KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Rabu, Jun 17, 2009

SayAnG tAk tErUcAp

hasil karya..NoRhAyATi BeRaHiM..setebal 518 m/s..didokong oleh..DELILAH, tan sri aminuddin, HAJAH MAWAR, puan sri mijahlara, AFNAN, rosman, RUFAIL & radzi..berlatar belakang sekitar tahun 1999 sewaktu negara sedang dilanda krisis ekonomi masa tu aku tingkatan 2 umur pun lebih kurang 14 tahun masa tu..lama dah cerita nie..tapi best plot cerita nyer :)


takdir menemukan semula Delilah dan Aminuddin setelah sekian lama terpisah. Alam yang dikatakan begitu luas rupa-rupanya kecil bagi kedua insan ini jika itu sudah ketentuan-NYA. Namun, dek terpukul dengan rasa sedih, kecewa dan rajuk berpanjangan, Delilah menolak kehadiran lelaki itu. Baginya sekali hati terguris, lukanya berparut lama.

Perasaannya sudah lama kering, jiwanya sudah lama kontang pada seorang yang bernama ayah. Apa maknanya ayah apabila lelaki itu cuma muncul ketika dia sudah berjaya. Dimana tanggungjawab lelaki itu ketika dia mengharungi saat getir bersama ibu, nenek dan datuknya yang buta.

Sekaya manapun lelaki itu, masih tidak membuka pintu hatinya. Lelaki itu tidak sama pekerti dengan datuknya. Datuknya yang buta, tapi tidak buta hatinya. Datuknya yang buta tapi tinggi kasih sayangnya. Kasihnya tidak mungkin terbahagi dua.

Pun begitu, mestikah dia membiarkan rasa benci itu terus membelenggu hidupnya? Apalah guna akal fikiran jika tidak digunkan sewajarnya. Perlahan-lahan dia mengerti rahsia kehidupan, menginsafi kelemahan dan kekurangan setiap insan. Malah, jauh disudut hati dia ingin sekali menikmati dakapan kasih seorang ayah dalam hidupnya.

Ayah..andai kemaafan ini diberi, namun dapatkah kuberi setelus kasih padamu? Ya ALLAH..perkenankanlah doa hamba-MU ini agar kebuntuan dan kekeliruan ini dapat dileraikan :)

"nak tahu lebih lanjut baca la novel ni o.k:) xleh cerita banyak-banyak nanti kena saman :("

2 ulasan:

Reformer Princess berkata...

saalam perjuangan.thank you for being my follower
.sudah 2 tahun stgh saya tak bc novel melayu!

KeLiNcICoMeL berkata...

sama-sama la kite..
tak baca novel melayu baca novel arab ek?
huhuhu :)

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)