KeLiNcIcOmEl

nAiK JaNgAn mEmIjAk LaWaN...JaTuH JaNgAn mEmAuT KaWaN

Rabu, Jun 10, 2009

CAMAR yang PERGI

Camar Yang Pergi memaparkan tema kasih sayang abang terhadap adik, iaitu kasih Farouk terhadap Dilara dan sayang Orhan terhadap Ebru. Kemelut kasih sayang ini menuntut pengorbanan daripada Farouk dan Orhan. Farouk terpaksa berpatah arang berkerat rotan dengan ayahnya kerana mahu menyelamatkan Dilara daripada berkahwin pada usia yang terlalu muda. Sementara Orhan pula, tegar menceraikan isterinya Nesye kerana Nesye tidak dapat menerima adiknya yang mengalami Down Syndrome.

Dalam kehidupan kita seharian, kasih sayang ini jarang sekali diucapkan. Mungkin dalam budaya kita, ksih sayang abang terhadap adik tidak perlu diucapkan. Masing-masing faham dan mengerti yang kasih sayang itu wujud. Malah, tidak pernah berbelah bahagi. Itulah yang ditonjolkan dalam novel ini.

Disamping itu, diselitkan juga rasa cinta Dilara terhadap Orhan terpaksa dipendam kerana jurang antara mereka terlalu luas tapi akhirnya jurang itu terhapus apabila cinta nya berbalas kerana kejernihan hati Dilara menyayangi Ebru seperti adiknya sendiri. Selalunya kemulian hati seseorang itu lambat laun akan berbalas juga. Pemergian Dilara mengadap ILLAHI amat menyedihkan, tetapi pemergian itu memberi kesan yang hebat terhadap ayahnya dan juga Nesye serta mereka yang pernah mencemuhnya. Akhirnya, mereka ini mengenal dan menghargai nilai kasih sayang setelah kematian Dilara.

Namun begitu, ada sesuatu yang pasti tidak dapat dilupakan. Cinta Orhan terhadap Dilara. Meskipun sudah lama Dilara pergi, namun cinta Orhan tetap mekar dan hidup.

hasil nukilan : IrIs iXoRa
yang berlatar belakangkan Negara Turki. Banyak tempat-tempat menarik di negara tersebut yang diceritakan dalam novel ini. antara tempat tersebut ialah Istana Topkopi, Istana Dolmabahce, Blue Mosque, Haghia Sophia, Basilica Cistern, Muzium Arkeologi, Suleymaniye Mosque, Church of St. Saviour di Chora, Grand Bazar, Menaiki bot sepanjang Bosphorus dan banyak lagi la.. :)

"
apa-apa pun, itu masa depan awak. Orang lain hanya boleh merancang untuk awak! tapi awak juga yang menentukan segalanya"

"
ini bukan bulan madu namanya ini bulan gerhana"

"awak membina perkahwinan seperti membina istana pasir di tepi pantai. belum pun badai yang melanda, baru ombak kecil yang menyapa, sudah pun roboh
"

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Mr Comel..:)

Teruja Kak Iris membaca ulasan Camar Yang Pergi. Berbanyak terima kasih Kak Iris ucapkan. Jika ada sebarang pandangan, silalah emel dan jemputlah ke blog Kak Iris : http://irisixora2.blogspot.com/

KeLiNcICoMeL berkata...

thanks Kak Iris (>_@) sori ek publish buku nie without permission dr Akak dulu (@_@)

Catat Ulasan

Recent Posts

PrInSiP Ku...

bErUnDuR BuKaN BeErTi mEnGaLaH TeTaPi mEnYuSuN StRaTeGi uNtUk MenErUsKan pErJuAnGaN :)