajer laa :)
Pastu balik ajer rumah semalam tengah-tengah siap nak jumpa kawan kilang lama aku tu..mak yang tengah bercakap kat telefon tetiba menangis..mesti ade berita buruk nie :( memang betul jangkaan aku..Mak Long bagitahu Mak Teh aku kena Barah Payudara..dah peringkat 4 dan dah kena potong pun sebelah payudara Mak Teh aku..cume dia tak nak bagi tahu sedara mara yang lain..Ya Allah..berat nyer ujian mu..aku memang rapat dengan Mak Teh aku ni..kalau balik kampung orang lain tidur rumah Mak Long tapi aku mesti tidur rumah Mak Teh aku nie..bertambah berat la hidup aku yang dah memang tengah bercelaru nie..:(
"Ya Allah..aku tahu segala apa yang Kau jadikan ini mempunyai hikmah nyer..tetapi aku mohon padaMu ada cahaya kebahagian di hujung setiap ujian yang Kau turunkan ini"
idola aku..Y.A.B Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin
Uncle Gobi sedang berucap..sori la gambar tak clear :(
My Idol..sori gambar ni pun tak clear :(
1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2.Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)
3.Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran
4.Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5.Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.
ni keadaan meja aku paling teruk bersepah..boleh di catatkan dalam world book of record :( kawan-kawan kat opis pun tegur..dia orang cakap kenapa meja aku macam sarang tikus..memang tension giler...:( awakkk tolong la.. :)
anak AbD.aZiZ, aku, AnAk bUn
kelebihan orang yang sering berzikir kepada Allah:
a. mendapat keredhaan allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan di dalam jiwa.
b. menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
c. mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari allah serta dimurahkan rezeki.
d. dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan allah.
e. segera mendapat pembelaan dari allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.
f. mendapat kehormatan dan doa dari sekalian malaikat.
g. memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak dia berzikir maka semakin banyaklah pohon tamar itu untuknya.
h. mendapat nur dari allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan titisan sirat nanti.
i. dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
j. menjadi pendinding dan perisai dari neraka jahanam.
hasil karya..NoRhAyATi BeRaHiM..setebal 518 m/s..didokong oleh..DELILAH, tan sri aminuddin, HAJAH MAWAR, puan sri mijahlara, AFNAN, rosman, RUFAIL & radzi..berlatar belakang sekitar tahun 1999 sewaktu negara sedang dilanda krisis ekonomi masa tu aku tingkatan 2 umur pun lebih kurang 14 tahun masa tu..lama dah cerita nie..tapi best plot cerita nyer :)
ape kes nak tergolek bagai nie?
yang baju ijau ni la si budak ShAFiQ tu :)
kat opis kita orang ni kalau takde Hj Azri nie..(berkopiah) maka tak happening la opis nie :(
time2 makan pun sempat lagi mak bergambar :) tapi tu la perangai kita orang pantang jumpe kamera :) :) :)
shaFIQ, aKu, KaK ChIK & kAk FArAH
GAMBAR NI LAK..SAJE AKU POST COZ YANG TUKANG TANGKAP GAMBAR NI CAKAP HOST PEMADAM API KAT BELAKANG KITA ORANG TU SAMA WARNA NYER NGAN BAJU AKU n AISYAH :)
ni la budak yang sepatut nyer hari ini bergelar seorang NAVY tapi apakan daya My Dad tak bagi..huhuhu :(
ni la antara gambar-gambar semasa aku kUrSuS PeRtOlOnGaN CeMaS
kak farah, aku, kak z, en.shari
d' muzium marin
pengalaman baru yang aku dapat masa kat Labuan ni ialah dapat melawat perkampungan atas air..ni kali pertama aku lihat secara realiti perkampungan macam ni..selalu tengok kat TV jerr..kali ni dapat tengok yang betul-betul punyer..
Kenangan yang pahit lebih bermakna
dari mimpi yang indah
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah
tetapi ia terlalu manis untuk dikenang
baca betul-betul..Pas PELAWAT..bukan Pas BANDUAN :)
lepas ajer pintu utama tu kitaorang di eskot 3 orang pegawai penjara..dah macam VIP lak..:) macam yang korang tengok dalam TV tu keadaan nyer memang same..nak ke Sel Pesalah kita perlu melepasi 4 pintu berjeriji..dah lalu kat situ siap dapat tabit hormat lagi..:)
nak ke tempat ceramah ni kena lalu kat sel-sel pesalah tu..macam-macam ragam pesalah yang dapat aku tengok..sampai nak potong kuku pun ade tempat khas nyer..kebetulan masa aku lalu tu pesalah tidak dikurung dalam sel..jadi nyer dah nampak kitaorang semua pesalah tu berbaris nak bersalam dengan kita orang..betul-betul macam VIP..dah la kene eskot pastu orang berbaris nak salam lak..lalala :) sampai kat bilik ceramah semua penghuni penjara yang nak dengar ceramah bangun sambut kitaorang lagi..:)
Lepas ceramah N nak balik pesalah-pesalah ni berbaris lagi nak salam lagi..Macam-macam gelagat yang aku tengok..sampai naik syok lak..tapi yang paling best sebelum balik kitaorang dijamu masakan yang dimasak sendiri oelh banduan..dapat la aku makan ayam goreng crispy, telur masin, kangkung goreng udang kering, ngan ikan kembung masak lemak..sedap diaorang masak..dah ade depan mate aku pelahap jer la coz pagi tu minum teh ajer :)
walaupun lebih kurang 4 jam ajer kat penjara ni..macam-macam yang aku dapat perhatikan, banyak pengalaman yang leh dijadikan iktibar dan ade lagi cerita nyer..aku post dalam tajuk lain o.k..tapi memang seronok dapat masuk penjara nie:)